Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Jun 2020

Pada bulan Jun yang lalu, kita telah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, di mana orang ramai mula dibenarkan bekerja di pejabat dan juga merentas negeri bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jika bulan Mei menyaksikan pasaran saham Malaysia mencatatkan rekod baru bagi volume tertinggi dan nilai yang didagangkan dalam masa sehari, ianya semakin berkurangan pada bulan Jun.

Namun begitu, indeks FBM KLCI terus mencatatkan kenaikan walaupun hanya 1.77% bagi bulan Jun.

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI 1 Jun 2020: 1,474.90 Mata

Indeks FBM KLCI 1 Jun 2020 Paras Terendah Bulan Jun: 1,473.60 Mata

Indeks FBM KLCI 99 Jun 2020 Paras Tertinggi Bulan Jun: 1,590.80 Mata

Indeks FBM KLCI 30 Jun 2020: 1,501.00 Mata

Kenaikan Sebulan: +26.10 Mata atau +1.77%

Dengan kenaikan indeks yang sihat, sudah pasti ramai yang memperolehi keuntungan yang banyak. Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Jun 2020 seperti berikut:

Sumber: Screener iSaham

1.Asia Poly Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

2. MQ Technology

Sumber: Bursa Marketplace

3. Komarkcorp Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

4. Opensys (M) Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

5. ACO Group

Sumber: Bursa Marketplace

6. Barakah Offshore Petroleum

Sumber: Bursa Marketplace

7. Milux Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

8. Nexgram Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

9. Aemulus Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

10. Vsolar Group

Sumber: Bursa Marketplace

Semua Yang Tersenarai Adalah Penny Stock

Kita dapat lihat bagaimana semua saham yang tersenarai dalam Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Jun 2020 adalah terdiri daripada penny stock. Malah, saham super penny pun banyak.

Seperti yang kita sedia maklum, walaupun kenaikan sebanyak 1 bid adalah sangat besar bagi saham-saham penny stock ini. Begitu juga sebaliknya, walaupun penurunan 1 bid adalah sangat merugikan. Oleh itu, lebih baik kita jauhkan diri daripada saham-saham sebegini.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.


Ramai betul tanya pasal kelas pelaburan saham. Maaf, kami belum bertauliah dan berbakat untuk mengajar.

Kelas saham yang kami berani syorkan kepada yang nak mula melabur saham ialah kelas oleh ikon Bursa Malaysia iaitu Tuan Haji Mohd Asri. Beliau pun dah 20 tahun lebih dalam bidang saham ni.

Insha-Allah walaupun kelas asas tetapi berbaloi. Kalau betul-betul ZERO boleh daftar webinar online beliau di sini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian