Top 10 ‘Stock Exchange’ Terbesar Dunia

Stock Exchange merupakan pasaran saham tempat pelabur melakukan urus niaga beli dan jual saham. 

Pasaran saham biasanya mempunyai beribu-ribu syarikat yang tersenarai. Syarikat-syarikat menjual saham perniagaan untuk mendapatkan modal tambahan dan ini memberi peluang kepada pelabur untuk melabur dalam syarikat. 

Dengan ini syarikat menerima modal tambahan dan pelabur mendapat hak pemilikan syarikat yang membolehkan mereka menerima dividen dan hak mengundi ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Jika di Malaysia pelabur akan membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia. 

Adakah Bursa Malaysia merupakan salah satu stock exchange terbesar dunia? 

Jom kita lihat 10 stock exchange terbesar di dunia. 

Sumber: Statista

Kita akan bermula dari kedudukan ke-10 dan ke pasaran saham terbesar dunia.

10. Toronto Stock Exchange, Canada

Sumber: Investopedia

Toronto Stock Exchange merujuk kepada pasaran saham Kanada yang terletak di Toronto, Ontario. Ditubuhkan pada tahun 1861, TSX adalah pasaran saham premier yang menghimpun 1,500 buah syarikat tersenarai. Pada tahun 2007, TSX bergabung dengan Montreal Exchange (MX) untuk membentuk TMX Group. 

Market capitalization Toronto Stock Exchange adalah USD3.32 trilion. 

9. National Stock Exchange of India

Sumber: Investopedia

National Stock Exchange of India adalah peneraju pasaran saham India yang terletak di Mumbai. Ia ditubuhkan pada tahun 1992 dan di bawah pemilikan beberapa institusi kewangan, bank dan syarikat insuran terkemuka. 

Pasaran saham ini mempunyai market capitalization sekitar USD3.43 trilion. 

8. London Stock Exchange Group, United Kingdom

Sumber: Reuters

London Stock Exchange adalah pasaran saham yang terletak di kota London. Setakat data yang diambil pada Oktober 2021, nilai kesemua syarikat yang disenaraikan di LSE adalah sekitar USD3.8 trilion. London Stock Exchange dimiliki oleh London Stock Exchange Group.

7. Shenzhen Stock Exchange, China


Sumber: Global Times

Shenzen Stock Exchange merupakan satu daripada dua pasaran saham yang beroperasi di China. Saham yang didagangkan di Shenzen Stock Exchange adalah saham syarikat yang lebih kecil dan syarikat dari sektor yang baru berkembang. Ia ditubuhkan pada 1 Disember 1990. 

Majoriti pelabur di Shenzen Stock Exchange adalah pelabur individu. Nilai pasaran saham ini adalah USD5.76 trilion.

6. Hong Kong Exchanges, Hong Kong

Sumber: Fortune

Hong Kong Stock Exchanges adalah salah sebuah pasaran saham terbesar di Asia dengan lebih 2,500 syarikat yang tersenarai setakat November 2020. Pada tahun 2008, terdapat hanya kira-kira 1,500 saham yang tersenarai di Hong Kong Stock Exchange. 

Beberapa syarikat utama yang tersenarai adalah bank dan syarikat insuran daripada Tanah Besar China contohnya seperti Industrial and Commercial Bank of China, China Construction Bank, Bank of China dan Ping An Insurance. 

5. Japan Exchange Group, Japan

Sumber: Japan Times

Japan Exchange Group adalah sebuah syarikat perkhidmatan kewangan Jepun yang mengendalikan pelbagai pasaran saham termasuklah Tokyo Stock Exchange dan Osaka Securities Exchange. 

Market capitalization Japan Exchange Group adalah USD6.68 trilion. 

4. Euronext, Europe

Sumber: Financial Times

Euronext merupakan pasaran saham terbesar di Eropah dan merupakan antara yang terbesar di dunia. Pada awalnya ia ditubuhkan melalui penggabungan pasaran saham Amsterdam, Paris dan Brussels pada tahun 2000. 

Euronext beroperasi di Paris, Amsterdam, Brussels, Lisbon, Dublin, Oslo dan Milan.

Market capitalization Euronext adalah sebesar USD7.38 trilion. 

3. Shanghai Stock Exchange, China

Sumber: China daily

Shanghai Stock Exchange merupakan pasaran saham yang terletak di Shanghai China. Pasaran saham Shanghai adalah salah satu daripada tiga pasaran saham di negara China. 

Selain Shanghai Stock Exchange, dua lagi pasaran saham di China adalah Beijing Stock Exhange dan Shenzen Stock Exchange.

Market capitalization Shanghai Stock Exchange adalah USD7.77 trilion. 

2. Nasdaq, United States

Sumber: Investopedia

Nasdaq Stock Exchange adalah pasaran saham kedua terbesar dunia berdasarkan market capitalization. 

Nasdaq ditubuhkan pada tahun 1971 oleh National Association of Securities Dealers (NASD) yang kini dikenali sebagai Financial Industry Regulatory Authority (FINRA). 

Market capitalization Nasdaq adalah USD24.07 trilion. 

1. New York Stock Exchange, United States

Sumber: Forbes

New York Stock Exchange (NYSE) adalah pasaran saham yang terletak di Wall Street, New York dan merupakan pasaran saham terbesar dunia berdasarkan modal pasaran keseluruhannya. 

Berdasarkan data yang diperoleh, Market capitalization NYSE adalah sebesar USD28.24 trilion. 

Kita sudah melihat 10 pasaran saham terbesar dunia. Di mana pula kedudukan Bursa Malaysia? 

Sumber: Bernama

Tidak dapat dipastikan di manakah kedudukan pasaran saham Bursa Malaysia tetapi berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, nilai Bursa Malaysia setakat Oktober 2021 adalah RM1,842.57 bilion.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Nilai tersebut adalah sekitar USD439 bilion ataupun bersamaan dengan USD0.439 trilion. Alangkah kecilnya Bursa Malaysia jika dibandingkan dengan pasaran saham negara lain. 

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.