Bagaimana Nak Gandakan 40% Wang Dengan ASB Walaupun Bergaji RM1,000?

Siapa yang menolak sekiranya wang yang disimpan menjadi hasil yang berganda-ganda. Anda nak tahu dengan lebih lanjut bagaimana untuk menggandakan wang di simpanan ASB berganda?

Jemput hadam perkongsian daripada terbitan asal blog Kasitau.

Cara Gandakan Wang ASB

Ini bukan sesuatu yang magis.

Bukan juga sesuatu yang boleh diperoleh dengan menggunakan khidmat si bomoh. Hakikatnya, walau bagaimana cara sekali pun, anda tidak mungkin dapat menggandakan wang anda dalam sekelip mata.

Menggandakan atau mengembangkan wang bermaksud menggunakan wang yang anda ada dan menjadikannya lebih banyak. Dengan hanya menyimpan dalam bank-bank tempatan, anda akan mengambil masa yang agak lama untuk menggandakan wang anda memandangkan faedah ke atas simpanan yang diberi oleh pihak bank sendiri adalah pada kadar yang sangat rendah.

Justeru, anda perlu bijak memilih instrumen yang paling baik untuk anda berupaya menggandakan wang anda.

Tentu ada yang tertanya-tanya, mengapa anda perlu menggandakan wang?

Tak cukupkah dengan apa yang ada? Maka jawab saya, anda perlu pandang ke hadapan. Pandang 5 atau 10 tahun ke hadapan. Bahkan tidak salah jika anda melihat ke hadapan dan membayangkan keadaan anda di kala usia anda mencapai 60 tahun.

Anda perlu merancang pendidikan anak-anak, perbelanjaan ketika persaraan agar ia mencukupi, keperluan terhadap wang di saat tak terduga, untuk bebas daripada pinjaman perumahan atau pinjaman kereta di saat anda sudah bersara dan sebagainya.

Anda juga perlu menggandakan wang yang ada demi kehidupan yang lebih selesa dan untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

Kini terdapat beberapa alternatif atau kaedah yang anda boleh pilih untuk menggandakan wang simpanan anda tadi, sebagai contoh melakukan pelaburan dalam ASB, hartanah, pelaburan emas, unit amanah, insurans dan sebagainya.

Apa yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam artikel ini adalah tentang teknik menggandakan wang melalui pelaburan dalam akaun ASB.

Mungkin ramai di luar sana yg memiliki akaun ASB.

# Berapa ramai sedar bahawa dengan dividen ASB sebenarnya boleh menjangkau hingga lebih 40% setahun.

# Berapa ramai di luar sana hanya dengan berbekalkan RM176 savings, anda mampu memiliki sejumlah RM200,000 dalam buku ASB.

# ..dan berapa ramai yang tahu anda mampu memperolehi RM1 juta di dalam simpanan ASB.

Semuanya Dengan Ilum Pelaburan Yang Betul

Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan skim pelaburan yang mempunyai objektif untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit.

Dilancarkan pada 2 Januari 1990, skim unit amanah ini merupakan yang kedua dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) selepas skim Amanah Saham Nasional (ASN). ASB hanya terbuka kepada Bumiputera, dan mereka yang berusia 6 bulan ke atas layak untuk membuka akaun ASB.

Had simpanan bagi setiap akaun pula adalah sebanyak RM200,000 sahaja, dan ini tidak termasuk dividen yang anda peroleh pada setiap tahun. Bagi akaun remaja pula, had simpanan adalah sebanyak RM50,000.

Sasaran pelabur ASB adalah mereka yang faham tentang pelaburan, risiko dan pulangan pelaburan jangka panjang.

