Prestasi IPO Sepanjang Tahun 2018. Ada Yang Harganya Naik 130.43% Selepas Sehari

Tahun 2018 menyaksikan sebanyak 11 IPO baru di Bursa Malaysia. Boleh dikatakan setiap bulan, ada saja IPO baru. Meriah jugalah pasaran saham dengan kemasukan ‘budak-budak’ baru ini.

Tapi bagaimana pula dengan prestasi IPO sepanjang tahun 2018 ni? Jom kita sama-sama saksikan.

*Tak Patuh Syariah

1. Binasat Communications

Sumber: Bursa Marketplace

2. Wegmans Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

3. QES Group (Tak Patuh Syariah)

Sumber: Bursa Marketplace

4. GDB Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

5. Tri-Mode System

Sumber: Bursa Marketplace

6. Mi Equipment Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. Revenue Group

Sumber: Bursa Marketplace

8. Nova Wellness Group

Sumber: Bursa Marketplace

9. Radiant Globaltech

Sumber: Bursa Marketplace

10. Securemetric Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

11. Techbond Group

Sumber: Bursa Marketplace


Sekejap, Apa itu IPO?

IPO mempunyai nama panjang Initial Public Offering. Jika anda dah mula terlibat dalam bidang pelaburan saham ni, mesti pernah dengar apa itu IPO kan? Kalau menurut Wikipedia – Initial public offering (IPO) bermaksud pelancaran saham baru di pasaran saham.

Ia biasanya dijual kepada pelabur institusi, yang kemudiannya dijual kepada pelabur umum (orang macam kita) buat pertama kalinya. Melalui proses inilah, sebuah syarikat pegangan peribadi bertukar menjadi syarikat umum.

Untuk penjelasan yang lebih panjang, sila rujuk kepada artikel Apa Itu IPO Dan Bagaimana Nak Beli IPO.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.