Kisah Pelabur Untung USD 700 Juta Dengan Manipulasi Sistem Cukai Di Eropah

Menjadi seorang trader yang mampu membawa pulangan yang besar dalam pelaburan adalah impian mana-mana insan yang melabur dalam pasaran saham.

Jika dulu kita sudah tahu kisah bagaimana seorang trader dari Britain telah berjaya menghancurkan pasaran saham Amerika Syarikat hanya dalam bilik tidurnya sahaja, kali ini kita akan melihat bagaimana seorang trader yang juga berasal dari negara itu melakukan teknik yang sangat licik untuk mengambil keuntungan terhadap duit cukai di Eropah.

Baca: Navinder Sarao, Trader Yang Menggegarkan Pasaran Saham Amerika Syarikat Hanya Dari Bilik Tidurnya Di London

Beliau adalah Sanjay Shah yang dilahirkan di Britain dan merupakan anak kepada seorang doktor. Pada mulanya, beliau mengikuti jejak langkah kerjaya bapanya dengan mengambil jurusan perubatan dan akhirnya menyedari jurusan tersebut tidak sesuai dengannya.

Beliau akhirnya mengambil jurusan ekonomi dan menjadi pegawai bank. Beliau bekerja dengan beberapa buah bank terkenal dunia seperti bank Morgan Stanley, Credit Suisse dan Rabobank.

Dia yang kemudian terpengaruh dengan kehidupan seorang trader apabila mengetahui kebanyakan trader yang bekerja di bagunan sama dengannya mempunyai kenderaan mewah dan sejak dari itu, beliau menanam cita-citanya menjadi seorang trader sepenuh masa.

Dalam tempoh 20 tahun bekerja sebagai pegawai bank dan juga trader, beliau telah mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang kewangan. Nasib malang menimpa dirinya apabila krisis ekonomi berlaku pada tahun 2008.

Pada ketika itu, beliau telah diberhentikan kerja dan menganggur hampir setahun. 

Kredit Gambar: The National News

Akhirnya pada tahun 2009, beliau mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah hedge fund yang tersendiri dan diberi nama Solo Capital Partners LLP. Melalui hedge fund ini, beliau berjaya menjadi seorang jutawan dalam tempoh yang singkat.

Teknik Trade Yang Dilakukan

Sanjay Shah menggunakan teknik pelaburan yang dikenali sebagai cum-ex. Teknik ini bermaksud ‘with and without’ di mana para pelabur mengambil kesempatan di atas kelompongan yang terdapat dalam dividend tax di sesebuah negara. Beliau mengambil kesempatan dengan melakukan trading terhadap dividend tax yang sepatutnya merupakan harta milik kerajaan.

Dividend tax adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap keuntungan yang diperolehi oleh para pemegang saham sesebuah syarikat. Kerajaan akan mengambil sebahagian kecil cukai tersebut dan kadar pembayaran yang dikenakan terhadap pimilik saham bergantung kepada sesebuah negara.

Jerman antara negara yang paling tinggi mengenakan dividend tax kepada pemegang saham mereka. Melalui teknik cum-ex ini, mereka boleh menipu cukai tersebut tanpa dikesan oleh kerajaan.

Analogi yang paling mudah untuk memahami cum-ex adalah seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Bagi keluarga yang mempunyai anak satu, mereka hanya boleh memperoleh duit BKM sebanyak RM1000 manakala bagi keluarga yang anak tiga, mereka boleh memperolehi sebanyak RM2000.

Tapi apa yang berlaku, keluarga anak satu ini memanipulasi maklumat diri mereka dengan mengatakan bahawa mereka mempunyai anak tiga dan bantuan yang diperolehi adalah sebanyak RM2000 walaupun mereka sebenarnya hanya layak mendapat RM1000.

Faktor yang menyebabkan kerajaan Eropah tidak dapat mengesan teknik manupulasi dividend tax adalah disebabkan oleh sistem pengurusan kewangan yang usang dan tidak dinaiktaraf kepada sistem yang terkini.

Kesan daripada manipulasi dividend tax ini menyebabkan banyak kerajaan di Eropah mengalami kerugian yang sangat besar dan Jerman merupakan negara yang paling terkesan dengan kelicikan pelabur. Sebanyak $60 bilion telah hilang dari kerajaan negara Eropah yang terlibat kesan daripada sindiket ini.

Sanjay Shah turut sama mengambil kesempatan terhadap kelompongan sistem pengurusan kewangan melalui hedge fund yang dikendalikannya itu. Disebabkan terlalu banyak pelabur yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan yang terdapat dalam sistem tersebut, Kesatuan Eropah sebulat suara  membentang undang-undang baru bagi menghalang perkara ini daripada terus berlaku.

Mereka mula memburu mana-mana individu yang telah menggunakan teknik ini untuk mendapatlkan duit dengan mudah tanpa melakukan kajian terhadap pasaran saham.

Sanjay Shah merupakan salah seorang trader yang dipercayai telah membuat keuntungan ‘atas angin’ sebanyak $700 juta sepanjang terlibat dalam cum-ex ini. Beliau kini berdepan dengan beberapa tuduhan dan saman di beberapa negara di benua tersebut seperti Denmark.

Sehingga hari ini semua harta yang diperolehi dari kegiatan cum-ex ini telah dibekukan oleh Mahkamah Britain dan perbicaraan terhadap kes ini sedang berlaku. Sanjay Shah menafikan tuduhan yang dikenakan dan menganggap ia adalah peluang pelaburan yang cerah akibat kelemahan sistem itu sendiri.

Beliau hanya mengambil peluang keemasan dan pada ketika itu, tidak ada undang-undang yang khusus menghalang mana-mana pelabur baru untuk melakukan cum-ex. Setakat hari ini, Mahkamah Britain masih belum mampu menjatuhkan hukuman terhadap Sanjay Shah terhadap tindakannya yang melakukan cum-ex.

Sumber Rujukan:

Bloomberg Quicktake

The Print

Previous ArticleNext Article

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters