Teknik Harapan: To The Moon Atau Ke Dasar Tasik Chini?

“Aku tak nak jual lagi saham aku, mana tahu kot-kot dia boleh naik balik…”

Pernah tak anda melalui situasi di atas? Majoriti terutamanya pelabur newbie pasti pernah melalui situasi ini.

Memang sukar nak buat keputusan jual saham selepas harga dia jatuh.

Ramai yang berpendapat tak perlu jual saham yang sedang rugi kerana selagi kita tidak jual saham tu, kita belum betul-betul rugi. Hanya rugi atas kertas (paper loss).

Teknik ini dikenali sebagai teknik harapan ataupun turut dikenali sebagai teknik ‘hope analysis’ dalam kalangan pelabur tempatan.

Walaupun terma ini direka hanya sebagai lawak jenaka, tetapi secara realitinya ramai yang menggunakan teknik ini.

Teknik harapan ini merujuk kepada harapan seorang pelabur yang menyimpan saham yang dimiliki untuk tempoh yang lama setelah saham tersebut mengalami kejatuhan.

Mereka percaya yang pada suatu hari kelak, saham tersebut akan naik semula.

Pada hakikatnya, bagaimana kita tahu yang saham tersebut akan naik di masa hadapan? Bagaimana pula sekiranya saham tersebut terus mengalami penurunan yang lebih teruk? 

Jangan kerana anda tidak mahu rugi beratus ringgit akhirnya anda mengalami kerugian sehingga ribuan ringgit.

Portfolio di bawah merupakan satu contoh menggunakan teknik harapan. Empunya saham ini telah mengalami kerugian yang besar sehingga RM1,800 atau -35.29%!

Kedegilan untuk tidak menjual saham yang telah jelas akan jatuh lebih teruk merupakan punca anda akan mengalami kerugian besar.

Jom baca kajian teknikal saham ini.

Jika dilihat pada carta, saham ini membuat breakout pada harga RM0.245. Harga RM0.245 merupakan paras rintangan yang kuat bagi saham ini setelah banyak percubaan untuk memecahkannya tetapi gagal.

Setelah saham ini berjaya melepasi paras rintangan tersebut, saham ini dibeli pada harga RM0.255. Teknik yang digunakan untuk membeli saham ini ialah teknik Buy on Breakout.

Saham ini membuat breakout setelah berada pada fasa consolidation selama beberapa bulan.

Setelah itu resistance tadi telah bertukar menjadi support kerana candlestick disokong oleh paras resistance tadi.

Saham ini membuat breakout lagi pada 2 Mac 2021, dan berjaya mencapai harga All-Time High iaitu pada RM0.335.

Ketika itu, saham ini telah memberi pulangan ROI sebanyak 31.37%. Ketika saham ini dijangka akan meneruskan kenaikan, berlaku pengambilan untung pula pada hari seterusnya.

Pada 3 Mei 2021, saham ini mengalami tekanan jualan sehingga mematahkan paras sokongan. Sekiranya candlestick jatuh di bawah paras sokongan, ia sudah memberi petanda jelas bahawa saham ini berpotensi untuk meneruskan downtrend.

Namun, teknik harapan menguasai diri kerana mengabaikan sell signal ini dan percaya saham ini hanya akan jatuh untuk tempoh yang singkat.

Teknik harapan ini memakan diri kerana harga semasa saham ini adalah RM0.165. Kerugian yang dialami pula telah mencecah –35.29%.

Semakin lama simpan saham sebegini, semakin besar kerugian yang dialami. Ingatkan boleh naik lagi rupanya harga makin jatuh.

Pengajarannya, jangan guna teknik harapan dalam pelaburan saham. Sekiranya hati anda keras untuk berpegang dengan teknik ini, kami hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk anda.

Akhir kata, nak tanya anda sekali lagi. Adakah teknik harapan membawa anda to the moon atau ke dasar Tasik Chini?

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Ramai kata mudah faham. Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

https://www.facebook.com/watch/?v=1322166808601507

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

I-Berhad Catat Prestasi Kukuh FY2025 dengan PBT Meningkat 80% Tahun ke Tahun kepada RM77.1 Juta

KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI 2026 – I-Berhad (“I-Berhad” atau “Kumpulan”), pemaju induk i-City – Bandar Digital No.1 Malaysia, hari ini mengumumkan keputusan kewangan tidak diaudit bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2025 (“S4TK2025”).

Bagi tahun kewangan penuh berakhir 31 Disember 2025 (“TK2025”), Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM77.1 juta, meningkat 80% tahun ke tahun berbanding RM42.8 juta pada TK2024. Peningkatan kukuh ini mencerminkan keupayaan pelaksanaan yang semakin mantap serta momentum pendapatan yang berterusan. Prestasi ini dicapai walaupun Kumpulan melaksanakan strategi operasi yang berhemah sepanjang tahun, sekali gus menunjukkan keupayaan menjana hasil dan keuntungan kukuh daripada pembangunan sedia ada serta asas pendapatan berulang.

