
Bulan Februari 2024 merupakan tahun lompat kerana menyaksikan 29 hari dalam kalendar Februari.
Prestasi indeks FBM KLCI agak baik bagi bulan Februari 2024. Indeks dibuka pada 1,509.35 mata pada awal bulan dan ditutup pada 1,551.44 mata. Kenaikan ini didorong oleh kemasukan pelabur asing ke dalam pasaran dalam tempoh beberapa minggu.
Saham komponen indeks KLCI sudah pasti menjadi perhatian pelabur asing. Banyak saham komponen KLCI membuat kenaikan yang positif. Namun, adakah saham komponen KLCI merupakan saham yang mencatatkan kenaikan tertinggi bagi bulan Februari 2024?
Mari kita lihat senarai 10 saham patuh syariah paling untung bulan Februari 2024.

1. Heitech Padu Berhad
Heitech Padu Berhad merupakan saham patuh syariah paling untung pada bulan Februari 2024 dengan kenaikan sehingga 97.78% untuk tempoh satu bulan dagangan.
2. Master Tec Group Berhad
Di tempat kedua pula adalah saham syarikat Master Tec Berhad dengan kenaikan sebanyak 88.41% dalam tempoh satu bulan dagangan.
3. Notion Vtec Berhad
Sebuah syarikat yang telah lama tidur iaitu Notion Vtec Berhad berada di tangga ketiga untuk saham paling untung sepanjang bulan Februari 2024 dengan kenaikan sebanyak 51.61%.
4. Golden Pharos Berhad
Di tempat keempat pula adalah syarikat Golden Pharos Berhad yang mencatatkan peningkatan sebanyak 41.54% untuk tempoh sebulan pada Februari 2024.
5. Chin Hin Group Property Berhad
Pada tempat kelima adalah saham syarikat Chin Hin Group Property Berhad yang mencatatkan kenaikan sebanyak 33.33% dalam tempoh sebulan dagangan.
6. Lay Hong Berhad
Pada tempat keenam adalah saham syarikat Lay Hong Berhad yang mencatatkan kenaikan sebanyak 32.30% dalam tempoh sebulan dagangan.
7. Tanco Holdings Berhad
Tanco Holdings Berhad merupakan saham ketujuh paling untung pada bulan Februari 2024 dengan kenaikan sebanyak 31.00%.
. KJTS Group Berhad
Yang ketiga terakhir di tempat kelapan adalah saham daripada syarikat KJTS Group Berhad dengan kenaikan sebanyak 26.60% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Februari 2024.
9. Kia Lim Berhad
Yang kedua terakhir paling untung pada bulan Februari 2024 adalah saham syarikat Kia Lim Berhad yang mengalami kenaikan harga sebanyak 26.45% dalam tempoh sebulan dagangan.
10. Kellington Group Berhad
Di tempat kesepuluh untuk saham paling untung Februari 2024 adalah syarikat Kellington Group Berhad. Syarikat ini telah membuat kenaikan sebanyak 16.44% dalam tempoh sebulan dagangan.