Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Oktober 2021

Bursa Malaysia bermula dengan agak baik pada awal bulan Oktober dengan mencatatkan kenaikan yang sihat. Ianya dibantu dengan catalyst positif seperti kebenaran merentas negeri setelah kadar vaksinasi mencecah 90% dan juga kemasukan semula dana asing.

“Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.”

Sumber :

Indeks FBM KLCI mencatatkan paras tertinggi iaitu 1,613.40 mata sebelum turun semula ke paras 1,562.30 mata.

Indeks FBM KLCI 1 Oktober 2021: 1,536.50 Mata

Indeks FBM KLCI 5 Oktober 2021 Paras Terendah Bulan Oktober: 1,515.50 Mata

Indeks FBM KLCI 20 Oktober 2021 Paras Tertinggi Bulan Oktober: 1,613.40 Mata

Indeks FBM KLCI 29 Oktober 2021: 1,562.30 Mata

Kenaikan Sebulan: +25.80 Mata atau +1.68%

Adakah terdapat peluang untuk meraih pulangan yang baik sepanjang bulan lepas? Jom kita lihat Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Oktober 2021:

Sumber : Screener iSaham (Kiraan dilakukan berdasarkan kepada harga antara 1 Oktober 2021 dan 31 Oktober 2021)

1. FSBM HOLDINGS BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

2. MILUX CORPORATION BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

3. EP MANUFACTURING BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

4. NEXTGREEN GLOBAL BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

5. RGT BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

6. THETA EDGE BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

7. LION INDUSTRIES CORPORATION BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

8. CHIN HIN GROUP BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

9. IPMUDA BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

10. ASIA MEDIA GROUP BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Hampir Separuh Adalah Saham Di Atas RM1

Biasanya senarai ini dipenuhi oleh saham-saham penny stock. Tetapi berbeza kali ini apabila ada 5 saham di dalam Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Oktober 2021 adalah saham yang berharga atas RM1.

Seperti biasa, nak beli saham kena ada ilmu. Carilah saham-saham yang berkualiti dengan melakukan Analisis Fundamental dan kemudian gunakan ilmu Analisis Teknikal untuk membelinya.

Belum Terlambat, Masih Sempat Untuk Belajar

Ingat, pasaran saham tidak kalis rugi. Harga saham akan bergerak. Naik, turun atau duk situ saja. Namun begitu, pelaburan saham telah lama terbukti menjadi salah satu instrumen pelaburan yang paling menguntungkan. Paling penting, gunakan modal dari duit lebihan sahaja supaya tidak serabut dan kusut bila rugi.

Nak melabur saham tapi tak tahu caranya?

Dah mula melabur tapi asyik rugi?

Nak tahu cara cari saham yang boleh dibeli?

Nak tahu analisis teknikal untuk ‘entry’?

Banyak ilmu pelaburan saham turut dikongsikan secara percuma di TheKapital. Jika anda ingin mendapatkan ilmu-ilmu eksklusif berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang lebih mendalam, dapatkan ilmu tersebut di sini >> Produk TheKapital

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.