Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mac 2023

Indeks pada bulan Mac meneruskan kejatuhan pada bulan sebelumnya tetapi dilihat ada percubaan untuk bangkit semula daripada kejatuhan yang terus menerus tersebut. 

Secara keseluruhannya, indeks FBMKLCI dilihat jatuh sepanjang bulan Mac 2023 dengan kejatuhan sebanyak 31.79 mata.

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Mac tahun 2023. Senarai saham paling rugi untuk bulan Mac tahun 2023 adalah seperti berikut:

1. Progressive Impact Corporation

Sumber: 

Progressive Impact Corporation merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Mac 2023 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 64.15% dalam tempoh sebulan dagangan. 

2. BSL Corporation Berhad

Sumber: 

BSL Corporation Berhad pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan Mac 2023 dengan kejatuhan harga sebanyak 61.538%. 

3. LKL International Berhad

Sumber: 

Di tempat ketiga pula adalah saham syarikat LKL International Berhad dengan kejatuhan sebanyak 60.81% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

4. Bintai Kinden Corporation Bhd

Sumber: 

Bintai Kinden Corporation Bhd berada di tangga keempat untuk saham paling rugi sepanjang bulan Mac 2023 dengan kejatuhan sebanyak 60.00%.

5. Asdion Bhd

Sumber: 

Di tempat kelima pula adalah syarikat Asdion Bhd yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 60.00% untuk tempoh sebulan pada Mac 2023. 

6. Classita Holdings Berhad

Sumber: 

Seterusnya di tempat keenam adalah saham syarikat Classita Holding Berhad dengan kejatuhan sebanyak 56.72% dalam tempoh sebulan dagangan. 

7. Green Packet Bhd

Sumber: 

Pada tempat ketujuh adalah saham syarikat Green Packet Bhd yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 38.462% dalam tempoh sebulan dagangan pada Mac 2023. 

8. Pasukhas Group Berhad

Sumber: 

Syarikat Pasukhas Group Berhad pula adalah kaunter saham kelapan paling rugi untuk bulan Mac 2022 dengan penurunan sebanyak 33.33%.

9. DS Sigma Holdings Berhad

Sumber: 

DS Sigma Holdings Berhad merupakan saham kesembilan paling rugi pada bulan Mac 2023 dengan kejatuhan sebanyak 32.26%.

10. South Malaysia Industries

Sumber: 

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah saham daripada syarikat South Malaysia Industries Bhd dengan penurunan sebanyak 18.75% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Mac 2023.

Yang Suram Tidak Akan Selamanya Suram

Benar, secara keseluruhan pasaran saham tempatan kini agak suram dan menakutkan untuk pelabur melabur wang mereka dalam pasaran.

Tetapi setiap perkara pasti ada jalannya, begitu juga pelaburan di Bursa Malaysia. Dalam banyak-banyak yang jatuh, pasti ada saham yang naik. 

Yang penting, sebagai seorang pelabur adalah ilmu!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Minyak & Gas Bersepadu: 1Q26: Saham Teras Perkukuh Musim Keputusan Menepati Jangkaan

Saranan WAJARAN TINGGI dikekalkan; Saham Pilihan Utama: MISC

Pemeteraian perjanjian damai antara AS-Iran baru-baru ini berjaya meredakan kebimbangan tentang gangguan bekalan yang berpanjangan di Asia Barat; kami tidak menjangkakan harga akan kembali surut kepada paras sebelum konflik. Usaha-usaha baik pulih yang sedang dijalankan pada prasarana rosak, pemulihan kapasiti secara berperingkat, dan penormalan rantai bekalan mungkin dapat menyokong harga dalam jangka dekat.

Walaupun minyak mentah Brent sudahpun turun daripada paras tertinggi baru-baru ini, kami meramalkan harga untuk terus terkawal pada paras kirakira USD80/tong sebelum ia beransur-ansur surut ke paras biasa. Kami mengekalkan saranan yang sama pada sektor ini dan andaian-andaian harga bagi 2026-2027 tetap tidak berubah pada USD82.50 dan USD72/tong.

Keputusan menepati ramalan

Sembilan syarikat bawah liputan kajian kami melaporkan keuntungan bersih untuk 1Q26: Empat memenuhi jangkaan, satu melangkaui ramalan, dan empat lagi tersasar. Walau bagaimanapun, dari segi modal pasaran berwajaran, musim perolehan kali ini amnya mencapai ramalan apabila saham-saham besar seperti MISC, Dialog, dan Petronas Dagangan mengumumkan keputusan yang menepati jangkaan. Petronas Chemicals (PCHEM) muncul dengan keputusan mengatasi jangkaan apabila didorong oleh perbezaan lebih besar antara harga jualan dan kos bahan mentah, dan kos operasi lebih rendah. Sementara itu, Malaysia Marine & Heavy Engineering (MMHE), Wasco, Bumi Armada, dan Sumisaujana gagal mencapai sasaran berikutan masalah masa projek dan sumbangan operasi lebih rendah.

Untung bersih 2Q26 mungkin mencapai paras puncak pada FY26 sebelum kembali normal pada 2H26

Kami menjangkakan 2Q26 akan menerima manfaat daripada harga minyak mentah dan petrokimia yang tinggi berikutan gangguan bekalan di Asia Barat akhir-akhir ini. Paras harga yang tinggi ini menyokong perbezaan harga produk dan kos bahan mentah dan perolehan yang lebih besar merentasi saham-saham terpilih bawah liputan kajian kami. Walau bagaimanapun, dengan ketegangan geopolitik semakin mereda dan harga urea sudah menyusut ke arah paras sebelum berlakunya perang, kami ramalkan kenaikan semasa akan menurun secara berperingkat apabila rantaian bekalan kembali normal, kapasiti memulih semula, dan premium risiko menghilang. Sehubungan dengan itu, kami melihat 2Q26 sebagai suku tahun yang menyaksikan perolehan mencapai paras kemuncak untuk FY26, dengan perolehan kembali menurun secara berperingkat menuju ke 2H26.

Kami terus menyukai MISC sebagai saham bertahan dalam sektor ini

Sebahagian besar armada kapal MISC beroperasi secara kontrak dan hal ini menawarkan keterlihatan perolehan yang kukuh. Pada masa yang sama, kira-kira 35% segmen perkapalan petroleumnya terdedah kepada kadar tambang semerta, sekali gus membolehkan ia mengaut hasil lebih tinggi apabila kadar tambang meningkat. Walaupun konflik Asia Barat semakin mereda baru-baru ini, kami menjangkakan kadar tambang kapal akan terus terkawal oleh permintaan pengangkutan berasaskan tan-jarak (tonne-mile) yang baik dan bekalan kapal yang terhad.

Risiko negatif terhadap perwajaran sektor kami

Harga dan permintaan minyak semakin lemah apabila perbelanjaan pengguna menurun.

Sorotan Penting Daripada Keputusan 1Q26