2 Strategi Mantap Pelabur Hartanah Untuk Mendapatkan Aliran Tunai Positif

Bagi anda yang mengkhaskan rumah anda sebagai satu bentuk pelaburan dengan cara membuat sewaan pastinya mengharapkan positive cash flow atau dalam bahasa melayunya aliran tunai positif.

Aliran tunai positif inilah yang diperlukan oleh pelabur hartanah dalam pelaburan mereka. Ia merupakan objektif utama yang perlu dikejar dan dicapai. Melalui aliran tunai positif inilah pelabur hartanah dapat menentukan tahap keuntungan mereka.

Namun, tidak semua pelaburan hartanah itu mampu menjana aliran tunai yang positif malah ada yang hingga kini memperolehi aliran tunai yang negatif. Pelabur hartanah ini juga masih tercari-cari jalan untuk mereka capai aliran tunai yang positif.

Apakah strategi yang perlu dilakukan bagi pelabur-pelabur hartanah yang berhadapan situasi sebegini? Apakah cara terbaik untuk mereka mengatasinya?

Berikut merupakan 2 strategi mantap yang boleh digunakan oleh pelabur-pelabur hartanah bagi mencapai aliran tunai yang positif.

1. Tukar Konsep

Gambar : Livein

Kebiasaannya, pelabur hartanah membuat sewaan rumah mereka berdasarkan kepada nilai sebuah rumah. Apabila anda dapati dengan sewaan sebuah rumah memberikan anda aliran tunai yang negatif, apa kata anda cuba tukar konsep tersebut.

Anda boleh membuat sewaan bilik ataupun dikira mengikut individu (per head). Pada awlanya mungkin anda takut untuk mencuba, tetapi selagi anda tidak cuba, selagi itu anda tidak nampak sama ada cara tersebut mampu memberikan anda aliran tunai positif ataupun sebaliknya.

2. Pelan Pelaburan Yang Mantap

Mengapa anda sebagai pelabur hartanah perlu mempunyai pelan pelaburan yang mantap? Anda perlu tahu bahawa dunia pelaburan itu sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menyesuaikan diri dalam setiap perubahan yang berlaku dan bukan duduk diam semata-mata.

Jika sebelum ini, rumah yang anda sewakan adalah kosong dan memerlukan anda untuk membuat sewaan dengan kadar harga yang lebih rendah, apa kata anda isi rumah tersebut dengan barangan keperluan seperti mesin basuh dan juga peti sejuk. Dengan adanya barangan keperluan ini, ia mampu meningkatkan jumlah harga sewaan anda tadi.

Secara tidak langsung, ianya dapat mengubah aliran tunai anda daripada negatif kepada positif atau mengurangkan jurang perbezaan untuk anda mencapai aliran tunai yang positif. Ianya bergantung kepada keperluan pelaburan masing-masing yang berbeza.

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.