Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Jun 2023

Indeks FBM KLCI secara keseluruhannya jatuh 6.62 mata sepanjang Jun 2023 dan menutup tirai Jun pada paras 1376.68 mata.

Kebangkitan tiga minggu dipadam dengan satu hari kejatuhan indeks pada penghujung bulan Jun 2023.

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling rugi untuk bulan tahun 2023. Senarai saham paling rugi untuk bulan Jun tahun 2023 adalah seperti berikut:

1. Nexgram Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Nexgram Holdings Berhad merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Jun 2023 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 57.14% dalam tempoh sebulan dagangan. 

2. Metronic Global Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Metronic Global Bhd pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan Jun 2023 dengan kejatuhan harga sebanyak 33.33%. 

3. Salutica Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat ketiga pula adalah saham syarikat Salutica Berhad dengan kejatuhan sebanyak 33.14% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

4. Komarkcorp Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Komarkcorp Bhd berada di tangga keempat untuk saham paling rugi sepanjang bulan Jun 2023 dengan kejatuhan sebanyak 31.25%.

5. Top Glove Corporation Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kelima pula adalah syarikat Top Glove Corporation Bhd yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 28.95% untuk tempoh sebulan pada Jun 2023. 

6. MQ Technology Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Seterusnya di tempat keenam adalah saham syarikat MQ Technology Bhd dengan kejatuhan sebanyak 28.57% dalam tempoh sebulan dagangan. 

7. SMTrack Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Pada tempat ketujuh adalah saham syarikat Smtrack Berhad yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 16.67% dalam tempoh sebulan dagangan pada Jun 2023. 

8. Jadi Imaging Holdings Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Jadi Imaging Holdings Bhd pula adalah kaunter saham kelapan paling rugi untuk bulan Jun 2023 dengan penurunan sebanyak 25.0%. 

9. Propel Global Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Propel Global Berhad merupakan saham kesembilan paling rugi pada bulan Jun 2023 dengan kejatuhan sebanyak 19.05%.

10. Hartalega Holdings Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah saham daripada syarikat Hartalega Holdings Bhd dengan penurunan sebanyak 17.47% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Jun 2023.

Mampukah Bulan Julai Kembalikan Kemeriahan Indeks Bursa Malaysia?

Bulan Julai ini pelabur akan dikenakan duti cukai RM1.00 untuk RM1,000 pertama dagangan sahaja berbanding RM1.50 sebelumnya. Adakah ini akan mengembalikan minat pelabur untuk melabur di Bursa Malaysia?

Menteri tiada formula lain ke untuk menarik minat pelabur? Kurangkan cap RM1,000 kepada RM500 mungkin?

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters