Saham Induk Borek, Waran-nya Rintik

Di Bursa Malaysia, pelabur bukan sahaja boleh membeli saham, malah ada produk lain juga yang kita boleh beli, contohnya adalah seperti Waran. 

Sekiranya anda membeli Waran, anda bukan sebahagian pemilik syarikat dan anda tiada hak mengundi pada Mesyuarat Agung Tahunan. Pemegang Waran juga tidak berhak menerima dividen dan bonus.

Waran ini biasanya didagangkan lebih murah berbanding harga saham induknya kerana Waran ini adalah hak untuk membeli saham pada harga diskaun. 

Biasanya bila saham induk naik, Waran pun naik dan begitu jugalah sebaliknya.

Waran pula terbahagi kepada dua jenis, Waran syarikat dan juga Waran berstruktur. Beza ketara antara kedua jenis Waran ini adalah penerbitnya. Waran syarikat diterbitkan oleh syarikat dan Waran berstruktur diterbitkan oleh pihak ketiga seperti bank pelaburan. 

Selain itu, status syariah Waran syarikat biasanya mengikut status syariah saham induknya, manakala Waran berstruktur pula adalah instrumen pelaburan yang tidak patuh syariah. 

Berbalik kepada tajuk kita, betul ke pergerakan harga Waran biasanya akan mimik pergerakan harga saham induknya? 

“Maknanya, jika saham induk naik, harga waran-nya juga akan ikut naik. Jika harga saham induk jatuh, harga waran juga jatuh? Macam tu ke??”

Artikel kali ini, kita nak melihat benar atau tidak harga Waran syarikat, mengikut atau mimik harga saham induknya. Jom teruskan membaca!

Malaysian Resources Corporation Berhad

Sumber: TradingView

Mari kita lihat pergerakan harga saham induk Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). Harga saham ini mula membuat kenaikan pada Julai 2023 dan membentuk Higher High dan Higher Low seperti carta di atas. 

Daripada pergerakan harga saham ini, ianya membentuk satu pattern atau corak tertentu seperti yang kita dapat lihat di atas. Jadi adakah pergerakan harga Waran MRCB juga seakan-akan pergerakan harga saham saham induknya? Jom kita saksikan.

Sumber: TradingView

Jika kita perhatikan corak yang terbentuk kepada waran MCRB ini, secara kasar kita dapat melihat corak yang hampir sama dengan corak yang dibuat oleh saham induknya. 

Ini terbukti bahawa pergerakan waran MRCB ini mimik pergerakan harga saham induknya. Tidak serupa 100% tetapi seakan-akan. 

Capital A Berhad

Sumber: TradingView

Pergerakan saham kedua pula kita akan melihat saham Capital A Berhad. Sekali pandang, seakan-akan harga saham ini membentuk corak Head & Shoulder yang agak condong. Namun adakah waran-nya juga akan membentuk corak yang sama?

Sumber: TradingView

Jika kita lihat pada pergerakkan waran, tidak nampak corak Head And Shoulder tetapi ada titik persamaan antara dua carta ini. Cumanya kenaikan harga waran pada bulan Ogos lebih drastik berbanding harga saham induknya. 

Pestech International Berhad

Sumber: TradingView

Pergerakan harga saham Pestech ini agak menarik, membentuk seakan-akan bentuk M pada bulan Julai sehingga Ogos dan diteruskan dengan pergerakan zig zag pada bulan seterusnya. 

Sumber: TradingView

Jika kita perhatikan pergerakan waran, memang mirip kepada pergerakan harga saham induknya. Ini yang dikatakan seperti perpatah melayu “Bapa Borek Anak Rintik”. Saham Pestech ini pula boleh dikatakan Saham Induknya borek, waran-nya rintik!

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Semua Waran Akan Mengikut Harga Saham Induk?

Jika kita selalu membandingkan pergerakan saham induk dan waran-nya, biasanya kita akan nampak pergerakan harga waran akan mirip atau mimik pergerakan harga saham induknya. 

Tetapi ada juga kes-kes tertentu yang mana harga waran syarikat bergerak agak lambat berbanding harga saham induknya. Dan ada juga kes tertentu harga waran tidak mengikut harga saham induknya. Tetapi kes tersebut sangat jarang berlaku. 

Betul Ke Beli Waran Lebih Untung Daripada Beli Saham?

Jom tengok antara pulangan yang alumni program kami dapat hasil daripada membeli Waran dan saham induknya. Nampaknya, Waran yang dibeli memberikan peratus pulangan yang lebih tinggi.

Jadi, semua Waran akan bagi pulangan lebih tinggi daripada saham induknya ke?

Baca: Betul Ke Beli Waran Lagi Untung Daripada Beli Saham?

Ini baru cerita bab keuntungan, belum masuk bab kerugian lagi. Biasa kita seronok lihat untung tapi terlupa risiko rugi. 

Nak melabur Waran sebab nak untung besar tidak salah, tapi pastikan pelaburan anda berbekalkan ilmu yang mantap. 

Dah beli kalau tak menjadi, berbaloi atau tidak nak convert Waran jadi saham induk? 

Nak belajar lebih mengenai waran? 

Miliki Panduan Lengkap Cara Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam Combo webinar + video + ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.