2019 telah pun melabuhkan tirainya. Kita pun tahu bahawa FBM KLCI menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan, jatuh 6% pada tahun ini.
“KLCI menjunam bro… Indeksnya jatuh teruk… “
Kena ingat yang indeks tu mengukur 30 syarikat utama sahaja, bukan satu Bursa Malaysia yang ada lebih dari 696 saham patuh syariah.
Di antara punca kejatuhan adalah perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China, kemelut Brexit dan juga aliran keluar dana asing daripada pasaran saham Malaysia.
Jom kita tengok prestasi saham-saham yang terdapat dalam FBM KLCI, iaitu 30 syarikat terbesar yang ada di Bursa Malaysia.
*Tak Patuh Syariah
2/3 Daripadanya Jatuh Pada Tahun 2019
MISC Berhad, Public Bank dan Petronas Chemicals semuanya jatuh lebih daripada 20%.
Nampaknya Sime Plantation, Genting Malaysia dan Dialog Group pula mencatatkan kenaikan lebih daripada 10%.
Semoga ada sinar untuk Bursa Malaysia pada tahun 2020 pula nanti.
Bonus Issue atau Terbitan Bonus memberikan pemegang saham sedia ada saham tambahan secara percuma, berdasarkan jumlah saham yang mereka miliki. Ini meningkatkan jumlah keseluruhan saham, jadi nilai setiap saham perlu disesuaikan sewajarnya, tetapi jumlah nilai pelaburan anda tetap sama.
Kenapa Syarikat Nak Beri Bonus Issue?
Jawapannya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk menurunkan harga saham agar ianya lebih murah. Adakalanya harga sesebuah saham akan naik terlalu tinggi sehingga ke satu paras yang pelabur telah tidak berminat untuk membelinya kerana harganya yang mahal.
Untuk mengembalikan minat pelabur untuk membeli saham syarikat tersebut, mereka boleh membuat satu Corporate Exercise yang dinamakan sebagai ‘Bonus Issue”.
Secara psikologinya, lebih ramai orang mampu nak beli saham tersebut kerana harganya yang menarik. Maka ia pun menjadi saham rebutan orang ramai orang selepas bonus issue dilakukan.
Pada 20 Mac 2025, Tanco mengumumkan pemberian Bonus Issue sebanyak tujuh unit saham bagi setiap lima unit saham yang dipegang para pemegang saham setakat 5 petang 3 April 2025.
Nisbah Bonus: 7 saham bonus untuk setiap 5 saham sedia ada
Jadi, untuk setiap 5 saham yang anda miliki, kini anda mempunyai 12 saham (5 sedia ada + 7 bonus)
Apa Jadi Pada Harga Sebelum & Harga Selepasnya?
Harga sebelum Bonus Issue ialah RM2.06 Harga selepas: RM0.86
Contoh Pengiraan
Tujuh saham bonus bagi setiap lima saham semasa
Jumlah saham selepas Bonus Issue: 7 + 5 = 12 saham
Faktor adjustment (pelarasan): 5 / 12
Harga adjustment (pelarasan):
= RM2.06 x 512 = 10.3012 = RM0.8583 = RM0.86
Apakah Maksudnya?
Sebelum: Anda mempunyai lima saham dengan harga seunit RM2.06 = RM10.30 jumlah nilai
Selepas: Kini anda mempunyai 12 saham dengan harga seunit RM0.8583 = RM10.30 jumlah nilai
Jadi, tiada perubahan dalam jumlah nilai, cuma lebih banyak saham pada harga yang lebih rendah setiap satu.
Kenapa Harga Perlu Diselaraskan (Adjusted)?
Memandangkan anda kini menerima lebih banyak saham, nilai setiap saham mesti berkurang supaya jumlah nilai pelaburan anda kekal sama.
Bayangkan seperti memotong sekeping pizza kepada lebih banyak bahagian; pizza yang sama, cuma lebih banyak kepingan.
Macam Mana Nak Tahu Untung Atau Tidak?
Daripada pengiraan di atas, kita tahu yang selepas harga diselaraskan, harga Tanco adalah RM0.86 seunit. Sekiranya harga saham Tanco dibuka lebih tinggi selepas hari ex-date tersebut maka harga saham tersebut telah menaik dan anda sedang menjana keuntungan dari saham tersebut.
Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.
BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.
Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.
Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.
Kenapa Kena Miliki Buku Ini?
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
Miliki Buku Ini Sekarang!!
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!
Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee