Syarikat D’Herbs Hol­ding Milik Datuk Seri Aliff Syukri Nak IPO Hujung Tahun Ini?

KUALA LUMPUR: Pengasas dan pemilik D’Herbs Hol­ding Sdn. Bhd., Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memberi bayangan syarikat beliau bakal disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang hujung tahun ini.

Menurut Aliff, hasrat untuk menyenaraikan syarikat berkenaan ke Bursa Malaysia sudah lama menjadi impiannya yang sekali gus akan merealisasikan cita-citanya untuk meneroka pasaran global.

Usahawan popular itu berkata, selepas 11 tahun mengukuhkan jenama D’Herbs dalam pasaran domestik, beliau semakin yakin untuk bersaing dengan produk-produk kesihatan dan kecantikan antarabangsa.

Dalam usaha meluaskan empayar perniagaannya itu, Aliff berkata, syarikatnya memerlukan suntikan modal sehingga RM80 juta dan penyenaraian di Bursa Malaysia kelak akan membantu beliau mencapai keinginan itu.

“Selepas 11 tahun mengasaskan perniagaan ini, saya semakin bersedia untuk meneroka pasaran antarabangsa. Hanya menerusi penyenaraian di Bursa Malaysia, jenama D’Herbs dapat dipasarkan di luar negara,” kata Aliff ketika berkunjung ke bilik berita Astro AWANI pada Khamis.

Kata Aliff, matlamat mengembangkan pasaran ke luar negara juga bertitik tolak pada cita-citanya untuk keluar daripada bergelar jaguh kampung.

“Saya tak mahu jadi jaguh kampung atau jaguh Malaysia sahaja. Saya nak buktikan ada jenama tempatan yang boleh diagungkan di peringkat dunia,” ujarnya lagi.

Aliff yang baru menginjak usia 32 tahun pada Rabu berkata, bagi mencapai hasrat menyenaraikan syarikat D’Herbs Holdings Sdn Bhd itu, beliau bertuah kerana mendapat panduan dan bimbingan daripada tokoh perniagaan tersohor, Tan Sri Rozali Ismail.

Kata Aliff, Rozali yang juga Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) banyak memberi tunjuk ajar kepadanya dalam usaha menyenaraikan D’Herbs ke Bursa Malaysia.

“Saya bersyukur kerana dibimbing oleh Tan Sri Rozali. Beliau yang sememangnya terkenal kerana kejayaan dalam bidang perniagaan banyak memberi panduan kepada saya,” ujar Aliff yang selama ini sangat terkenal kerana merangka strategi pemasaran perniagaannya sebagai jenama masyarakat.

D’Herbs merupakan jenama produk kesihatan dan kecantikan yang diasaskan Aliff lebih sedekad lalu.

Kejayaan produk berkenaan menguasai 70 peratus pasaran domestik melonjakkan perniagaan beliau sekali gus memasyhurkan namanya.

Sumber: Astro Awani

IPO 2019 Nampaknya Meriah

Ada yang tak tahu apa maksud IPO ni? Ianya merupakan terbitan syer yang baru diwujudkan oleh sesebuah syarikat untuk dijual kepada pelabur awam pada harga tawaran yang dipersetujui. Maknanya sebelum saham sesuatu syarikat boleh dibeli di pasaran saham, kena melalui proses IPO terlebih dahulu.

Dan setakat tahun 2019 ni, dah dua IPO baru disenaraikan:

IPO yang bakal disenaraikan pada tahun 2019 adalah:

Kesemuanya merupakan nama-nama popular, yang kita memang kenal. Betul ke orang kata beli IPO ni konfem untung? Jemput baca Prestasi IPO Sepanjang Tahun 2018. Ada Yang Harganya Naik 130.43% Selepas Sehari.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.