6 Panduan Untuk Bakal Pelabur Saham

Kita digalakkan melabur bila ada duit lebih, bukan sebab nak cari duit lebih.

Adakah anda berminat ataupun sedang merancang untuk melibatkan diri dalam pelaburan saham? Jika jawapannya ialah Ya, adakah anda telah bersedia dengan segala panduan dan tatacara yang betul untuk melabur dalam pasaran saham?

Jika jawapannya Tidak, jemput baca panduan ringkas di bawah yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

#1. Semak tahap kewangan sendiri

Sumber : pxfuel

Tanya pada diri anda sendiri, adakah anda telah bersiap sedia dari segi kewangan untuk melabur dalam pasaran saham?

Nasihat kami, elakkan daripada meminjam sana sini jika ingin melabur. Saya pasti anda sendiri sudah sedia maklum bahawasanya pelaburan saham ini punya risiko yang tinggi.

Jadi untuk mengelakkan kepala berserabut, hanya mula melabur apabila anda sudah punyai duit lebihan.

#2. Berurusan dengan pihak berlesen sahaja

Ini musim scammer mencari mangsa. Jadi perlu berhati-hati.

Anda perlu selidik berkenaan syarikat broker dan juga wakil perniagaannya sama ada mereka ini memiliki lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) ataupun tidak.

Anda boleh membuat semakan dengan melayari laman web SC sendiri untuk mengetahui status perlesenan.

#3. Buka akaun CDS

Akaun CDS adalah sistem depositary pusat. Anda perlu membuka dua akaun jika hendak membuat pelaburan saham. Pertama adalah akaun CDS, manakala yang kedua adalah akaun dagangan (platform jual beli). Biasanya bila berurusan dengan syarikat Broker, mereka akan bantu untuk buka kedua-duanya.

Tujuan utama membuka akaun-akaun ini adalah untuk memastikan hanya anda sahaja yang dapat menggunakan akaun ini tanpa campur tangan daripada wakil peniaga.

Baca lagi Tutorial Buka Akaun CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere

#4. Kenali produk-produk yang ada di Bursa Malaysia

Rajin-rajinkan diri untuk membuat penyelidikan di bursa saham untuk mengetahui dan mengenali dengan lebih terperincin tentang produk-produk yang diniagakan.

Atupun anda juga boleh mendapatkan maklumat daripada wakil peniaga sendiri. Namun, lebih mudah jika anda melayari laman web Bursa Malaysia.

#5. Pelajari prosedur urus niaga

Ini sangat penting bagi mengelakkan anda mengalami kerugian yang sangat besar sekiranya anda tidak memhami dengan betul tentang prosedur urus niaga.

Anda boleh sahaja meminta penjelasan daripada wakil peniaga untuk menerangkan tentang prosedur urus niaga ini.

#6. Kaji syarikat

Selidik laporan tahunan syarikat. Sekurang-kurangnya tahu apa jenis perniagaan mereka. Kemudian, barulah anda boleh membuat keputusan nak beli saham syarikat apa berdasarkan maklumat yang telah diperoleh.

Di Bursa MarketPlace juga tersedia laporan-laporan berkaitan syarikat yang disediakan secara percuma.

Elakkan membuat keputusan berdasarkan kepada khabar angin dan cakap-cakap orang semata-mata.

Sebenarnya kalau nak lebih mudah memilih saham yang baik, gunalah teknik CANSLIM. Berikut merupakan artikel berkaitan CANSLIM:

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini kami terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Buku Malaysia Melabur Saham ini juga boleh dibeli di Shopee!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

REITS: Keputusan 1Q26 Menepati Jangkaan

Saranan WAJARAN TINGGI dikekalkan; Saham Pilihan Utama: Axis REIT dan Pavilion REIT

Indeks REIT Bursa Malaysia (KLREI) mencatatkan prestasi lebih lemah berbanding pasaran saham secara keseluruhan apabila menurun 0.3% YTD. Kami terus mengekalkan perwajaran sektor kami kerana perbezaan kadar hasilnya berubah menjadi menarik apabila memaparkan prestasi melebihi paras purata. Pada masa yang sama, Jabatan Ekonomi RHB menjangkakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan terus berada pada 2.75% yang menggalakkan kegiatan pembiayaan untuk dijalankan. Sektor ini tetap menjadi tarikan buat para pelabur yang mencari saham yang menawarkan kadar pulangan kerana saham M-REIT mempunyai prospek perolehan dan dividen yang stabil, di samping penilaian yang murah (Rajah 4).

