Pindah Saham Dengan 3 Langkah Mudah Menggunakan Bursa Anywhere

Anda ada beberapa akaun CDS? Nak pindah saham yang dah lama beli dulu dengan akaun lain, ke akaun CDS yang lain yang baru dibuka? Atau ada beberapa akaun CDS, ada yang dah dorman dah pun, dan lepas ni nak concentrate kepada satu akaun saja?

Kalau dulu kena isi borang, kini ianya boleh dibuat secara online saja menggunakan aplikasi Bursa Anywhere.

Pindah Saham Dengan 3 Langkah Mudah

1. Klik Saham dan Akaun yang hendak Dipindahkan

2. Masukkan Kuantiti

3. Sahkan dan Bayar guna FPX

Itu je, sangat mudah dan senang. Lepas ni nak monitor saham pun semakin senang, sebab semuanya di hujung jadi saja.

Bagi mereka yang belum muat turun aplikasi Bursa Anywhere ni, boleh muat turun di Google Play Store atau Apple App Store hari ini. Percuma je.

Kalau nak tahu apa lagi kegunaan dan kelebihan aplikasi ini, jemput baca Aplikasi Bursa Anywhere – Semua Pelabur Wajib Download.

Bagi yang belum ada akaun CDS tu, kesian. Cepat-cepatlah buka akaun CDS dengan merujuk Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10 sahaja.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.