Nak Beli Rumah? Semak Dulu Senarai Hitam Pemaju (Blacklisted)

Dah puas survey projek perumahan baru dan ada yang berkenan di hati? Kalau dah ada yang berkenan tu, apa kata periksa dulu samada pemaju projek tersebut ada disenarai hitamkan atau tidak.

Inisiatif Jabatan Perumahan Negara

Jangan konfius pula ya dengan JPN lagi satu, iaitu Jabatan Pendaftaran Negara yang mengeluarkan Surat Beranak, MyKad dan sebagainya. JPN yang ini berada di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Di antara program yang telah mereka bangunkan adalah Program Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Program Perumahan Rakyat (PPR), Program Rumah Transit 1 Malaysia dan Skim Pinjaman Perumahan (SPP). Deposit Nak Beli Rumah Tak Cukup? Bantuan Sehingga RM30,000 kini boleh diperolehi dengan adanya skim MyDeposit.

Memang visi mereka pun untuk menjadi organisasi yang cemerlang dalam melaksanakan dan mengawal selia perumahan yang mampan dan mesra alam ke arah kehidupan berkualiti tinggi serta misi untuk menjadi peneraju utama dalam menjayakan program perumahan negara yang komprehensif dan dinamik untuk kesejahteraan rakyat yang berkekalan.

Semuanya bertujuan untuk memastikan pembangunan sektor perumahan yang sempurna dan lebih teratur untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Semak Senarai Hitam Pemaju Perumahan Di Sini

Ada 4 kategori yang digariskan oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) berkenaan maklumat Senarai Hitam Pemaju Perumahan di atas beberapa kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].

1. Senarai Hitam Pemaju Perumahan Tanpa Lesen

Muat Turun: Fail PDF

2. Senarai Hitam Pemaju Ingkar Award Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)

Muat Turun: Fail PDF

3. Senarai Hitam Pemaju Gagal Membayar Kompaun

Muat Turun: Fail PDF

4. Senarai Hitam Pemaju Terlibat Dengan Projek Perumahan Terbengkalai

Muat Turun: Fail PDF

Seribu Lebih Syarikat Pemaju Perumahan Kena Blacklist

Banyak betul syarikat-syarikat yang disenaraihitamkan seperti di atas. Jadi pastikan sebelum nak beli apa-apa hartanah sekalipun, periksa dulu nama pemaju tersebut ada tak dalam senarai ni.

Kalau ada tu, fikirkanlah sama ada wajar untuk berurusniaga dengan mereka ini. Takut nanti berlaku sebarang perkara yang tidak diingini pula.

Sumber Rujukan: Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. macam mana nak check pemaju rekod bersih tiada projek terbengkalai , ada lesen dan tiada senarai dalam mana mana list yang yang tidak diingini
    Haji Ali Homes sdn bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Axis REIT: Pengambilalihan Kedua Tahun Ini

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR2.42 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham sekitar 20%, dengan kadar hasil dividen 5.2% untuk FY26F

Axis REIT telah mengumumkan pengambilalihan keduanya untuk tahun 2026, iaitu sebuah perjanjian jualan dan pajakan semula bernilai MYR128j dengan City-Link Express (M) untuk sebuah pusat pengedaran di Bandar Saujana Putra, Selangor. Kami memandang agak positif akan perkara ini kerana ia masih menepati strategi REIT ini untuk memperoleh aset-aset perindustrian yang memberikan kenaikan hasil sambil menyokong sasaran pengambilalihan pihak pengurusan sebanyak kira-kira MYR350j sepanjang FY26-27.

Butiran mengenai pengambilalihan

Axis REIT mengambil alih hartanah ini dengan bayaran tunai sebanyak MYR128j (kira-kira 2% daripada jumlah aset), yang dibiayai menerusi pembiayaan bank sedia ada. Hartanah ini sekarang dihuni 100% oleh pemilik dan akan dipajak semula kepada City-Link Express untuk tempoh tetap selama 15 tahun, dengan kenaikan sewaan yang dipersetujui semasa tempoh pajakan. Pengambilalihan ini menawarkan pendapatan berulang yang stabil, dengan sokongan daripada struktur pajakan semula yang panjang dan kadar hasil kasar awal yang baik sebanyak 6.2%.

