Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Tahun 2021

Indeks FBM KLCI mencatatkan kenaikan besar-besaran pada hari terakhir tahun 2021 untuk ditutup pada paras 1,567.50 mata. Ada yang mengaitkan kenaikan mendadak dalam masa sehari ini dengan aktiviti window dressing, iaitu bagi mencantikkan portfolio pengurus dana menjelang akhir tahun.

Indeks FBM KLCI 4 Januari 2021: 1,629.00 Mata

Indeks FBM KLCI 15 Disember 2021 Paras Terendah Tahun 2021: 1,475.40 Mata

Indeks FBM KLCI 14 Januari 2021 Paras Tertinggi Tahun 2021: 1,646.20 Mata

Indeks FBM KLCI 31 Disember 2021: 1,567.50 Mata

Penurunan Setahun: -61.50 Mata atau -3.78%

Tetapi secara keseluruhannya, pasaran saham Malaysia mencatatkan prestasi yang tidak memberangsangkan apabila jatuh sebanyak 3.78% sepanjang tahun yang lalu.

Nak tahu cerita di sebaliknya, jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Tahun 2021 berikut:

1. Genetec Technology

Sumber: Bursa Marketplace

2. Kobay Technology

Sumber: Bursa Marketplace

3. BSL Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

4. Hong Seng Consolidated

Sumber: Bursa Marketplace

5. Tanco Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

6. Dataprep Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. Transocean Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

8. YBS International

Sumber: Bursa Marketplace

9. Central Global

Sumber: Bursa Marketplace

10. Tafi Industries

Sumber: Bursa Marketplace

Hampir Kesemuanya Berasal Dari Penny Stock

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Tahun 2021 ini dihiasi dengan saham-saham di bawah RM1. Bila ‘bermula dari bawah’, sebarang kenaikan adalah signifikan dan sangat besar nilainya.

Sekiranya dilihat kepada kebanyakan syarikat dalam senarai ini pun, ada yang mencatatkan keuntungan dan ada juga yang mencatatkan kerugian. Dan kebiasaannya, saham-saham penny stock ini jarang kita nak hold lama-lama kerana fundamental syarikat tak berapa cantik. Dapat untung sikit pun kita dah cabut.

Tapi apa pun, nak jual beli saham ini mesti nak ada ilmu terlebih dahulu. Buat dulu kajian Fundamental untuk cari syarikat yang baik, kemudian buat pula kajian Teknikal untuk dapatkan masa terbaik untuk beli dan jual saham.

Sumber:

Previous ArticleNext Article

Pembinaan: Laluan Jelas Di Sebalik Ketidaktentuan

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Saham Pilihan Utama: Gamuda, Sunway Construction (SCGB), dan Kerjaya Prospek (KPG). Antara 10 syarikat yang kami kaji yang melaporkan keputusan semasa suku terbaru ini, empat mencatat keputusan menepati jangkaan (SCGB, KPG, Inta Bina (INTA), MGB), lima tersasar dan satu mencapai unjuran. Risiko-risiko negatif berkenaan kos bahan yang lebih mahal akibat pertelingkahan di Asia Barat sebahagiannya dapat dikurangkan dengan memasuki kontrak berdasarkan model kos tokok, manakala untuk kontrak bayaran sekali gus tetap, arahan perubahan kerja mungkin dapat dirundingkan.

Margin bersih untuk saham-saham terbesar sektor (SCGB dan KPG)

Masih bagus pada 1QCY26, disebabkan oleh projek pusat data (DC) yang siap dengan cepat (sesetengah kontrak adalah berasaskan kos tokok dan bukannya berdasarkan bayaran sekali gus tetap) di samping akaun-akaun projek yang dimuktamadkan, yang seterusnya menyebabkan peruntukan dikembalikan. Sebaliknya, kontraktorkontraktor bermodal kecil hingga sederhana, khususnya kontraktor cerucuk, rataratanya mengalami penyusutan margin secara QoQ semasa 1QCY26 disebabkan oleh harga bahan lebih tinggi, terutamanya untuk diesel walaupun konflik Asia Barat hanya menjejaskan pasaran selama satu bulan.

Trend harga bahan terkini

Harga bar keluli memaparkan kenaikan 13% YoY pada bulan April sehingga mencapai kira-kira MYR2,300 setan, iaitu paras tertinggi sepanjang 16 bulan. Namun begitu, harga bar keluli sekarang masih jauh lebih rendah daripada paras puncak pada Apr 2022 yang mencecah MYR3,500 setan semasa krisis antara Rusia-Ukraine meruncing. Harga beg simen purata di Semenanjung Malaysia meningkat 8% YoY pada bulan April kepada MYR25.25 bagi setiap beg 50kg, sementara sesetengah kontraktor dilihat masih dapat memperolehnya pada harga MYR22-24 bagi setiap beg 50kg. Mengikut unjuran kami, setiap kenaikan 10% pada harga diesel, simen dan konkrit siap bancuh (RMC), margin bersih bagi kontraktorkontraktor besar yang kami kaji mungkin menurun kira-kira 0.5-0.7ppts.

Walaupun Jabatan Perdagangan AS berkata pada 31 Mei

Bahawa ia akan menguatkuasakan syarat-syarat kelayakan lesen untuk eksport cip kecerdasan buatan (AI) maju kepada syarikat-syarikat yang beribu pejabat di China, biarpun syarikat-syarikat tersebut turut menjalankan operasi dalam pasaran luar negara, kami dapat menghela nafas lega daripada perkembangan ini kerana pemaju DC utama iaitu GAM, SCGB, dan IJM Corp rata-ratanya tertumpu pada syarikat penyedia khidmat awan bukan dari China.

Prospek prasarana

Kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan mahupun menangguhkan sebarang projek pembinaan sektor awam meskipun berdepan kenaikan kos yang didorong oleh gangguan bekalan dunia yang berkait dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Projek-projek prasarana penting yang akan datang

Termasuk kerja-kerja Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang (dianggarkan MYR3-4bn) dan Segmen 2 bagi LRT Pulau Pinang yang akan menghubungkan KOMTAR dan Penang Sentral (anggaran MYR5-6bn). Projek-projek lain yang diramalkan merangkumi pemanjangan jajaran antara Laluan Kereta Api Pantai Timur-Pelabuhan Klang (anggaran MYR600j-900j).

Faktor pemangkin utama untuk sektor ini

Sekiranya terdapat sebarang pelaksanaan mekanisme perkongsian kos antara Kerajaan dengan kontraktor untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga dalam sektor pembinaan. Risiko-risiko utama termasuk pelancaran kerja yang merosot dan kekurangan pekerja buruh.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.