Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Jun 2023

“Kenaikan indeks selama 3 minggu dipadam dengan kejatuhan 1 hari”

Sejak awal Jun indeks dilihat cuba untuk pulih dan kembali ke paras 1,400 mata namun cubaan ini gagal pada penutupan hari terakhir Jun 2023.

Dibuka pada 1,383.3 mata pada awal Jun 2023 dan namun tirai bulan Jun 2023 ditutup pada paras 1,376.8 mata.

Secara keseluruhan, indeks Bursa Malaysia jatuh sekitar 0.47% sepanjang Jun 2023. Tetapi ada juga saham yang boleh buat untung sepanjang Jun 2023. 

Mari kita lihat saham patuh syariah yang paling untung untuk Jun 2023 ini. Antara senarai saham patuh syariah paling untung bulan Jun tahun 2023 adalah seperti berikut:-

1. Sarawak Consolidated Industries Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Sarawak Consolidated Industries Berhad merupakan saham patuh syariah paling untung pada bulan Jun 2023 dengan kenaikan sehingga 108.89% untuk tempoh satu bulan dagangan pada bulan Jun 2023.

2. Ahmad Zaki Resources Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kedua pula adalah saham syarikat Ahmad Zaki Resources Bhd dengan kenaikan sebanyak 57.14% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

3. Ewein Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Ewein Berhad berada di tangga ketiga untuk saham paling untung sepanjang bulan Jun 2023 dengan kenaikan sebanyak 56.20%.

4. Bintai Kinden Corporation Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat keempat pula adalah syarikat Bintai Kinden Corporation Bhd yang mencatatkan peningkatan sebanyak 45.45% untuk tempoh sebulan pada Jun 2023.

5. Wellspire Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Pada tempat kelima adalah saham syarikat Wellspire Holdings Berhad yang mencatatkan kenaikan sebanyak 44.34% dalam tempoh sebulan dagangan pada Jun 2023. 

6. PJBumi Bhd

PJBumi Bhd pula adalah saham keenam paling untung untuk bulan Jun 2023 dengan kenaikan 44.26%. 

7. Nylex (M) Bhd

Nylex (M) Bhd merupakan saham ketujuh paling untung pada bulan Jun 2023 dengan kenaikan sebanyak 38.71%.

8. Boustead Plantations Bhd

Yang ketiga terakhir di tempat kelapan adalah saham daripada syarikat Boustead Plantations bhd dengan kenaikan sebanyak 37.04% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Jun 2023.

9. APB Resources Bhd

Yang kedua terakhir paling untung pada bulan Jun 2023 adalah saham syarikat APB Resources Bhd yang mengalami kenaikan harga sebanyak 33.514% dalam tempoh sebulan dagangan. 

10. Marine & General Berhad

Di tempat kesepuluh untuk saham paling untung Jun 2023 adalah syarikat Marine & General Berhad. Syarikat ini telah membuat kenaikan sebanyak 34.61% dalam tempoh sebulan dagangan. 

Bermula Duti Setem RM1.00 Mulai Julai 2023?

Mulai Julai 2023, duti setem yang dulunya RM1.50 untuk dagangan RM1,000 pertama akan dikurangkan kepada RM1.00 sahaja untuk menggalakkan pelaburan di Bursa Malaysia.

Mampukan duti setem baru ini merancakkan kembali Bursa Malaysia? 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

InshaAllah berbaloi……

>> Percuma bila daftar BERDUA!
Cepat daftar sekarang, slot terhad!

Previous ArticleNext Article

Laporan Wiki Impact: 20 Syarikat Teratas Bursa Malaysia Derma RM129.25 Juta Secara Tunai Pada 2022

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — 20 syarikat teratas Bursa Malaysia mendermakan RM129.25 juta secara tunai pada 2022, menurut laporan Wiki Impact bertajuk Bursa Top 20: Who’s The Most Charitable?.

Menurut laporan itu Sime Darby Bhd, Tenaga Nasional Bhd, IOI Corp Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan CIMB Group Holding Bhd adalah kalangan penyumbang utama pada 2022.

Laporan itu menjelaskan bahawa maklumat tersebut adalah berdasarkan data yang tersedia secara umum, dan terdapat penurunan berbanding dengan jumlah derma pada tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM159.69 juta, mencerminkan corak pemberian korporat yang berubah-ubah.

“Nisbah purata tunai kepada untung bersih bagi kesemua 20 syarikat itu pada masa ini adalah 0.26 peratus, menunjukkan sedikit penurunan daripada purata 0.29 peratus pada 2021,” tambahnya.

Laporan itu memaklumkan bahawa Sime Darby, dengan RM20 juta daripada RM1.10 bilion keuntungan bersihnya disalurkan kepada badan amal serta inisiatif sosial dan alam sekitar yang lain, sekali lagi membezakannya sebagai penyumbang tunai terbesar pada 1.81 peratus (pemberian tunai daripada keuntungan bersih), yang lebih tinggi daripada pemberian tunai berjumlah 1.40 peratus pada 2021.

“Selain itu, Tenaga Nasional Bhd memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM3.46 bilion dan mendermakan kira-kira RM153.71 juta, menyumbang 4.44 peratus daripada pendapatan bersih syarikat,” tambah laporan itu.

Laporan itu menjelaskan 20 syarikat itu mengutamakan pendidikan sebagai bidang utama untuk pemberian amal, membentuk 33.6 peratus daripada sumbangan mereka, dikuti penajaan pada 15.6 peratus dan kebajikan pada 12.5 peratus, manakala sukan menerima bahagian terendah iaitu 1.8 peratus.

Pengasas Bersama Wiki Impact, Terence Ooi berkata 20 syarikat Bursa Malaysia teratas itu menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab sosial dan alam sekitar korporat, memperluas impaknya kepada pekerja, komuniti dan masyarakat secara amnya.

Beliau berkata laporan itu menetapkan dasar dan visi untuk syarikat lain mencontohi atau mengatasi dari segi sumbangan.

“Pelaporan berasaskan bukti ini bukan sahaja menggambarkan pemberian korporat di Malaysia malah juga memberi peluang untuk menimbulkan perbualan di dalam bilik lembaga pengarah mengenai keperluan dan kepentingan syarikat yang membuat keuntungan untuk menyumbang dalam bentuk tunai dan barangan serta telus mengenai cara mereka membuat perubahan,” katanya.

— BERNAMA