Pengambilalihan ini dijangka selesai pada 4Q26. Selepas perjanjian selesai dimeterai, paras hutang Axis REIT dijangka meningkat kepada kira-kira 35.1%, dengan ruang untuk mengambil pinjaman sekitar MYR840j lagi (berdasarkan penyata kewangan 1Q26 yang terkini).

Butiran mengenai hartanah

Aset ini terdiri daripada dua tanah komersial bersambung dengan status pegangan pajakan selama 99 tahun (baki tempoh pajakan lebih kurang 68 tahun), di samping bangunan-bangunan pusat pengedaran, blok pejabat dan fasiliti sokongan. Hartanah ini mempunyai jumlah kawasan boleh disewakan sebanyak kira-kira 355 ribu kps (sekitar 2% daripada jumlah NLA) dan terletak di Bandar Saujana Putra dengan akses kepada Rangkaian Pusat Lebuh Raya Utara Selatan E6 atau ELITE, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Pesisir Barat (WCE), dan Lebuh Raya Shah Alam atau KESAS. Hal ini menyokong kegunaannya sebagai hab logistik dan pengedaran.

Pandangan kami

Kami memandang agak positif akan perjanjian ini, dan setelah ia selesai, kami menjangka ia akan memberikan sumbangan positif mulai FY27, dengan pendapatan sewaan tahunan sekitar MYR7.9j (kira-kira 2% daripada hasil FY27). Perkara ini diterjemahkan kepada kadar hasil kasar sebanyak 6.2% sebelum mengambil kira kos pembiayaan yang berkaitan dengan pinjaman baru. Kami menjangka pengambilalihan ini secara bersihnya akan menaikkan kadar hasil semasa Axis REIT untuk FY27F sebanyak 5.3%.

Sementara itu, tempoh pajakan semula selama 15 tahun kepada pengendali sedia ada, di samping kenaikan sewaan yang termasuk dalam perjanjian, menawarkan prospek jelas untuk pendapatan dalam jangka sederhana. Walaupun ia dibiayai sepenuhnya menggunakan hutang, paras hutang Axis REIT selepas memeterai perjanjian ini masih dalam keadaan terkawal, dengan adanya kapasiti kunci kira-kira yang mencukupi untuk langkah pengambilalihan lain.

Ramalan dan penilaian

Sementara menunggu selesainya pengambilalihan ini dan bayangan lanjut daripada pihak pengurusan, kami kekalkan ramalan perolehan dan TP MYR2.42 yang diperoleh melalui kaedah DDM (dengan kiraan premium ESG 2% kerana markah REIT ini ialah 3.1), iaitu kadar dividen kira-kira 5% untuk FY26F mengikut TP. Risiko negatif: Tiada pembaharuan bagi pajakan-pajakan REIT yang tamat tempoh, kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah daripada jangkaan, dan cadangan pengambilalihan aset terbatal.

Asas Penilaian

Model diskaun dividen (DDM)

Faktor Pemacu Utama

Permintaan lebih tinggi untuk hartanah perindustrian yang disokong oleh penembusan pasaran e-dagang yang berterusan, penstrukturan semula rantai bekalan dan kemasukan pelaburan asing langsung yang kukuh dalam segmen pembuatan.

Risiko Utama

i. Pajakan yang tamat tempoh tidak diperbaharui
ii. Kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah berbanding jangkaan
iii. Cadangan pengambilalihan aset dibatalkan

Profil Syarikat

Axis REIT sebuah REIT yang mempunyai portfolio perniagaan pelbagai, dan berpengkhususan dalam hartanah komersial dan perindustrian.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.