“Peram Saham 5 Tahun Tup Tup Dapat Pulangan 800%…”. Kalaulah Dulu Aku Beli

Bro, melabur di pasaran saham Bursa Malaysia ni boleh untung ke? Boleh dapat pulangan yang baik ke?”

Mestilah boleh. Tapi tak ramai tahu fakta ini sebab…

  1. Ditanam di kepala pelaburan saham ini SUSAH.
  2. Ditanam di kepala TAKUT RUGI.
  3. ‘Selesa’ pulangan 6-7% setahun tanpa bersusah payah. Itupun masih komplen ‘sikit’.
  4. Sedang sibuk perang komen di Facebook bercerita perihal ekonomi negara, sedangkan diri sendiri tak buat apa-apa untuk upgrade ekonomi keluarga.
  5. Tak ada realiti show pasal pelaburan saham. Kalau ada mesti ramai dah berjaya.

Rasanya mudah fahamkan grafik yang diberikan di bawah ini?

Peringatan : Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Saham yang disebut hanyalah untuk tujuan pendidikan dan bukanlah saranan belian atau jualan. Sebarang tindakan untuk melabur adalah keputusan dan tanggungjawab anda.

Jom kita tengok serba sedikit tentang syarikat-syarikat ini:

1. KESM Industries Berhad

KESM telah terlibat dalam aktiviti pembuatan elektronik sejak tahun 1978. Objektif utama KESM adalah dalam aktiviti pembuatan elektronik khusus dan berfungsi sebagai sub-kontraktor kepada syarikat multinasional. Salah satu kilang mereka terletak di Sungei Way, Petaling Jaya. Baca lebih lanjut tentang harga saham semasa serta untung rugi syarikat di ini sini.

2. ViTrox Corporation Berhad

Satu lagi syarikat berasaskan teknologi. Syarikat ini membangun dan mengeluarkan sistem pemeriksaan dan pemasangan papan litar bercetak (printed circuit board). Produk yang kompleks ini sudah tentu mempunyai pasaran di peringkat antarabangsa, antaranya Amerika Syarikat, Mexico dan Brazil. Baca lebih lanjut tentang harga saham semasa serta untung rugi syarikat ini di sini.

3. Hartalega Holdings

Siapa sangka syarikat ini merupakan pengeluar terbesar sarung tangan nitril di dunia, yang mampu menghasilkan 26 billion sarung tangan setahun.

4. JHM Consolidation Bhd

Anak syarikat mereka terlibat dalam pembuatan dan pemasangan komponen yang berkaitan dengan diod pemancar (HB LED) serta komponen elektronik. Baca lebih lanjut tentang harga saham semasa serta untung rugi syarikat ini di sini

*Teringat dalam satu wawancara, pakar ekonomi ini kata perkembangan sektor teknologi dijangka akan berterusan selari dengan perkembangan pesat syarikat ternama dunia seperti APPLE, SAMSUNG dan MICROSOFT.

Tengok Saja Jika Tidak Berilmu

Bukan. Ini bukan isyarat untuk beli saham syarikat-syarikat ini. Kami tidak akan menanggung sebarang liabiliti ke atas mana-mana keputusan yang dibuat berdasarkan maklumat ini. Ini hanyalah contoh beberapa kajian saham yang dibuat. Buka mata tu sikit, saham patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia ada sebanyak 676 syarikat!

Belajarlah sekarang. Belajar mengambil risiko untung rugi.

Paparan keuntungan bukan bermaksud tiada kerugian. Pelabur yang berjaya adalah pelabur yang boleh mengawal risiko.

Sudah-sudahlah mencari skim gerenti untung yang hayatnya tak panjang.
Tahu tak yang bangsa Cina sudah berpuluh tahun menjadikan pelaburan saham sebagai sumber pendapatan tambahan mereka?

Saya percaya, ramai daripada kita yang masih berada di golongan pertengahan. Kalau nak kaya, banyak ilmu nak kena belajar, banyak mindset nak kena tukar, banyak pengorbanan yang perlu dibuat – lambat-laun dengan izin Allah, satu hari akan jadi kaya juga….atau terpaksa kaya, sebab dah set dalam otak untuk jadi orang yang kaya.

Jangan pula dah kaya nanti, tak nak tolong orang lain pula.

Orang Melayu kata dah kaya baru bantu orang miskin, tapi Islam kata kalau nak kaya bantulah orang miskin.

Jadi, tolonglah jadi kaya…..Mulakan langkah pertama.