Perbezaan kadar hasil antara KLREI dengan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun

Sekarang mencecah paras sekitar 200 mata asas (bps), iaitu +0.5SD melebihi paras purata jangka panjangnya.

Keputusan 1Q26 menepati jangkaan

Kesemua lapan saham REIT di bawah liputan kajian kami melaporkan keputusan kewangan yang memenuhi jangkaan. IGB REIT menyaksikan lonjakan besar dalam perolehan suku tahun (untung bersih: +52% YoY) yang sebahagian besarnya berpunca daripada sumbangan Mid Valley Southkey (suntikan aset selesai pada Nov 2025). Untuk segmen REIT pejabat, IGB Commercial REIT kelihatan menonjol apabila ia merekodkan untung bersih yang melambung naik sebanyak 28% YoY yang dipacu oleh kadar penghunian yang bertambah baik sebanyak 93% (daripada 89%) dan kadar sewaan purata yang lebih tinggi bagi setiap kadar ruang kaki persegi (kps) sebanyak MYR6.64 (daripada MYR6.42).

Dalam ruang REIT perindustrian, pertumbuhan perolehan sebanyak 13.0% YoY berjaya diraih oleh AME REIT menerusi sumbangan enam hartanah perindustrian baharu (yang proses pemerolehan selesai sepanjang tempoh 12 bulan lalu), selain kadar penghunian penuh dan kadar turun naik harga sewa yang positif untuk aset-aset miliknya.

Prospek

Asas-asas sektor terus kukuh menerusi paras penghunian yang tinggi dan kadar turun naik harga sewa yang terkawal. Menurut jangkaan Jabatan Ekonomi RHB, Bank Negara Malaysia akan meneruskan pendirian dasar yang terkawal secara amnya dengan unjuran OPR tetap pada paras 2.75% pada tahun 2026. Perkara ini sepatutnya dapat membendung tekanan kos pinjaman dan menggalakkan kegiatan pemerolehan aset.

Dari aspek permintaan pula, berdasarkan data jualan runcit terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia, perbelanjaan pengguna dilihat bertahan dengan kenaikan 6.3% YoY pada Apr 2026 (Apr 2025: 4.7%). Walau bagaimanapun, sentimen pengguna mungkin melemah pada bulan-bulan seterusnya, manakala trend kunjungan pelancong juga mungkin turut tidak menentu. Biarpun begitu, kami percaya pusat-pusat beli belah utama yang mempunyai jumlah bilangan pengunjung kukuh, tahap penghunian tinggi dan penyewa-penyewa berkualiti sepatutnya lebih bersedia untuk melindungi perolehan.

Apa-apa ketegangan Asia Barat yang mereda juga dapat menyokong sektor pelancongan untuk pulih dengan lebih kukuh. Berkenaan segmen pejabat pula, sentimen terus lemah namun kadar pulangan sekitar 8-9% menawarkan sedikit kelegaan buat pelabur. Dalam sesebuah pasaran yang kekurangan faktor-faktor pemacu permintaan untuk ruang pejabat, kami mendapati aset-aset yang bersambung dengan hab pengangkutan utama beroperasi dengan lebih berdaya tahan.

Sementara itu, syarikat REIT perindustrian sepatutnya terus menerima manfaat daripada faktor-faktor pemacu permintaan struktur, yang dibantu oleh inisiatif-inisiatif dasar, WALE yang lama dan tahap penghunian yang tinggi, yang menjaminkan penjanaan pendapatan untuk jangka panjang

Saham Pilihan Utama

Kami menyukai:

i) Axis REIT kerana statusnya sebagai syarikat REIT perindustrian terbesar di Malaysia, kelompok pelanggan bermutu, perancangan pengambilalihan aset yang jelas, dan profil kecairan yang lebih baik

ii) Pavilion REIT akibat pendedahannya kepada aset-aset runcit utama, sumbagan semakin baik daripada Pavilion Bukit Jalil, dan kenaikan perolehan daripada asetaset hotelnya.

Risiko-risiko negatif utama ialah perbezaan kadar hasil yang semakin mengecil, lambakan bekalan yang berpanjangan, dan kejutan makroekonomi.

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.