4 Manfaat Pampasan Kematian Yang Anda Perlu Tahu

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa anda perlu mengambil manfaat pampasan kematian? Tidak lain dan tidak bukan, tujuan utamanya adalah untuk ditinggalkan kepada waris setelah anda tiada nanti.

Jika anda merupakan seorang suami dan seorang bapa, pampasan kematian inilah yang akan memastikan isteri serta anak-anak tidak terbeban dengan kehidupan setelah mereka kehilangan tempat pergantungan.

Namun, tahukah anda bahawa pampasan kematian ini mempunyai fungsinya yang lain selain daripada yang disebutkan di atas?

Inilah dia beberapa manfaat pampasan kematian kepada anda dan keluarga.

1. Bayar Hutang Rumah

Umumnya apabila anda membeli rumah dengan membuat pembiayaan daripada pihak bank, sebaiknya anda ambil sekali MRTT ataupun MLTT.

Dengan adanya manfaat pampasan kemafian ini, ia sebenarnya bertujuan untuk menjadi pelindung kepada pembiayaan perumahan yang anda ambil.

Sekiranya anda meninggal dunia, waris anda akan mendapat pampasan yang boleh digunakan untuk melunaskan serta menyelesaikan baki pembiayaan rumah tersebut.

2. Bayar Hutang Kereta

Walaupun jarang kita dengar, tetapi ada syarikat yang menawarkan perlindungan ke atas nyawa anda. Lagi-lagi apabila anda kerap menggunakan kenderaan sendiri untuk tujuan pekerjaan.

Oleh yang demikian, pampasan kematian ini boleh digunakan untuk membayar hutang kereta yang masih lagi berbaki.

3. Dana Pendidikan Anak-Anak

Biasa kita dengar ramai ibu bapa yang memilih untuk membuat simpanan anak-anak menggunakan pelaburan unit trust atau SSPN-i. Sebagai contoh, ada yang melabur RM100 sebulan sehingga mereka berumur 18 tahun.

Namun, pernahkah terlintas di fikiran anda, bagaimana sekiranya sesuatu berlaku kepada anda sebelum mereka sampai umur 18 tahun tersebut? Cukupkah dana pendidikan anak-anak anda nanti?

Dengan adanya manfaat pampasan kematian ini, dapat juga ianya digunakan sebagai dana pendidikan anak-anak. Pembayaran RM100 sebulan yang anda lakukan, akan terus-menerus dilakukan sehingga tempoh matang perlindungan tersebut.

4. Hadiah

Selain daripada digunakan untuk membayar hutang, pampasan kematian ini juga boleh digunakan untuk memberi hadiah kepada orang yang anda cintai.

Nak bagi kepada isteri atau anak-anak pun boleh, nak bagi kepada adik-beradik pun boleh, atau nak bagi kepada ibu bapa anda pun boleh.

Selain daripada itu, boleh juga gunakan pampasan kematian tersebut untuk didermakan kepada anak yatim atau sebagai wakaf kepada mereka yang memerlujkan. Dapat juga ianya menjadi pahala yang mengalir walaupun selepas kematian kita nanti.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.