Terdapat banyak kelebihannya jika anda melabur dalam ASB, antaranya:-

  1. Anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran pendahuluan contohnya anda tidak perlu membayar Fi Pemprosesan, Fi Pengurusan atau sebagainya.
  2. Tiada sebarang susut nilai terhadap wang yang anda laburkan. Pulangan pelaburannya dijamin oleh kerajaan dan pelaburan yang dilakukan oleh pihak ASB juga dikawal oleh kerajaan.
  3. Sekiranya simpanan pelaburan sudah berusia 1 bulan, anda sudah layak menerima faedah pelaburan untuk bulan itu secara peratusan purata faedah tahunan. Pulangan juga dilihat agak konsisten, dengan purata kadar pengagihan pendapatan seunit atau faedah pelaburan adalah antara 7.30% – 7.65% (2009-2011). Kadar ini dijangka meningkat setiap tahun selaras dengan perkembangan ekonomi negara Malaysia (sekarang agak rendah).
  4. Selain faedah pelaburan, ASB juga memberikan pelaburnya bonus bagi setiap unit pelaburan yang dibuat. Bonus unit ini akan dikira pada masa yang sama pengiraan faedah pelaburan dilakukan, kebiasaannya pada 31 Disember setiap tahun.
  5. Sekiranya berlaku kecemasan atau hal-hal yang mendesak pelaburnya mengeluarkan semula simpanan ASB, pengeluaran boleh dilakukan dengan segera pada waktu bekerja tanpa perlu menunggu sampai 2 atau 3 minggu untuk proses pengeluaran selesai.
  6. Sijil ASB juga boleh dicagarkan di bank-bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman dalam bentuk overdraft bank.

Teknik Untuk Menggandakan Wang ASB

Jika anda berhasrat untuk memperoleh pendapatan berganda dengan melabur dalam ASB, perkara pertama yang anda perlu buat ialah memastikan yang anda sudah memiliki buku ‘Ting’ anda.

Senang sahaja untuk membuka akaun, isi borang yang diperlukan dan kepilkan salinan kad pengenalan atau surat beranak. Kemudian anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank yang membuat urus niaga ASB, pejabat pos atau Permodalan Nasional Berhad sendiri dan buka akaun ASB dengan pelaburan minima yang diperlukan hanyalah sebanyak RM10.

Pelaburan ASB Menggunakan Wang Simpanan Sendiri

Untuk mencapai ‘kebebasan kewangan’ atau ‘financial freedom’ seseorang itu perlu pandai untuk menabung. Ada pendapat yang menekankan bahawa 1/3 pendapatan yang diperoleh setiap bulan perlu disimpan.

Bagi mereka yang tidak mampu untuk menyimpan 1/3 daripada pendapatan bulanan, mungkin boleh mulakan dengan menyimpan sekitar 5-10 % daripada pendapatan yang diperoleh.

Asalkan ada wang yang disimpan untuk kecemasan, tidak kiralah jika nilainya tinggi atau rendah. Jika kesibukan menjadi penghalang untuk anda kerap pergi ke bank dan melakukan urus niaga tabungan, maka jadilah selangkah lebih bijak dengan melakukan arahan tetap standing instructions sejumlah wang ke dalam akaun simpanan anda pada setiap bulan.

Ramai juga yang melakukan pelaburan dalam akaun ASB dengan menggunakan wang simpanan mereka sendiri.

Contohnya, seorang pelabur mempunyai simpanan sebanyak RM10,000 dan berhasrat untuk menyimpan dalam akaun ASB nya. Pada akhir tahun yang ke-10, pelaburan awal yang dilakukan sebanyak RM10,000 itu dijangka akan menghasilkan jumlah simpanan sebanyak RM21,589.25.

Jumlah wang yang dilaburkan dalam akaun ASB kini meningkat sebanyak 53.68% daripada jumlah modal pelaburan. Pengiraan ini diperoleh dengan anggapan pelabur tadi tidak mengeluarkan wang simpanannya, faedah dan bonus unit yang diperoleh pada sepanjang tempoh 20 tahun itu dengan anggaran kasar faedah pelaburan ASB adalah sebanyak 8% pada setiap tahun.

Selain itu, ASB juga menawarkan Skim Potongan Gaji bagi pelabur yang berminat untuk menambah pelaburan setiap bulan secara berterusan tanpa perlu berurusan di kaunter ASB.

Khidmat ini terbuka kepada semua pegawai perkhidmatan awam dan swasta yang merupakan pemegang unit ASB.

Pelaburan Melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

Bagi mereka yang mempunyai simpanan Akaun 1 KWSP yang melebihi jumlah simpanan asas mengikut usia masing-masing, maka mereka layak melabur sebahagian daripada jumlah yang terdapat dalam Akaun 1 itu ke dalam akaun ASB mereka.

Jumlah minima pengeluaran adalah sebanyak RM1,000 dan maksimum 20% daripada jumlah simpanan yang ada mengikut jumlah simpanan asas berdasarkan usia pelabur.

Walau bagaimanapun, kesemua jualan balik pelaburan, pengagihan pendapatan dan bonus daripada pelaburan yang dibuat akan dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP pelabur.

