Saham Kim Hin Joo (Malaysia) Berhad Kini Boleh Dibeli Melalui MITI

Terbaru, kita dah boleh apply untuk beli IPO Kim Hin Joo (Malaysia) Berhad melalui Ministry of International Trade and Industry (MITI). Permohonan bagi Saham Khas Bumiputera adalah melalui sistem saham online bermula 29 April 2019 (Isnin) sehingga 6 Mei 2019 (Isnin) 12.00 tengahari.

Penghantaran borang permohonan bagi Individu, Syarikat, Koperasi & Yayasan bersama dengan dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 13 Mei 2019 (Isnin) Jam 4.30 petang.

Nak beli saham Kim Hin Joo ni minimum 1000 unit. Kiranya modal RM450 jugalah untuk beli 10 lot.

Siapa Kim Hin Joo ni?

Kredit Gambar: Mid Valley

Pernah jalan-jalan di pusat membeli-belah dan ternampak kedai Mothercare ni tak? Ya, syarikat Kim Hin Joo ini adalah merupakan pemilik bagi jenama Mothercare ni.

Langkah-Langkah Nak Beli IPO Kim Hin Joo Melalui MITI

1. Klik Laman Web Saham Online MITI

2. Log Masuk Dengan Menggunakan ID Pengguna (Nombor Kad Pengenalan) Dan Kata Laluan Bagi Pengguna Yang Telah Berdaftar

3a. Bagi Yang Belum Berdaftar, Pilih Jenis Pelabur (Individu) Dan Klik Daftar

3b. Lengkapkan Borang Pendaftaran

3c. Pendaftaran Dah Selesai, Semak Emel

3d. Log Masuk Menggunakan ID Pengguna (Nombor Kad Pengenalan) Dan Kata Laluan

4. Klik Pohon IPO Kim Hin Joo (Malaysia) Berhad

5. Masukkan Jumlah Unit Yang Hendak Dipohon (Minima 1000 Unit)

Sediakan Dokumen Penting

Bila dah submit online, sila rujuk kepada senarai semak dan pastikan semua dokumen lengkap. Penyata Kewangan adalah penting, begitu juga Penyata ASB dan Tabung Haji.

Sebab menerusi penyata kewangan inilah, MITI boleh tahu berapa jumlah unit yang kita layak untuk beli. Kalau letak bilangan unit tinggi, tapi tiada dokumen sokongan yang cantik, kalau dapat nanti akan ikut kita punya kemampuan.

Bagi Pegawai Kerajaan pula, perlu disertakan surat kebenaran rasmi oleh Ketua Jabatan, Ketua Bahagian atau Ketua Seksyen.

Ingat ya, tarikh akhir penghantaran borang untuk permohonan IPO Kim Hin Joo Berhad ini adalah pada 13 Mei 2019 (Isnin) jam 4.30 petang.

Kelebihan Memohon IPO Melalui MITI

Senang cerita, permohonan IPO melalui MITI adalah sedikit leceh kerana perlu isi borang, sertakan penyata kewangan, minta bos sign (bagi pegawai kerajaan), kemudian perlu pos atau hantar sendiri ke pejabat MITI di Kuala Lumpur. Tetapi cuba tanya mereka yang dah pernah memohon melalui MITI, mesti berpeluang cerah untuk dapat IPO tersebut.

Sebaliknya bagi IPO yang dipohon melalui bank pelaburan atau broker pula, proses sangat mudah dan semuanya dibuat secara online, tetapi peluang tipis nak dapat IPO tersebut. Ini kerana persaingan sangat tinggi, ramai orang yang apply IPO online, dan terpaksa pula bersaing dengan golongan Bukan-Bumiputera.

Kenapa nak beli IPO ni? Tengok saja Prestasi IPO Sepanjang Tahun 2018. Ada Yang Harganya Naik 130.43% Selepas Sehari. Boleh tengok juga Prestasi IPO Bagi Tahun 2017. Ada Yang Harganya Naik 22% Selepas Sehari.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.