Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Julai 2018

Kalau bulan Jun 2018 kilta lihat bagaimana Bursa Malaysia jatuh teruk sehingga menyebabkan ia berada di paras 1-Year-Low, bulan Julai 2018 menyaksikan ia membuat reversal dan comeback semula.

Sumber: iSaham

Indeks FBMKLCI 2 Julai 2018: 1,691.50 Mata

Indeks FBMKLCI 9 Julai 2018 Paras Terendah Bulan Julai: 1,662.60 Mata

Indeks FBMKLCI 31 Julai 2018: 1,784.30 Mata

Kenaikan Sebulan: 92.8 Mata atau 5.49%

Sudah pasti ramai yang untung besar pada bulan Julai ini, apa kata kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Julai 2018:

1. Aturmaju Resources

Sumber: Bursa Marketplace

2. Iskandar Waterfront City (IWCITY)

Sumber: Bursa Marketplace

3. Taliworks Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

4. Ancom Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

5. Cuscapi Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

6. Silver Ridge Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. Nova MSC

Sumber: Bursa Marketplace

8. VisDynamics Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

9. Pasdec Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

10. Cahya Mata Sarawak

Sumber: Bursa Marketplace

Satu Saja Saham Harga Atas RM1

Sepertimana bulan-bulan sudah, hampir semua yang ada dalam senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Julai 2018 adalah terdiri daripada saham yang berharga di bawah RM1. Lagi spesifik, 9 daripada 10 adalah dalam kategori penny stock. Hanya Cahya Mata Sarawak saja yang berharga di atas RM1.

Jadi berhati-hatilah apabila jual beli saham penny stock ini, kerana naik cepat; jatuh pun cepat juga.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti 52 Weeks High Screener, All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, Magic Formula Investing dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Meridian Ditegur Bursa, Didenda RM8,500

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengenakan teguran secara terbuka terhadap Meridian Bhd dan Pengarah Eksekutifnya, Tang Boon Koon, selepas syarikat itu didapati melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).

Tang turut dikenakan denda keseluruhan RM8,500 berikutan pelanggaran berkenaan.

Bursa Malaysia Securities dalam kenyataan berkata, Meridian melanggar perenggan 9.23(1) LR Utama kerana gagal menerbitkan laporan tahunan termasuk penyata kewangan diaudit dalam tempoh ditetapkan bagi tempoh kewangan 17 bulan berakhir 30 November 2023 dan tempoh kewangan 18 bulan berakhir 31 Mei 2025.

Menurutnya, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 November 2023 hanya diterbitkan pada 5 April 2024, iaitu lewat lima hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 31 Mac 2024.

Sementara itu, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mei 2025 diterbitkan pada 8 Oktober 2025, iaitu lewat enam hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 30 September 2025.

“Tang, Pengarah Eksekutif Meridian pada masa itu, melanggar perenggan 16.13(b) LR Utama kerana membenarkan Meridian melakukan pelanggaran berkenaan serta dikenakan teguran secara terbuka selain denda keseluruhan berjumlah RM8,500,” katanya.

Bursa Malaysia Securities turut mengarahkan Meridian memastikan Tang dan kakitangan berkaitan menghadiri program latihan pematuhan LR Utama, khususnya berkaitan penyata kewangan.

Selain itu, lembaga pengarah syarikat diminta menyemak semula kecukupan serta kecekapan sumber kewangan dan perakaunan, selain dasar serta prosedur pelaporan kewangan syarikat.

Bursa Malaysia Securities berkata, dapatan pelanggaran dan tindakan terhadap Meridian serta Tang dibuat menurut perenggan 16.19 LR Utama selepas proses sewajarnya selesai dengan mengambil kira semua fakta dan keadaan berkaitan kes berkenaan.

Pertimbangan itu termasuk kepentingan material pelanggaran, kesannya terhadap Meridian serta pemegang saham atau pelabur, selain peranan, tanggungjawab, pengetahuan dan tingkah laku Tang.

Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran berkenaan kerana penyerahan penyata kewangan dalam tempoh ditetapkan adalah kewajipan asas bagi syarikat tersenarai.

“Amat penting untuk memastikan pasaran yang teratur dan adil bagi sekuriti yang diniagakan di Bursa Malaysia Securities serta perlu bagi membantu keputusan pelaburan yang termaklum.

“Bursa Malaysia Securities turut mengingatkan Meridian dan lembaga pengarahnya mengenai tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab korporat serta akauntabiliti yang sewajarnya kepada pemegang saham dan orang awam yang melabur,” katanya.

Menurut Bursa Malaysia Securities, kelewatan penerbitan laporan tahunan berkenaan berpunca terutamanya daripada kegagalan Meridian menyelenggara serta menyediakan maklumat, dokumen dan rekod perakaunan yang diperlukan kepada juruaudit luar.

Keadaan itu turut menyebabkan juruaudit memberikan pendapat penafian terhadap kedua-dua set penyata kewangan diaudit berkenaan.

Pendapat penafian itu mencetuskan kriteria yang ditetapkan di bawah Nota Amalan 17 (PN17), sekali gus menyebabkan Meridian diklasifikasikan sebagai penerbit berstatus PN17 pada 8 April 2024.