Aplikasi M+ Global Oleh Malacca Securities Membantu Pelabur Berjaya Di Pasaran Dunia

M+ Global menawarkan akses tanpa tandingan kepada syarikat global terkemuka seperti Apple, Tesla, Alibaba, Tencent dan banyak lagi. 

Kuala Lumpur, 24 Mei 2023 – Malacca Securities Sdn Bhd mengumumkan pelancaran M+ Global, sebuah platform dagangan global sehenti serba lengkap untuk semua peniaga yang menawarkan akses kepada pelbagai peluang pelaburan antarabangsa, bermula dengan dua pasaran saham terbesar di dunia – Amerika Syarikat dan Hong Kong.

M+ Global merupakan platform dagangan digital serba baharu yang memberikan rakyat Malaysia kuasa untuk mengharungi pasaran dinamik global, merebut peluang, dan menjamin masa depan kewangan mereka. Melalui satu akaun, pengguna boleh mendapat akses kepada lebih daripada 7,000 penyenaraian saham di Amerika Syarikat, 3,000 di Hong Kong dan derivatif boleh niaga tanpa had, seperti waran, ETF, CBBC dan REIT. Akses yang tiada tandingan terhadap pertukaran asing ini membolehkan rakyat Malaysia melabur dalam syarikat besar seperti Apple, Tesla, Alibaba, Tencent, dan banyak lagi.

Pengarah Urusan Malacca Securities Sdn Bhd, Lim Chia Wei berkata, “Kami cukup gembira untuk membantu rakyat Malaysia menguasai pasaran dunia bersama dengan M+ Global. Dengan tawaran akses terhadap pasaran Amerika Syarikat dan Hong Kong, rakyat Malaysia kini mempunyai peluang pelaburan yang lebih besar dalam beberapa syarikat terbesar dan paling berjaya merentasi pelbagai sektor dan industri di seluruh dunia.”

M+ Global ialah platform dagangan digital pertama di Malaysia yang menawarkan data masa nyata dengan kerjasama National Association of Securities Automated Quotations (NASDAQ). Syarikat teknologi global terkemuka ini menyediakan perkhidmatan perdagangan, pertukaran teknologi dan maklumat kepada pasaran kewangan dunia. Melalui perkongsian ini, rakyat Malaysia kini akan mendapat akses kepada Real-Time-Quotes (RTQ), yang pasti dapat melancarkan pengalaman pelaburan mereka dan membantu mereka membuat keputusan pelaburan yang lebih termaklum dengan akses kepada harga sebenar sekuriti dalam masa nyata.

Tambahan pula, M+ Global ialah satu-satunya platform dagangan digital di Malaysia yang menawarkan ciri Shariah Screening (Penapisan Syariah) untuk saham global. Ini membolehkan rakyat Malaysia mengenal pasti saham yang menepati piawaian Syariah dengan cekap dan tepat pada skala global. Ciri unik platform ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia melalui perkongsian bersama dengan IdealRatings Inc., peneraju global dalam sektor penyelesaian kewangan Islam. Pelabur yang ingin melabur mengikut prinsip Islam kini boleh mengenal pasti dan memperoleh akses segera kepada pilihan saham patuh Syariah yang komprehensif.

Ketua Perniagaan Malacca Securities Sdn Bhd, Chuck Lim berkata, “Kami ingin memperkasakan pengguna kami dengan alatan dan maklumat yang mereka perlukan untuk berjaya. Kami gembira untuk menawarkan pengguna kami platform lancar yang menggabungkan teknologi termaju dan maklumat pasaran masa nyata. Dengan M+ Global, peniaga boleh menyelusuri dunia pelaburan global yang rumit dengan mudah dan yakin bagi membuka pintu kepada pertumbuhan dan kejayaan, semuanya berada di hujung jari mereka.”

M+ Global merupakan platform pintar yang disepadukan dengan pemantauan penggerak saham 24/7 dan berita masa nyata. Ia memberikan pengguna akses eksklusif kepada maklumat kewangan global untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai peristiwa yang menggerakkan pasaran dan membuat keputusan pelaburan yang lebih termaklum. Pengguna boleh memperibadikan berita di dalam watchlist mereka, menyesuaikan makluman yang diterima, dan mendapatkan berita segera daripada sumber berita kewangan utama seperti Benzinga, MT Newswire dan banyak lagi.

Dengan lebih daripada dua ratus wakil peniaga berlesen dan berpengalaman dalam dunia perdagangan asing, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan kepakaran mereka dan kembangkan portfolio mereka melalui pelaburan global untuk saham patuh Syariah dan bukan Syariah di pasaran Amerika Syarikat dan Hong Kong pada harga yang kompetitif.

M+ Global menawarkan sokongan pelanggan unik dengan perkhidmatan sokongan pelanggan 24 jam pelbagai saluran melalui live chat aplikasi, WhatsApp, talian hotline, e-mel dan strim langsung.

Untuk meraikan pelancaran ini, M+ Global menawarkan saham percuma di bawah kempen “Unbox Mystery Stock”! Bermula dari 15 Mei 2023, pengguna baharu yang mendaftar untuk akaun M+ Global akan menerima satu (1) peluang unboxing untuk mendapatkan satu (1) saham percuma secara rawak (Apple, Tesla, Google, Shell, Coca-Cola, Manchester United, Krispy Kreme atau Snapchat) apabila mereka meletakkan deposit sekurang-kurangnya RM1,000 ke dalam akaun mereka buat kali pertama. Selain itu, mereka juga boleh mengakses sebut harga langsung percuma mengenai pasaran Amerika Syarikat dan Hong Kong selama tiga puluh hari (30).

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang M+ Global, sila layari https://global.mplusonline.com. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Unbox Mystery Stock”, sila layari: https://m.global.mplusonline.com/activitiesr/mystery-box?activityId=14&_scnl=WSI2. M+ Global kini boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Sebagai alternatif, anda boleh mendaftar untuk akaun M+ Global di sini: https://m.global.mplusonline.com/kh/status/entry/transit?lang=en_US&_scnl=WSI2 

Previous ArticleNext Article

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters