Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (Kemas Kini Mei 2024)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru saja mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang berkuatkuasa 31 Mei 2024. Aktiviti ini pada kebiasaannya akan dijalankan pada bulan Mei dan November setiap tahun.

Ada beberapa nama-nama besar yang kini dah tak patuh syariah.

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah

Jom kita tengok syarikat-syarikat yang baru masuk dalam senarai saham patuh syariah pada bulan Mei 2024.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

Ada sebanyak 27 syarikat kini dah patuh syariah, termasuklah beberapa IPO yang baru seperti Farm Price, Kawan Renergy, dan Feytech.

Antara nama-nama popular yang kini masuk ke dalam senarai saham patuh syariah pada bulan Mei 2024 adalah seperti Topmix dan TSA Group.

Berikut pula merupakan saham-saham yang terkeluar daripada senarai patuh syariah yang terkini. Contohnya Eco World International Bhd & Imaspor Corporation Bhd.

Senarai Terkini Saham Tidak Patuh Syariah

820 Atau 81% Saham Di Bursa Malaysia Adalah Patuh Syariah, Peningkatan Daripada November 2023 Lalu

Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

Selain daripada merujuk di laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Sumber rujukan: Suruhanjaya Sekuriti

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Jun 2024

Bulan Jun 2024 menyaksikan sedikit penurunan dalam indeks FBM KLCI. 

Setelah peningkatan yang mendadak pada bulan Mei 2024, bulan Jun tidak berjaya meneruskan kenaikan tersebut.

Indeks FBM KLCI

Sumber: Trading View

Indeks FBM KLCI pula susut sebanyak 0.37% pada bulan Jun 2024. KLCI dibuka pada 1595.94 pada awal bulan dan ditutup pada 1590.09 pada hari terakhir dagangan bulan Jun 2024.

Senarai Saham Patuh Syariah Paling Rugi Jun 2024

1. Seni Jaya Corporation Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Saham patuh syariah paling rugi Jun 2024 adalah Seni Jaya Corporation Berhad yang susut sebanyak 18.75%. Jika dikaji dari sudut fundamental, Seni Jaya mengalami kerugian pada suku terkini sebanyak RM1.7 juta. Sebelum ini, Seni Jaya agak konsisten mencatatkan keuntungan bagi setiap suku tahunan.

2. Reneuco Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kedua, Reneuco Berhad susut 15.79% dari pembukaannya pada awal bulan Jun 2024. Reneuco Berhad ditutup pada RM0.08. 

3. Eversendai Corporation Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Eversendai pula jatuh dari RM0.625 kepada RM0.53 atau 15.20% dalam tempoh sebulan. Setelah membuat kenaikan yang banyak pada bulan Mei 2024, pelabur mungkin sudah mula mengambil keuntungan pada bulan berikutnya.

4. MST Golf Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

MST Golf juga dilihat membuat downtrend yang kuat sejak pertengahan bulan Mei sehingga akhir bulan Jun 2024. MST Golf jatuh sebanyak RM0.055 atau 15.07% sepanjang Jun 2024.

5. Master Tec Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Saham yang baru disenaraikan tahun ini, Master Tec membuat penurunan sebanyak 13.97% namun masih kekal berada di atas RM1.

6. FSBM Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

FSBM Holdings di tempat keenam dibuka pada harga RM0.375 pada awal Jun dan ditutup pada 0.325 pada akhir Jun. Penurunan ini menyebabkan FSBM kehilangan 13.33%.

7. Omesti Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Omesti Berhad juga susut 13.33% pada Jun 2024. Omesti hanya turun sebanyak 2 sen namun kerana harganya yang murah, ia telah menyebabkan perubahan harganya menjadi sebanyak 13.33%.

8. Microlink Solutions Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Microlink Solutions turut mengalami kejatuhan iaitu sebanyak 11.11%. 

9. HHRG Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kedua terakhir dari senarai ini, HHRG Berhad telah susut sebanyak 10.26% pada bulan Jun 2024.

10. KJTS Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Melengkapi senarai ini ialah KJTS Group Berhad yang mana ia telah kehilangan 8.57% daripada harganya pada awal bulan Jun.

Kesimpulan

Adakah anda memiliki saham-saham di atas pada bulan Jun dan juga mengalami kerugian? Jangan risau, dalam pelaburan saham, rugi adalah sesuatu yang pasti. Perkara yang penting adalah anda perlu tahu bagaimana untuk meminimumkan kerugian dan mencari keuntungan dari saham yang lain lagi.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……