Prestasi Suku Keempat (S4TK2025)

Bagi S4TK2025, Kumpulan merekodkan hasil sebanyak RM117.0 juta, meningkat 44% berbanding suku sebelumnya, didorong oleh momentum pelaksanaan yang lebih baik merentasi segmen teras.

Segmen Pembangunan Hartanah muncul sebagai enjin pertumbuhan utama dengan hasil sebanyak RM75.2 juta berbanding RM42.1 juta pada suku terdahulu. Peningkatan ini didorong oleh kemajuan pembinaan yang lebih pantas serta bil progresif yang lebih tinggi daripada projek-projek dalam i-City, mencerminkan peningkatan kecekapan operasi dan pelaksanaan projek. PBT segmen bagi suku ini ialah RM13.1 juta, berbanding RM16.1 juta pada S3TK2025, di mana suku terdahulu menerima rangsangan daripada pelarasan semula peruntukan projek yang tidak lagi diperlukan.

Segmen Pelaburan Hartanah mencatatkan hasil stabil sebanyak RM6.9 juta, disokong oleh sumbangan sewaan konsisten daripada Mercu Maybank, aset pusat data dan tempat letak kereta di i-City, serta pendapatan bersekutu daripada Central i-City Mall. PBT segmen adalah RM3.7 juta, mengekalkan asas pendapatan berulang yang kukuh.

Segmen Riadhah dan Hospitaliti meneruskan trajektori peningkatan dengan hasil RM33.8 juta, naik 6% suku ke suku. PBT segmen meningkat kepada RM7.0 juta, disokong kehadiran pengunjung yang mampan dan prestasi operasi stabil di tarikan i-City.

Prestasi Tahun Kewangan 2025

Bagi TK2025, I-Berhad merekodkan jumlah hasil sebanyak RM322.6 juta dan PBT sebanyak RM77.1 juta, mencerminkan keberkesanan model pendapatan yang pelbagai.

  • Pembangunan Hartanah: Hasil RM172.3 juta, PBT RM39.5 juta
  • Pelaburan Hartanah: Hasil RM26.8 juta, PBT RM19.1 juta
  • Riadhah dan Hospitaliti: Hasil RM120.6 juta, PBT RM20.9 juta

Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong, berkata penutupan kukuh TK2025 mencerminkan daya tahan model perniagaan pelbagai enjin Kumpulan serta pelaksanaan strategi pembangunan dan pelaburan yang berdisiplin.

Menurut beliau, peningkatan bil pembangunan hartanah pada suku keempat bersama pendapatan berulang yang stabil daripada aset pelaburan dan operasi riadhah telah membolehkan Kumpulan mencatatkan satu lagi suku keuntungan yang kukuh.

Tan Sri Lim menambah bahawa baki nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM5 bilion di i-City menyediakan asas kukuh untuk pertumbuhan masa hadapan, dengan pelancaran baharu dijangka meningkatkan lagi sumbangan hasil dan momentum pendapatan.

Fasa Seterusnya: AI dan Robotik

Memasuki fasa seterusnya evolusi i-City, fokus Kumpulan adalah memperkukuh pendapatan berulang, meningkatkan produktiviti aset dan mempersiapkan bandar tersebut untuk masa depan melalui teknologi, dengan kecerdasan buatan (AI) dan robotik sebagai pemacu utama.

Melalui AI World, presint bandar pertama Malaysia yang didayakan AI, Kumpulan secara berperingkat mengintegrasikan infrastruktur digital, sistem pintar dan pengurusan berasaskan data dalam ekosistem i-City bagi meningkatkan kecekapan operasi, mutu perkhidmatan dan prestasi aset.

Inisiatif ini berteraskan hasil komersial dan merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk mengukuhkan aliran pendapatan berulang serta membezakan i-City sebagai penanda aras kehidupan bandar berasaskan AI di Malaysia.

Di samping itu, pembangunan AI Living @ i-City di ibu negeri Selangor bakal menjadi menara kediaman AI dan robotik pertama di dunia sebagai tapak ujian sebenar dan platform pengkomersialan robot humanoid. Dijadualkan siap pada tahun 2030, menara 500 unit ini direka untuk masa depan di mana manusia dan robot berinteligens terbenam berinteraksi dalam satu persekitaran yang lancar.

Prospek

Melangkah ke hadapan, Kumpulan kekal optimistik secara berhati-hati terhadap prospeknya, disokong oleh kestabilan ekonomi Malaysia, trend urbanisasi berterusan dan permintaan terhadap pembangunan bersepadu berteraskan teknologi. Dengan rekod pelaksanaan yang terbukti serta saluran pembangunan yang besar, I-Berhad berada dalam kedudukan kukuh untuk mencapai pertumbuhan hasil berterusan dan penciptaan nilai jangka panjang kepada para pemegang taruh.