
Sub Topik
Sebelum membuka akaun CDS, antara kriteria yang perlu dilihat adalah berapa brokerage fee (fi pembrokeran) mereka. Ini kerana setiap transaksi jual beli saham nanti dikenakan brokerage fee. Fee ini berbeza-beza mengikut syarikat broker / bank pelaburan.
Tetapi sebelum itu, jom kita tengok dulu istilah-istilah yang terlibat:
- Brokerage Fee – Fi yang dikenakan syarikat broker untuk setiap transaksi jual atau beli
- Brokerage Minimum – Fi minima yang dikenakan syarikat broker untuk setiap transaksi
- Clearing Fee – Fi yang dikenakan Bursa untuk setiap transaksi
- Clearing Cap – Fi maksima yang dikenakan Bursa untuk setiap transaksi
- Stamp Duty – Duti setem yang dikenakan kerajaan untuk setiap transaksi. RM1 dikenakan untuk setiap RM1,000 nilai saham
- Stamp Duty Cap – Duti setem maksima yang dikenakan kerajaan untuk setiap transaksi. Maksima RM200
- Sales and Services Tax (SST) – Cukai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan bagi setiap transaksi (sekarang 6%)

Untuk memudahkan kita memahami brokerage fee dan kos-kos lain yang akan dikenakan untuk setiap transaksi jual beli saham, jom kita tengok contoh mudah seperti di bawah ini:
Transaksi Beli Saham
Anda punya modal sebanyak RM1,000 dan ingin membeli 10lot saham pada harga RM1.00.
Nilai Saham = RM1,000.00
Brokerage Fee (0.42% atau RM28 minima) = RM28.00
Clearing Fee (0.03%) = RM0.30
Stamp Duty = RM1.00
SST (6% ke atas Brokerage Fee & Clearing Fee) = (28.00 + 0.30) * 6% = RM1.70
Jumlah Kos Beli Saham = 28.00 + 0.30 + 1.00 + 1.70 = RM31.00
Kos Sebenar Beli Saham = 1,000.00 + 31.00 = RM1,031.00
Katakanlah sebulan kemudian, saham tersebut meningkat sebanyak 10% dan anda ingin menjual saham tersebut.
Transaksi Jual Saham
Nilai Saham (Meningkat 10%) = RM1,100.00
Brokerage Fee (0.42% atau RM28 minima) = RM28.00
Clearing Fee (0.03%) = RM0.33
Stamp Duty = RM2.00
SST (6% ke atas Brokerage Fee & Clearing Fee) = (28.00 + 0.33) * 6% = RM1.70
Jumlah Kos Jual Saham = 28.00 + 0.33 + 2.00 + 1.70 = RM32.03
Pulangan Sebenar Jual Saham = 1,100.00 – 32.03 = RM1,067.97
Untung Bersih (Harga Jual – Harga Beli – Kos Beli Saham – Kos Jual Saham = 1,100.00 – 1,000.00 – 31.00 – 32.03 = RM36.97
ROI = 3.67% untuk sebulan dengan modal RM1,000
Tu kalau berbekalkan modal RM1,000. Jom kita tengok contoh kedua untuk mereka yang mempunyai modal RM10,000 pula.
Transaksi Beli Saham 2
Anda punya modal sebanyak RM10,000 dan ingin membeli 100 lot saham pada harga RM1.00.
Nilai Saham = RM10,000.00
Brokerage Fee (0.42% atau RM28 minima) = RM42.00
Clearing Fee (0.03%) = RM3.00
Stamp Duty = RM10.00
SST (6% ke atas Brokerage Fee & Clearing Fee) = (42.00 + 3.00) * 6% = RM2.70
Jumlah Kos Beli Saham = 42.00 + 3.00 + 10.00 + 2.70 = RM57.70
Kos Sebenar Beli Saham = 1,000.00 + 31.00 = RM10,057.70
Dengan contoh yang sama, katakanlah sebulan kemudian saham tersebut meningkat sebanyak 10% dan anda ingin menjual saham tersebut.
Transaksi Jual Saham 2
Nilai Saham (Meningkat 10%) = RM11,000.00
Brokerage Fee (0.42% atau RM28 minima) = RM46.20
Clearing Fee (0.03%) = RM3.30
Stamp Duty = RM11.00
GST (6% ke atas Brokerage Fee & Clearing Fee) = (46.20 + 3.30) * 6% = RM2.97
Jumlah Kos Jual Saham = 46.20 + 3.30 + 11.00 + 2.97 = RM63.47
Pulangan Sebenar Jual Saham = 11,000.00 – 63.47 = RM10,963.53
Untung Bersih (Harga Jual – Harga Beli – Kos Beli Saham – Kos Jual Saham = 11,000.00 – 10,000.00 – 57.70 – 63.47 = RM878.83
ROI = 8.79% untuk sebulan dengan modal RM10,000
Ya, dalam situasi yang sama di mana harga saham meningkat 10%, jika anda mempunyai modal yang lebih – peratus ROI yang akan anda perolehi turut meningkat.
Berapa Modal Yang Sesuai Untuk Bermula?

Ini merupakan soalan cepumas kerana ianya bergantung kepada individu. Jika anda punya modal RM1,000 pun sudah memadai, tapi saham naik 10%, ROI mungkin hanya sekitar 3.67%. Cukup tinggi sebenarnya untuk tempoh pelaburan yang ambil masa hanya sebulan.
Nak pulangan yang lebih tinggi, cari broker yang mengenakan kadar minimum brokerage fee yang lebih rendah. Ada yang menawarkan caj sebanyak RM12 dan ada juga yang menawarkan kadar minimum brokerage fee yang lebih rendah lagi iaitu RM8.