Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Suku Pertama (Q1) 2019

Sekejap saja kan dah masuk bulan April 2019? Pejam celik pejam celik, sekejap saja masa berlalu.

Prestasi FBMKLCI sepanjang suku pertama setakat ini mengecewakan, dengan Pasaran Saham Malaysia Merupakan Satu-satunya di Asia Yang Jatuh Tahun Ini.

Sumber: Trading View

Indeks FBMKLCI 2 Januari 2019: 1,668.10 Mata

Indeks FBMKLCI 22 Februari 2019 Paras Tertinggi Suku Pertama: 1,732.30 Mata

Indeks FBMKLCI 28 Mac 2019 Paras Terendah Suku Pertama: 1,638.70 Mata

Indeks FBMKLCI 29 Mac 2019: 1,643.60 Mata

Penurunan Tiga Bulan: –24.50 Mata atau -1.47%

Walaupun pasaran saham diselubungi ketidaktentuan dan kita dapat saksikan bagaimana jerung-jerung luar negara membawa keluar duit mereka, itu tidak bermakna tiada saham syarikat yang cemerlang. Tengok saja senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Untuk Suku Pertama (Q1) 2019 seperti berikut:

Sumber: Screener iSaham

1. Petra Energy

Sumber: Bursa Marketplace

2. Zelan Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

3. GETS Global

Sumber: Bursa Marketplace

4. Dayang Enterprise Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

5. Naim Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

6. Scomi Energy Services

Sumber: Bursa Marketplace

7. PCCS Group

Sumber: Bursa Marketplace

8. IFCA MSC

Sumber: Bursa Marketplace

9. Komarkcorp Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

10. Damansara Realty

Sumber: Bursa Marketplace

Suku Pertama 2019 Yang Mengecewakan

Walaupun pasaran saham global mencatatkan kenaikan, sayangnya Bursa Malaysia tidak ikut trend dunia. Namun begitu, kalau kita bijak membuat analisa dan Technical Analysis, pastinya kita boleh mengaut keuntungan walaupun market suram.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Quarter) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti 52 Weeks High Screener, All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, Magic Formula Investing dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.