Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran aplikasi Bursa Anywhere yang diadakan di Bursa Malaysia.
Bukan main meriah lagi majlis tersebut, tapi semestinya kita ingin tahu apa yang ditawarkan oleh aplikasi telefon pintar Bursa Anywhere ni kan?
Aplikasi Bursa Anywhere ini terbahagi kepada dua fasa. Dalam fasa pertama ini, kita boleh tengok maklumat berkenaan semua akaun CDS yang kita ada. Boleh juga mengemaskini maklumat akaun CDS kita secara terus dengan Bursa Malaysia. Nak muat turun penyata akaun CDS pun boleh, dan boleh juga tahu nilai portfolio pegangan saham kita bagi setiap akaun CDS.
Boleh tahan jugalah, tapi fasa dua nampak lebih menarik.
Bakal disiapkan menjelang hujung tahun 2019, aplikasi Bursa Anywhere ini boleh membenarkan kita ‘transfer’ saham daripada satu akaun CDS ke satu akaun CDS milik kita. Ini bagi membolehkan kita memilih broker/remisier kegemaran kita dengan mudah.
Mungkin kita pun tak sedar yang kita ada akaun CDS yang ‘tidur’ atau tak aktif, tak ingat pun dengan broker mana, siapa remisier kita; kini boleh aktifkan semula dengan mudah.
Rasanya yang paling best yang ditunggu-tunggu ramai adalah pembukaan akaun CDS secara online. Adakah kita tidak lagi perlu ‘walk-in’ ke pejabat broker dan menandatangani borang pembukaan akaun CDS yang bertingkat-tingkat lepas ni?
Dan lepas ni juga, nak mohon IPO pakai aplikasi ni je. Mudah kan?
Proses Pendaftaran Aplikasi Bursa Anywhere Tak Sampai 5 Minit
Senang je nak daftar akaun Bursa Anywhere ni, prosesnya tak sampai 5 minit pun. Cuma ikut langkah-langkah yang diberi, cukup mudah.
Bila dah siap daftar dan login, sekarang boleh tengok dengan broker mana kita ada akaun CDS dan nilai portfolio yang kita ada.
Berita pengasas bersama Farm Fresh, Loi Tuan Ee, menjual pegangan saham bernilai RM132.5 juta pantas mencuri perhatian pelabur. Ada yang bertanya: “Eh ada apa-apa tak kena ke dengan Farm Fresh?”
Sebenarnya, sebelum kita membuat kesimpulan terburu-buru, penting untuk faham apa yang benar-benar berlaku dan apa yang tidak berlaku.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Farm Fresh Berhad diasaskan pada tahun 2009 oleh usahawan tempatan, Loi Tuan Ee, bermula sebagai The Holstein Milk Company. Syarikat ini kemudiannya melalui proses penjenamaan semula kepada Farm Fresh seiring dengan peluasan perniagaan. Pada tahun 2022, Farm Fresh disenaraikan di Bursa Malaysia sebagai Farm Fresh Berhad.
Menurut laporan media, Loi Tuan Ee telah menjual 50 juta saham Farm Fresh, bersamaan kira-kira 2.66% daripada jumlah saham syarikat, melalui urus niaga luar pasaran pada harga RM2.65 sesaham.
Selepas transaksi tersebut:
Beliau masih pemegang saham terbesar Farm Fresh
Pegangan beliau kekal sekitar 37%
Tiada perubahan kawalan atau pengurusan syarikat
Ini bermaksud, beliau bukan keluar daripada syarikat, sebaliknya hanya mengurangkan sebahagian kecil pegangan.
Kenapa pengasas jual saham?
Dalam dunia pasaran saham, tindakan pengasas menjual sebahagian pegangan bukan perkara luar biasa. Antara sebab yang munasabah termasuk:
Diversifikasi kekayaan Pengasas lazimnya mempunyai sebahagian besar kekayaan mereka terikat dalam satu syarikat. Menjual sebahagian saham membolehkan mereka mengurangkan risiko kebergantungan kepada satu aset sahaja.
Ambil keuntungan selepas harga saham naik Saham Farm Fresh mencatat kenaikan ketara tahun ini. Menjual pada harga tinggi adalah langkah rasional dari sudut pengurusan kewangan peribadi.
Perancangan kewangan & keluarga Selepas membina perniagaan bertahun-tahun, tidak salah untuk ‘unlock value’ bagi tujuan perancangan jangka panjang, termasuk legasi dan perancangan harta.
Apa yang tidak boleh disimpulkan?
Yang penting, pelabur tidak wajar terus menganggap:
Syarikat sedang bermasalah
Pengurusan hilang keyakinan
Prospek perniagaan merosot
Hakikatnya, jualan sebahagian ≠ hilang kepercayaan. Yang lebih membimbangkan biasanya ialah situasi di mana pengasas:
Menjual hampir keseluruhan pegangan
Melepaskan jawatan pengurusan
Berlaku perubahan mendadak dalam operasi syarikat
Setakat ini, semua itu tidak berlaku dalam kes Farm Fresh.
Apa yang pelabur patut fokus?
Daripada terlalu fokus kepada satu transaksi saham, pelabur lebih wajar menilai perkara berikut:
Pasaran saham sering dipengaruhi emosi. Berita seperti ini mudah mencetuskan panik, sedangkan realitinya memerlukan konteks dan kefahaman yang lebih menyeluruh.
Kesimpulan
Tindakan pengasas Farm Fresh menjual sebahagian saham bernilai RM132.5 juta lebih menyerupai langkah pengurusan kekayaan peribadi, bukannya isyarat negatif terhadap syarikat.
Seperti biasa, keputusan pelaburan tidak sepatutnya dibuat berdasarkan satu berita sahaja tetapi berdasarkan gambaran besar perniagaan.
Penafian : Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.
BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.
Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!