Jika anda individu Bumiputera yang berusia antara 18 hingga 60 tahun dan tidak mempunyai modal yang banyak untuk melabur dalam ASB, maka janganlah susah hati. Kini terdapat banyak bank-bank tempatan yang menawarkan pinjaman wang untuk pelaburan ASB kepada mereka yang berminat.

Bank-bank ini menawarkan tempoh pinjaman yang panjang, ada yang sehingga 25 tahun atau sehingga usia anda 60 tahun! Semakin panjang tempoh pinjaman semakin rendah bayaran ansuran bulanan yang dikenakan dan semakin rendah kadar faedah yang dikenakan ke atas jumlah wang dipinjam.

Pelabur perlu bijak dan dinasihatkan untuk membandingkan tawaran pinjaman yang diberikan oleh bank-bank ini dan memilih hanya yang terbaik mengikut kemampuan anda.

Bandingkan potensi pulangan, tempoh atau jangka masa pelaburan, modal yang diperlukan serta risiko pelaburan.

Tawaran Pinjaman ASB Daripada Pihak Bank

Risiko pelaburan? Ya, pinjaman ASB yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan ini juga tentunya mempunyai risikonya yang tersendiri:-

  • Pinjaman ini tadi mengenakan kadar faedah mengikut Kadar Pinjaman Berian Asas atau lebih dikenali sebagai Base Lending Rate (BLR) terkini negara. Maka, jika kadar BLR negara naik, maka faedah pinjaman pun akan menjadi lebih tinggi daripada kadar faedah pelaburan, seterusnya sudah tentu tidak akan menguntungkan pelabur sendiri.
  • Seperti mana yang berlaku ke atas mana-mana pinjaman yang dibuat dengan pihak bank, maka pinjaman ASB juga akan di rekod dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau lebih dikenali sebagai CCRIS. CCRIS ialah sistem yang mengumpul maklumat mengenai individu yang mengambil pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan. Maklumat ini kemudiannya akan digunakan sebagai salah satu sumber oleh institusi kewangan ini sebagai panduan sejarah kredit peminjam. Oleh itu pinjaman yang dibuat haruslah dibayar secara tetap agar nama anda tidak akan di senarai hitam dalam CCRIS.
  • Penalti bayar lewat juga akan dikenakan sekiranya pinjaman yang dibayar setiap bulan tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan.
  • Terdapat juga bank yang mengenakan tempoh ‘Lock In’ yang akan menyebabkan anda didenda sekiranya anda menjelaskan pinjaman ini sebelum tempoh ‘Lock In’ tamat.

Pinjaman ASB yang dilakukan dengan mana-mana pihak bank hanya lah merupakan satu kaedah kewangan sahaja. Anda perlu lah tahu bagaimana fungsi pinjaman ini, meneliti terma dan syarat yang dikenakan agar perjanjian yang ditandatangani itu tidak akan memakan diri anda sendiri.

Kesimpulan Dalam Menggandakan Wang Dengan ASB

Menabunglah dan tetapkan matlamat untuk penuhkan akaun ASB anda. Tentunya anda akan menjadi lebih teruja apabila mendapati pelaburan yang dilakukan sudah pun pada tahap maksimum dan seterusnya anda akan mendapat pendapatan pasif setiap tahun dengan bonus dan faedah yang diterima.

Terdapat beberapa kaedah untuk menggandakan wang ASB anda. Antaranya adalah dengan melaburkan wang simpanan anda sendiri, melakukan pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP atau memohon untuk membuat pinjaman ASB daripada pihak bank.

Walau apa pun kaedah yang digunakan untuk menggandakan wang, apa yang penting kaji dengan teliti dan serius segala kemungkinan agar wang yang anda simpan tadi tidak akan hilang begitu sahaja.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama korang. Bila faham isi kandungan buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain!

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak ketenangan, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini. Misi kami agar dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ASB 3 Didik Isytihar Agihan Pendapatan 5.25 Sen Seunit

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM423 juta untuk dana harga tetap, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.  

Menurut PNB dalam kenyataan hari ini, pengagihan pendapatan itu adalah bersamaan dengan 5.25 sen seunit kepada 338,320 pemegang unit yang kini memiliki sebanyak 8.12 bilion unit.

“Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik ini menyumbang kepada jumlah pulangan sebanyak 5.25 peratus mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank sebanyak 2.51 peratus, dengan kelebihan 274 mata asas,” katanya.

Katanya sehingga 19 Jun lepas, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM539.10 juta. 

— BERNAMA 

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee