6 Sebab Orang Lari Daripada Ejen Takaful

Memang bukan perkara yang mudah untuk meyakinkan seseorang untuk membeli daripada kita, oleh itu syabas kepada semua ejen Takaful yang berani untuk berdepan dengan karenah klien sehingga mereka sign-up.

Namun, kita kena tahu juga beberapa kesilapan ejen Takaful yang sering dilakukan sehingga menyebabkan prospek lari daripada bersemuka.

1. Bercakap Terlalu Banyak

Ramai ejen yang bercakap terlalu banyak sehingga membuatkan pelanggan berapa tidak selesa. Lagi-lagi tentang perkara yang mereka tidak berapa faham.

Untuk memperbaikinya, kita sepatutnya lebih banyak mendengar dan kurangkan bercakap. Jadi apa yang berlaku apabila anda mendengar?

Sekurang-kurangnya, ia membolehkan komunikasi dua hala berlaku. Biar ada soal dan jawab bersama pelanggan juga. Jangan langsung tidak benarkan pelanggan untuk bersuara.

2. Taktik Jualan Yang Agresif

Boleh dikatakan, taktik jualan yang agresif boleh memberi kesan negatif kepada anda. Sentiasa bertanya tentang apa yang merisaukan mereka.

Jangan terlalu taksub untuk close sehingga tak beri perhatian kepada emosi dan apa yang mereka ingin luahkan.

3. Gagal Bertanya Soalan Yang Betul

Bagi mendapatkan pendekatan jualan, anda perlu belajar bagaimana untuk mengajukan soalan dengan memberitahu lebih lanjut mengenai keperluan prospek.

Soalan-soalan terbuka yang bermula dengan “siapa”, “apa”, “mengapa”, “bila”, “di mana”, dan “bagaimana” berfungsi dengan baik. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk menyuarakan soalan baru, sama ada untuk menjelaskan sesuatu perkara, atau mengalihkan perbualan sekiranya ingin mengubah topik.

4. Tak Kembangkan Networking

Sekiranya anda seorang ejen Takaful, cuba tingkatkan networking anda dengan mereka yang ada di dalam industri yang berbeza.

Contohnya, ejen hartanah, ejen emas, ejen unit trust dan bermacam-macam lagi. Mana tahu nanti kita boleh dapat referral pula daripada orang lain.

Dan jangan sekali-kali menjatuhkan profesion lain, adalah lebih baik kita bekerjasama daripada membuat musuh.

5. Risau Mengenai Harga

Ia sering menjadi salah satu perkara yang menjadi kerisauan prospek. Ada yang berasa produk tersebut terlalu mahal atau tak mampu untuk membayarnya bulan-bulan.

Anda perlu bersikap jujur dengan prospek mengenai keperluan Takaful dan kos yang terlibat. Tetapi harus juga berani jika terpaksa menawarkan kos serta perlindungan yang tinggi sedikit, asalkan mereka faham kenapa mereka memerlukannya.

6. Tidak Melayan Pelanggan Secara Profesional

Para profesional seperti doktor, peguam, jurutera dan guru, sering menghadiri kursus untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Kita sebagai ejen Takaful juga perlu up-to-date dengan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan juga bagaimana produk tersebut dapat membantu prospek.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.