Betul Ke Cashless Mudah?

Dalam zaman perkembangan teknologi hari ni, banyak benda yang dah berkembang untuk memudahkan perjalanan hidup kita. Saya tak nafikan ramai yang dapat manfaat daripada perkembangan ini.

Sehinggakan hari ini, kita dimudahkan dengan pembayaran kat kaunter tanpa perlu bawa duit cash. Ianya adalah salah satu perkembangan teknologi dalam negara kita dan serata dunia.

Tapi dalam manfaat, kita kena ingat ada juga kebimbangan yang perlu kita ambil kira dalam kemudahan yang berlaku. Mungkin memudahkan kita tapi boleh memberi mudarat kepada orang lain.

Jom dengarkan perkongsian Ustaz Mohammad Yaakub Yusra ini.

Salah satu kebimbangan apabila kita semua sudah berhijrah ke arah cashless ini, maka kita pun sudah hilang sifat suka bersedekah harian.

Tapi bukankah kita boleh bersedekah menggunakan e-wallet?

Ya boleh, tapi kita takut sumbangan kita tadi tak sampai kepada golongan asnaf. Mereka ini pun mungkin tak up-to-date dengan teknologi terkini.

Antara amalan terbaik yang dilakukan setiap hari oleh Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bekas Mufti Wilayah Persekutuan adalah dengan mempunyai wang tunai di tangan. Setiap hari sebelum beliau sampai ke pejabat, duit tersebut akan disedekahkan kepada orang lain. Carilah orang susah di sepanjang jalan ke tempat kerja, maka bersedekahlah.

Sekiranya sukar untuk jumpa orang susah, boleh juga kita membeli barangan mereka yang berniaga di tepi jalan seperti peniaga nasi lemak dan belilah. Kemudian baki tersebut jangan ambil, tetapi sedekahlah.

Memang agak sukar untuk dilakukan, tetapi cuba amalkan. Salah satu tips untuk jadi kaya adalah dengan banyakkan bersedekah.

Jom jadikan sedekah ini sebagai amalan kita. Dengan bersedekah dengan orang yang kita hari-hari jumpa ini juga, kita dah jimat masa tak perlu cari orang susah. Maka sedekah tersebut sampai ke tangan mereka yang kita kenal dan betul-betul memerlukan.

InsyaAllah nanti di padang Mahsyar, mereka akan kenal kita dan boleh bantu kita pula apabila di ‘sana’.

Video : Kebimbangan Kembali Ke Zaman Cashless

Kredit: Facebook Mohammad Yaakub Yusra

Previous ArticleNext Article

BJAK Diluluskan Oleh Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Seiring dengan peningkatan rakyat Malaysia yang beralih kepada platform digital untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan, keperluan untuk memilih penyedia perkhidmatan yang dipercayai serta dikawal selia semakin penting.

BJAK, platform insurans terbesar di Malaysia, terus menyokong rakyat negara ini dengan menyediakan cara yang lebih mudah dan telus untuk membanding serta memperbaharui insurans dan takaful kenderaan secara dalam talian.

BJAK merupakan Penasihat Kewangan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia, sekali gus memangkin komitmennya dalam menyediakan platform yang dipercayai untuk perbandingan dan pembaharuan insurans.

Melalui BJAK, pengguna boleh membandingkan pelan daripada sehingga 16 syarikat insurans dan pengendali takaful dalam satu platform. Ini membolehkan pengguna membuat keputusan yang lebih bijak berdasarkan harga, perlindungan dan manfaat, semuanya melalui pengalaman digital yang mudah dan lancar.

Dalam era peningkatan kes penipuan dalam talian serta maklumat yang mengelirukan, rakyat Malaysia disarankan agar sentiasa menyemak kesahihan penyedia perkhidmatan kewangan sebelum membuat sebarang pembayaran atau berkongsi maklumat peribadi secara dalam talian.

Pemilihan platform yang dikawal selia dan dipercayai dapat membantu pengguna membuat keputusan kewangan yang lebih selamat dan yakin.

Selain perbandingan insurans, BJAK turut menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian, sekali gus memudahkan rakyat Malaysia menguruskan keperluan berkaitan kenderaan mereka secara digital.

Dengan membolehkan pengguna membandingkan pelbagai syarikat insurans dan pengendali takaful di satu tempat, BJAK komited untuk membantu rakyat Malaysia mengelakkan pembaharuan secara terburu-buru tanpa perbandingan, di samping menggalakkan keputusan kewangan yang lebih bijak melalui ketelusan dan pilihan.

— Awani