Baca juga : Basic Intro Kepada Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cnergenz: Rentak Buku Pesanan Perkukuh Pemulihan FY26

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu MYR0.71 daripada MYR0.62, potensi kenaikan 20% dan kadar hasil dividen sekitar 2% untuk FY26F

Selepas mengadakan lawatan tapak, kami semakin memandang positif akan pemulihan perolehan Cnergenz pada FY26, disokong oleh rentak pertumbuhan buku pesanannya yang kian mengukuh daripada permintaan berpacukan kecerdasan buatan (AI yang semakin pesat merentasi perniagaan pengedaran teknologi peletakan permukaan teras (SMT) miliknya, selain peningkatan penjualan penguji AI-nya dalam segmen pengeluar reka bentuk asal (ODM). Pihak pengurusan membayangkan keterlihatan hasil yang kukuh untuk FY26, dengan jangkaan perolehan akan bertumbuh secara berperingkat mulai 2Q26.

Pemulihan FY26 semakin rancak

Pihak pengurusan membayangkan bahawa jumlah jualan FY26 yang diraih sudah melepasi hasil sepenuh tahun pada FY25 sebanyak MYR114.8j, dipacu oleh permintaan berkaitan AI untuk peralatan SMT yang kian meningkat. Hal ini pula didorong oleh pengembangan kapasiti dalam kalangan pelanggan perkhidmatan pengeluaran elektronik (EMS) Tahap 1, peningkatan penjualan penguji AI ODM miliknya, dan pemulihan segmen penyelesaian bersepadunya. Setakat akhir bulan Mei, nilai buku pesanan belum bayar kumpulan ini berkembang kepada kira-kira MYR190j, daripada MYR82.2j pada akhir Mac (nisbah liputan: 1.65x daripada hasil FY25).

Penguji AI ODM semakin menerima perhatian komersial

Pesanan ODM yang tertunggak mencecah kira-kira MYR10-11j setakat akhir bulan Jun, disokong oleh permintaan yang lebih besar untuk pelantar penguji AI-nya. Susulan kelayakan pengeluaran yang berjaya dibuat, pesanan berjumlah 20 unit sudah dihantar sepenuhnya, dengan pihak pengurusan menyasarkan 30 unit lagi untuk dihantar pada 2HFY26.

Sementara itu, pembangunan pelantar pematerian baru dengan pelanggan Eropah masih berjalan, sementara menunggu pindaan reka bentuk produk, dengan pelancaran komersial disasarkan menjelang akhir FY26. Kami juga menjangkakan pengeluaran ODM yang terus dipertingkatkan, di samping pemulihan perolehan projek-projek berkaitan memori, untuk menyokong usaha Xlent untuk kembali mencatat keuntungan pada 2H26.

Prospek untuk bahagian kilang pintar dan penyelesaian bersepadunya

Unit kilang pintarnya terus menjadi penyumbang yang agak kecil apabila mencatat kira-kira 2% daripada buku pesanan belum bayar. Pihak pengurusan semakin hampir untuk mendapatkan projek automasi gudang bernilai kira-kira MYR10j daripada satu pelanggan EMS dari AS, dengan hasil dijangka akan diiktiraf pada 2HFY26. Pada masa yang sama, segmen penyelesaian bersepadu pula diramalkan mencatat pemulihan secara beransur-ansur selepas mencatat sumbangan sifar pada 1QFY26, dengan tempahan merangkumi sekitar 30% daripada buku pesanan belum bayar, sekali gus menawarkan sokongan tambahan pada perolehan FY26.

Kami naikkan perolehan FY26-28F

Sebanyak 2%, 14% dan 13% supaya mencerminkan andaian-andaian hasil yang lebih kukuh susulan kenaikan ketara dalam pertumbuhan buku pesanan. Kami terus menjangka margin untuk berkembang mulai 2Q26, disokong oleh keumpilan operasi daripada penghantaran SMT yang lebih tinggi, pemulihan segmen penyelesaian bersepadu, dan kenaikan perniagaan ODM secara berperingkat. Penilaian P/E sebanyak 21x untuk FY27F dikekalkan dan berdasarkan nilai ini, TP baharu sebanyak MYR0.71 diperoleh (termasuk diskaun ESG 2%).

Faktor pemacu utama

i. Pemulihan capex E&E
ii. Pemulihan segmen penyelesaian SMT bersepadu
iii. Peningkatan sumbangan segmen baru ODM/OEM.

Risiko utama

i. Masa pengiktirafan tempahan dan penyempurnaan tempahan
ii. Kegagalan meraih projek baru
iii. Risiko pembatalan kontrak, persaingan sengit dan FX.

Profil Syarikat

Cnergenz menyediakan penyelesaian pembuatan dengan berpengkhususan dalam penyelesaian
pembuatan teknologi pemasangan permukaan (SMT) untuk industri-industri elektronik dan semikonduktor (E&S).

Carta Saranan

Penganalisis
Lee Meng Horng +60 323028115 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.