Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung November 2022

‘Indeks pasaran saham Malaysia lebih segar dengan kerajaan baru?’

Indeks FBMKLCI dilihat kembali segar dengan sentimen pelantikan Perdana Menteri baharu. Indeks dibuka pada 1,457.64 mata dan menutup tirai November pada 1,488.80 mata. 

Secara keseluruhan, indeks pasaran saham Bursa Malaysia naik sebanyak 31.16 mata atau kenaikan sebanyak sebanyak 2.14%. 

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling untung untuk bulan November tahun 2022. Senarai saham paling untung untuk bulan November tahun 2022 adalah seperti berikut:

Sumber: 
  1. Ralco Corporation Bhd
Sumber: Bursa Marketplace

Ralco Corporation Bhd merupakan syarikat saham patuh syariah paling untung untuk bulan November 2022 dengan kenaikan sehingga 106.67% dalam tempoh satu bulan dagangan bermula 1 November sehingga 30 November 2022.

  1. BSL Corporation Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

BSL Corporation Berhad pula merupakan saham patuh syariah kedua paling untung pada bulan November 2022 dengan kenaikan sehingga 100.00% untuk tempoh satu bulan dagangan pada bulan November 2022. 

  1. Compugates Holdings Bhd
Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat ketiga pula adalah syarikat Compugates Holding Bhd dengan kenaikan sebanyak 100.0% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

  1. CYL Corporation Bhd
Sumber: Bursa Marketplace

CYL Corporation berada di tangga keempat untuk saham paling untung sepanjang bulan November 2022 dengan kenaikan sebanyak 70.00%.

  1. Sealink International Bhd
Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kelima pula adalah syarikat Sealink International Bhd yang mencatatkan peningkatan sebanyak 69.23% untuk tempoh sebulan pada November 2022. 

  1. LKL International Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Pada tempat keenam adalah saham syarikat LKL International yang mencatatkan kenaikan sebanyak 63.64% dalam tempoh sebulan dagangan pada November 2022. 

  1. E.A.Technique(M) Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat E.A.Technique(M) Berhad pula adalah saham ketujuh paling untung untuk bulan November 2022 dengan kenaikan 61.11%. 

  1. IQ Group Holdings Bhd
Sumber: Bursa Marketplace

Kumpulan IQ Group Holding Bhd merupakan saham kelapan paling untung pada bulan November 2022 dengan kenaikan sebanyak 60.00%.

9. Zen Tech International Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Yang kedua terakhir di tempat kesembilan adalah saham daripada syarikat Zen Tech International Berhad dengan kenaikan sebanyak 60.00% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan November 2022. 

10. Karex Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Yang terakhir paling untung pada bulan November 2022 adalah saham syarikat Karex Berhad yang mengalami kenaikan harga sebanyak 59.79% dalam tempoh sebulan dagangan. 

Semua Saham Paling Untung Melebihi 50% Kenaikan. 

Untuk bulan November ini, semua saham-saham paling untung pada bulan ini melebihi 50% kenaikan dalam tempoh sebulan dangangan. 

Mampukah sentimen positif dalam dan luar negara ini menamatkan kelesuan pasaran saham negara kita? 

Rindu zaman masuk kaunter apa-apa pun untung. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA