Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2023

Percubaan indeks tempatan bangkit semula

Sambung kejatuhan bulan Februari 2023, pada bulan mac 2023 indeks terus merudum sehingga mencecah paras bawah 1,400 mata sebelum kembali berada di atas paras 1,400 pada akhir bulan mac 2023. 

Dibuka pada 1,454.38 mata pada awal Mac 2023 dan menutup tirai bulan Mac 2023 di paras 1,422.59 mata.

Secara keseluruhan, indeks Bursa Malaysia jatuh sekitar 2.19% sepanjang Mac 2023. Tetapi ada dua saham yang membuat keuntungan lebih daripada 100% sepanjang Mac 2023. 

Mari kita lihat saham patuh syariah yang paling untung untuk Mac 2023 ini. Antara senarai saham patuh syariah paling untung bulan Mac tahun 2023 adalah seperti berikut:

1. AirAsia X Berhad

Sumber: 

AirAsia X Berhad merupakan saham patuh syariah paling untung pada bulan Mac 2023 dengan kenaikan sehingga 110% untuk tempoh satu bulan dagangan pada bulan Mac 2023.

2. EG Industries Bhd

Sumber: 

Di tempat kedua pula adalah saham syarikat Minda Global Berhad dengan kenaikan sebanyak 100% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

3. Komarkcorp Bhd

Komarkcorp Bhd berada di tangga ketiga untuk saham paling untung sepanjang bulan Mac 2023 dengan kenaikan sebanyak 60%.

4. CAB Cakaran Corporation Bhd

Sumber: 

Di tempat keempat pula adalah syarikat CAB Cakaran Corporation Bhd yang mencatatkan peningkatan sebanyak 46.94% untuk tempoh sebulan pada Mac 2023.

5. Permaju Industries Bhd

Sumber: 

Pada tempat kelima adalah saham syarikat Permaju Industries Bhd yang mencatatkan kenaikan sebanyak 44.44% dalam tempoh sebulan dagangan pada Mac 2023. 

6. Salutica Berhad

Sumber: 

Salutica Berhad pula adalah saham keenam paling untung untuk bulan Mac 2023 dengan kenaikan 44.23%. 

7. Hua Yang Berhad

Sumber: 

Hua Yang Bhd merupakan saham ketujuh paling untung pada bulan Mac 2023 dengan kenaikan sebanyak 39.39%.

8. SHH Resources Holding Bhd

Sumber: 

Yang ketiga terakhir di tempat kelapan adalah saham daripada syarikat SHH Resources Holding Bhd dengan kenaikan sebanyak 30.30% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Mac 2023.

9. Menang Corporation (M) Bhd

Sumber: 

Yang kedua terakhir paling untung pada bulan Mac 2023 adalah saham syarikat Menang Corporation (M) Bhd yang mengalami kenaikan harga sebanyak 26.04% dalam tempoh sebulan dagangan. 

10. Hartalega Holding Bhd

Sumber: 

Ditempat kesepuluh untuk saham paling untung Mac 2023 adalah syarikat Hartalega Holding Bhd. Syarikat ini telah membuat kenaikan sebanyak 14.60% dalam tempoh sebulan dagangan. 

Pasaran Jatuh Pun Ada Saham Naik Banyak

Walau apa terjadi pada pasaran sekalipun, peluang untuk meraih keuntungan dalam pelaburan saham ini sentiasa ada. Dengan syarat, pelabur perlu memiliki ilmu!

Jangan hanya melihat Indeks Bursa Malaysia dan risau tidak tentu hala, sesungguhnya indeks itu hanya terdiri daripada 30 saham terbesar di Bursa Malaysia dan bukannya gambaran pasaran secara menyeluruh. 

Selamat melabur dan selamat mencari duit raya! 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Umum Pengarah Baharu Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz (“Azizan”) sebagai Pengarah Pasaran Modal Islam (ICM), berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Azizan akan memegang peranan baharu ini selain jawatan semasanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia. Pelantikan ini mencerminkan fokus berterusan Bursa Malaysia dalam memperkukuh penawaran pasaran modal Islamnya seiring dengan keutamaan strategik yang lebih luas.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, berkata, “Pelantikan Azizan memperkukuh fokus kepimpinan Bursa Malaysia terhadap Pasaran Modal Islam pada waktu pertumbuhan pasaran yang berterusan dan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang. Pengalaman, kepakaran kewangan dan pemahaman institusi beliau meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan hala tuju strategik bagi keutamaan pasaran Islam kami, di samping terus memastikan pengurusan kewangan yang kukuh sebagai CFO.”

Pasaran modal Islam Malaysia kekal sebagai tonggak utama pasaran modal domestik, berkembang daripada RM2.2 trilion pada 2020 kepada RM2.7 trilion menjelang akhir 2025, dengan ekuiti patuh Syariah dan sukuk masing-masing menyumbang RM1.3 trilion dan RM1.4 trilion. Mencerminkan kedalaman pelaburan Syariah di peringkat tempatan, syarikat patuh Syariah merangkumi lebih daripada 80% syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah ICM, Azizan akan menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik bagi keutamaan berkaitan pasaran modal Islam Bursa Malaysia, dengan bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan dalaman dan peserta pasaran untuk menyokong pembangunan berterusan ekosistem ICM. Sebagai CFO, beliau akan terus menyelia fungsi kewangan keseluruhan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat serta penganggaran bajet.

Azizan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan, kewangan korporat dan nasihat. Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Penggabungan dan Pengambilalihan di Deloitte Southeast Asia Ltd., serta pernah memegang jawatan kanan di KPMG Financial Services Advisory di United Kingdom dan Malaysia, antara lain. Beliau memiliki ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari University of Plymouth, UK, dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).