Hapus Tol – Rakyat Semestinya Happy Tetapi Kosnya RM400 Bilion

Kalau GST dimansuhkan, kerajaan akan hilang pendapatan sebanyak RM40 bilion setahun; nak hapuskan tol pula kerajaan bakal hilang pendapatan RM400 bilion setahun.

Itulah yang dikatakan oleh Menteri Kerja Raya yang baru, YB Baru Bian.

“Kos keseluruhan pengambilalihan lebuh raya bertol dianggarkan mencecah RM400 bilion,” katanya di sidang Dewan Rakyat. (Rujuk berita BH Online).

Teringat kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Shahril Ridza Rizuan baru-baru ini bahawa 100 hari tidak mencukupi untuk melaksanan proses penghapusan tol yang rumit. KWSP memiliki 49% saham dalam syarikat operator lebuh raya PLUS Malaysia Sdn Bhd, sementara syarikat milik Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan UEM Bhd menguasai bakinya.

Rakyat Semestinya Happy, Tapi Syarikat Lebuhraya Bagaimana?

Siapa yang tak gembira kan dengan pengumuman nak hapuskan tol ni. Kita yang guna laluan tol hari-hari untuk ke tempat kerja mesti best. Yang balik ke kampung halaman setahun sekali pun dapat jimat banyak duit. Tak dapat hapus semua, hapuskan secara berperingkat pun ok.

Tapi syarikat-syarikat yang berkaitan dengan lebuhraya bagaimana?

Sebelum ini pun, kami ada kongsikan Pengumuman Nak Hapuskan Tol, Apa Nasib Saham-Saham Lebuhraya? Boleh disimpulkan bahawa kesemua sembilan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, 8 jatuh manakala 1 sahaja yang tidak berubah harga.

Yang jatuh paling teruk adalah Lingkaran Trans-Kota Holdings (LITRAK) yang memegang konsesi Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), jatuh sebanyak 26.9% dalam masa sehari selepas pengumuman tersebut dilakukan.

Tapi itu pada bulan Mei, apa nasib saham-saham tersebut selepas daripada itu?

1. Lingkaran Trans-Kota Holdings (LITRAK)

Sumber: Bursa Marketplace

2. Gamuda

 

Sumber: Bursa Marketplace

3. Taliworks Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

4. Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB)

Sumber: Bursa Marketplace

5. IJM Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

6. WCE Holdings Berhad (WCEHB)

Sumber: Bursa Marketplace

7. Bina Puri

Sumber: Bursa Marketplace

8. Ekovest

Sumber: Bursa Marketplace

9. Marine & General (M&G) – Dahulunya Silk Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Banyak Lagi Industri Lain Di Bursa Malaysia

Orang kata, dalam krisis ada peluang. Tapi nampak gayanya, lebih baik kita jauhkan diri dulu daripada sektor lebuhraya ini selagi buat masa ni.

Kalau nak tahu, boleh rujuk Kenali Industri-Industri Dalam Pasaran Saham Bursa Malaysia. Kalau market tengah krisis, boleh tengok saham-saham dalam sektor konsumer dan kesihatan. Yalah, ekonomi baik ke tak baik – kita masih kena makan, minum dan jatuh sakit kan.

Kalau harga minyak dunia naik, boleh tengok saham-saham dalam sektor Oil & Gas. Boleh baca selanjutnya di Harga Minyak Dunia Meningkat, Harga Saham Syarikat Oil & Gas Juga Meningkat, siapa bilang harga minyak naik ni tak bagus?

Dana kalau nak tahu, Malaysia merupakan leader dalam sektor Sarung Tangan getah dengan menguasai 60% daripada pasaran dunia. Nak tengok saham-saham yang ada dalam sektor ni, jemput baca Apabila Permintaan Sarung Tangan Getah Meningkat, Harga Saham Naik Sama?

Ni yang best dalam dunia pelaburan saham, boleh tengok sektor mana yang tengah trending, boleh beli saham-saham dalam sektor tersebut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Peluang Dalam Krisis: Sektor O&G Kembali Jadi Tumpuan (Buat Masa Ini)

Bila Bumi Iran Bergegar, Bursa Malaysia Turut Terkena Tempias

Bulan Mac 2026 menyaksikan sektor minyak dan gas kembali ‘menyala’. Tapi kali ini, bukan sebab laporan kewangan atau projek baharu. Sebaliknya, pasaran digerakkan oleh faktor konflik geopolitik melibatkan Iran yang memberi kesan langsung kepada harga minyak global.

Ketegangan di Timur Tengah, khususnya melibatkan laluan kritikal seperti Selat Hormuz, telah mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan minyak dunia. Apabila risiko supply meningkat, harga minyak melonjak dan secara automatik sektor minyak dan gas menjadi antara yang paling mendapat manfaat.

Malaysia, walaupun bukan pemain utama dunia, berada dalam posisi yang agak unik. Kita bukan negara konflik, tetapi masih mempunyai sumber minyak dan gas sendiri. Ini menjadikan saham-saham tempatan dalam sektor ini menarik perhatian pelabur, seperti yang turut dilaporkan oleh media dan diperhatikan oleh beberapa broker.

Petronas Chemicals

Petronas Chemicals ialah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran produk petrokimia seperti bahan asas plastik, baja dan bahan kimia industri yang digunakan dalam pelbagai sektor.

Saham ini menjadi bintang utama bulan Mac apabila mencatatkan kenaikan hampir 92%. Lonjakan ini bukan berlaku secara kebetulan. Dalam keadaan global yang tidak stabil, syarikat seperti Petronas Chemicals dilihat sebagai penerima manfaat kerana sumber bahan mentahnya lebih stabil berbanding pesaing yang bergantung kepada kawasan konflik.

Beberapa laporan media menyatakan bahawa pelabur melihatnya sebagai “defensive play” dalam sektor tenaga. Maksudnya, walaupun pasaran bergolak, syarikat ini masih mampu mengekalkan prestasi kerana kedudukan rantaian bekalannya yang lebih selamat.

Hengyuan Refining

Hengyuan Refining menjalankan aktiviti penapisan minyak mentah kepada produk seperti petrol, diesel dan bahan api lain sebelum dijual ke pasaran.

Hengyuan pula mencatatkan kenaikan sekitar 53%, didorong oleh sentimen kenaikan harga minyak. Sebagai syarikat penapisan, prestasinya sangat sensitif kepada perubahan harga komoditi ini.

Apabila harga minyak naik, margin penapisan boleh meningkat tetapi dalam masa yang sama, kos input juga turut meningkat. Inilah yang menjadikan saham seperti Hengyuan lebih volatile, tetapi sangat menarik dalam fasa kenaikan harga minyak yang agresif.

Hibiscus Petroleum

Hibiscus Petroleum ialah syarikat yang terlibat secara langsung dalam aktiviti cari gali dan pengeluaran minyak serta gas.

Dengan kenaikan sekitar 42%, Hibiscus Petroleum jelas mendapat manfaat daripada lonjakan harga minyak. Sebagai syarikat upstream, pendapatan mereka berkait secara langsung dengan harga minyak global.

Dalam beberapa pandangan broker, syarikat seperti ini sering dilabel sebagai “pure oil play”, di mana prestasinya bergerak seiring dengan harga minyak. Bila minyak naik, saham jenis ini biasanya antara yang paling laju memberi reaksi.

Dialog Group

Dialog Group terlibat dalam penyediaan kemudahan penyimpanan, terminal minyak serta perkhidmatan kejuruteraan dan logistik dalam industri minyak dan gas.

Dialog mencatatkan kenaikan sekitar 23% dan berada dalam kategori yang sedikit berbeza. Syarikat ini bukan pengeluar minyak, tetapi lebih kepada penyedia infrastruktur.

Dalam situasi geopolitik yang tidak menentu, gangguan rantaian bekalan boleh meningkatkan keperluan kepada kemudahan penyimpanan. Ini menjadikan Dialog sebagai salah satu penerima manfaat tidak langsung daripada konflik yang berlaku.

Gas Malaysia

Gas Malaysia berperanan mengedarkan gas asli kepada sektor industri dan komersial dalam negara, menjadikannya lebih kepada syarikat utiliti tenaga domestik.

Saham ini naik sekitar 26%, walaupun tidak terdedah secara langsung kepada harga minyak global. Kenaikan ini lebih banyak dipacu oleh sentimen positif terhadap keseluruhan sektor tenaga.

Walaupun perniagaannya lebih stabil dan kurang volatile, pelabur tetap melihatnya sebagai sebahagian daripada ekosistem tenaga yang mendapat tempias daripada kenaikan harga minyak.

Velesto Energy

Velesto Energy ialah syarikat perkhidmatan minyak dan gas yang menyediakan perkhidmatan penggerudian (drilling services) untuk aktiviti cari gali minyak dan gas.

Berbeza dengan syarikat upstream yang terus mendapat manfaat daripada kenaikan harga minyak, Velesto lebih kepada “lagging beneficiary”. Maksudnya bila harga minyak naik, syarikat minyak akan mula tingkatkan aktiviti exploration dan drilling. Di sinilah permintaan untuk servis Velesto akan meningkat.

Saham Velesto mencatatkan kenaikan sekitar 11% dalam tempoh sebulan, didorong oleh jangkaan peningkatan aktiviti penggerudian susulan harga minyak yang lebih tinggi. Namun begitu, pergerakannya tidak setara dengan syarikat upstream kerana kesan kepada pendapatan biasanya mengambil masa untuk diterjemahkan melalui kontrak baharu dan kadar sewaan rig yang lebih tinggi.

Secara ringkas, Velesto bukan penerima manfaat segera, tetapi lebih kepada “second wave play” dalam kitaran kenaikan harga minyak.

Petron Malaysia Refining & Marketing

Petron Malaysia ialah syarikat downstream yang mengendalikan rangkaian stesen minyak dan menjual bahan api kepada pengguna akhir.

Petron mencatatkan kenaikan sekitar 8%, paling sederhana berbanding syarikat lain dalam senarai. Ini kerana perniagaannya lebih bergantung kepada margin jualan runcit yang biasanya lebih terkawal.

Walaupun harga minyak naik, tidak semua kenaikan itu boleh dipindahkan terus kepada pengguna. Sebab itu, saham downstream seperti ini biasanya bergerak lebih perlahan berbanding syarikat upstream.

Petronas Dagangan

Petronas Dagangan (PETDAG) macam “tak ikut trend”. Tapi sebenarnya ada sebab yang agak logik. Petron dan Petronas Dagangan bergerak berbeza kerana model bisnes mereka. Petron lebih “integrated” dengan operasi penapisan dan saiz yang lebih kecil, jadi sahamnya lebih responsif kepada kenaikan harga minyak dan sentimen pasaran. PETDAG pula lebih kepada jualan runcit bahan api yang marginnya agak terkawal dan kurang mendapat manfaat langsung daripada kenaikan harga minyak. Sebab itu, dalam rally kali ini, Petron nampak lebih hidup manakala PETDAG kekal lebih defensif dan perlahan.

Apa yang boleh kita belajar?

Pergerakan sektor minyak dan gas kali ini memberi satu gambaran jelas iaitu pasaran tidak sentiasa bergerak berdasarkan prestasi syarikat semata-mata. Kadangkala, faktor luar seperti geopolitik memainkan peranan yang jauh lebih besar.

Konflik Iran menunjukkan bagaimana satu peristiwa global boleh mengubah aliran dana, meningkatkan harga komoditi dan seterusnya mengangkat keseluruhan sektor dalam masa yang singkat.

Namun, pelabur dan pedagang saham perlu berhati-hati. Jika ketegangan reda dan harga minyak kembali stabil, saham-saham ini juga berpotensi untuk mengalami pembetulan harga.

Dalam dunia pasaran saham, tak semua peluang datang daripada laporan kewangan atau nombor dalam akaun. Kadang-kadang, peluang sebenar datang daripada berita yang orang lain anggap sekadar “masalah luar negara”. Kita dah pernah nampak benda ni ketika COVID-19. Awal-awal dulu, ramai beranggapan itu cuma isu kesihatan. Tapi mereka yang nampak lebih jauh, sudah mula fikirkan kesan kepada supply chain, cara orang bekerja dan cara orang beli barang. Dari situ, sektor seperti teknologi, sarung tangan dan e-dagang terus melonjak, sebelum angka kewangan syarikat sempat tunjuk perubahan.

Terlepas Peluang?

Kalau rasa terlepas peluang, itu perkara biasa dalam pelaburan. Tak semua rally kita sempat masuk dan memang mustahil untuk ‘tangkap’ setiap pergerakan pasaran dengan sempurna. Yang penting, jangan kejar harga semata-mata sebab takut ketinggalan. Selalunya bila kita masuk dalam keadaan emosi, risiko untuk tersangkut di puncak adalah lebih tinggi.

Lebih baik ambil langkah tenang dan lihat semula apa yang berlaku. Faham kenapa sektor itu naik, apa faktor yang gerakkan dan sama ada cerita itu masih relevan atau sudah sampai ke penghujung. Peluang dalam pasaran sentiasa berulang, cuma dalam bentuk yang berbeza. Hari ini mungkin sektor saham dan gas, esok lusa mungkin sektor lain pula.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!