Kadar Pengangguran Anak Muda Adalah 3 Kali Kadar Pengangguran Orang Dewasa

Kadar pengangguran merupakan salah satu kayu ukur tahap kesihatan ekonomi negara. Secara amnya kadar pengangguran di Malaysia berada dalam keadaan sihat.

Berdasarkan rekod 10 tahun kebelakangan ini, kadar pengangguran Malaysia tidak pernah melebihi paras 4%. Ini bermaksud bagi setiap 100 orang yang mencari perkerjaan, hanya 3 atau 4 orang saja yang tidak berjaya.

Sumber: Statista

Habis tu yang orang selalu bising siswazah sukar mendapatkan pekerjaan macam mana pula? Adakah angka statistik ini menipu?

Tidak, statistik di atas adalah bagi kesuluruhan tenaga buruh di Malaysia tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Jika kita lihat kepada kadar pengangguran dalam kalangan belia, ianya berada dalam keadaan yang lebih menakutkan.

Sumber: Statista

Kadar Pengangguran Belia 3 Kali Ganda Lebih Tinggi

Kadar pengangguran belia adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada kadar pengangguran semasa negara dan mencatatkan kadar tertinggi pada tahun 2009 iaitu pada kadar 11.65%. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh Malaysia, tetapi ianya merupakan masalah global.

Memetik laporan BH Online, Ketua Ekonomi AmBank Research, Dr Anthony Dass, berkata pengangguran golongan muda Malaysia kekal pada kadar iaitu 10.8 peratus, lebih tinggi berbanding Singapura (4.6 peratus), Thailand (5.9 peratus), Vietnam (7.9 peratus) dan India (10.5 peratus) – BH Online.

Kumpulan belia merupakan kumpulan yang paling mudah terjejas dengan kejatuhan dan kelembapan ekonomi. Mereka adalah kumpulan terakhir yang diambil bekerja tetapi yang pertama akan diberhentikan (First in first out).

Hal ini kerana mereka dilihat sebagai pekerja yang kurang berpengalaman dan kurang berkemahiran untuk berkomunikasi dengan majikan.

Dari Dulu Sampai Sekarang Gaji Maintain RM2,000 Sebulan

Bab gaji pula, Menurut Kajian Pengesanan Siswazah oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, 54% daripada siswazah memperoleh pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan! Gaji permulaan RM2,000 ini tidak berubah sejak tahun 2007.

Apakah Punca Kadar Pengangguran Belia Yang Tinggi?

Walaupun bilangan siswazah semakin meningkat tahun demi tahun, namun kebanyakan peluang pekerjaan yang diwujudkan di Malaysia tertumpu kepada pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana. Hal ini kerana industri di Malaysia masih lagi bergantung kepada kos tenaga buruh yang rendah.

Selain daripada itu, negara masih sukar untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi yang boleh mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji dan berkemahiran tinggi bagi tenaga kerja tempatan.

Pihak majikan pula terus menerus menyalahkan siswazah yang dikatakan kekurangan kemahiran dan pengalaman. Berdasarkan kajian Bank Dunia dan TalentCorp, 90% daripada syarikat percaya bahawa siswazah universiti sepatutnya menjalani lebih banyak latihan industri sebelum mendapat ijazah, dan 81% syarikat menganggap kemahiran berkomunikasi sebagai kekurangan utama dalam kalangan siswazah.


Tuan Mohd Kauthar Rozmal merupakan seorang perancang kewangan peribadi dan graduan jurusan matematik.

Tips Untuk Anak Muda

Bagi mereka yang sedang bergelut dengan masalah, jemputlah baca:

Semoga semua urusan kita dipermudahkan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend