Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2018

Bulan Mac 2018 kita dapat lihat yang Indeks FBMKLCI bermula dengan lemah berikutan kejatuhan pada bulan Februari, tetapi telah rebound semula pada akhir bulan.

Ini berikutan ‘perang’ kerajaan Amerika Syarikat dan China berkenaan isu tarif yang sangat hangat sehingga memberikan kesan negatif kepada hampir seluruh dunia.

Indeks FBMKLCI 1 Mac 2018: 1,860.86 Mata

Indeks FBMKLCI 5 Mac 2018: 1,837.90 Mata

Indeks FBMKLCI 5 Mac 2018 Paras Terendah Bulan Mac: 1,834.66 Mata

Indeks FBMKLCI 30 Mac 2018: 1,863.46 Mata

Kenaikan Sebulan: 2.6 Mata atau 0.14%

Kalau bulan Februari tempoh hari katanya akan berlaku Chinese New Year rally, namun ianya tak menjadi kenyataan.

Gendang pilihanraya yang semakin dirasa diharapkan dapat melonjakkan pasaran di Bursa Malaysia, juga seperti belum kelihatan bahangnya.

Tanpa sebarang petunjuk jelas terhadap hala tuju pasaran saham, jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Untuk Bulan Mac 2018.

Sumber: Screener iSaham

Sumber: Bursa Marketplace

2. Nexgram Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

3. Pansar Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

4. Ire-Tex Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

5. Asdion Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

6. Brahims Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. Eastland Equity

Sumber: Bursa Marketplace

8. Edaran Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

9. K-Star Sports Limited

Sumber: Bursa Marketplace

10. Nestle (M) Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

 

Mac 2018 Bulan Yang Tidak Menentu

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Bulan Mac 2018 menunjukkan bahawa walaupun pasaran saham tidak mempunyai hala tuju yang jelas, masih boleh buat duit tetapi kena lebih berhati-hati.

Kalau kita tengok pada senarai tersebut juga, 8 saham adalah di bawah paras RM1 dan banyak juga dalam kategori Super Penny.

Mac juga menyaksikan tiga perkara yang pelik berlaku:

  • Pansar yang telah pun tersenarai di tempat nombor dua bulan lepas dalam Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Februari 2018, kali ni berada di kedudukan nombor tiga pula untuk Mac – sesuatu yang amat jarang berlaku
  • Brahims yang tersenarai di tempat keempat bulan lepas dalam Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Febuari 2018, tiba-tiba bulan ni berada di tempat keenam paling untung – membuat reversal yang hebat
  • Nestle yang merupakan saham termahal di Bursa Malaysia, juga boleh masuk dalam senarai bulan ini – siapa kata saham mahal tak boleh untung banyak?

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti 52 Weeks High Screener, All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, Magic Formula Investing dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.