4 Tips Untuk Lunas Hutang

Apabila kita memilki hutang, secara tidak langsung kita akan berhadapan masalah kerunsingan yang pasti membelenggu diri. Jangan biarkan hutang ini terus menyelebungi anda dan pastinya ada cara untuk melunaskan hutang-hutang tersebut.

Berikut adalah perkongsian daripada Amin Don, penulis blog Compare Hero. Satu perkongsian yang cukup menarik yang boleh membantu kita menyelesaikan segala jenis hutang yang kita ada.

1. Bayar Hutang Tertinggi Terlebih Dahulu

Jika anda memiliki sejumlah wang dan mempunyai pilihan sama ada nak simpan wang tersebut dalam akaun simpanan atau melabur atau membayar hutang, pilihlah untuk bayar hutang. Lagi banyak hutang yang kita ada, lagi cepat kita kena setelkan.

Walaupun anda hanya perlu melangsaikan satu hutang sekalipun, keutamaan perlu diberikan. Ini kerana kadar faedah yang anda perlu bayar untuk hutang tersebut akan menjejaskan kewangan anda berbanding pulangan yang anda dapat daripada menyimpan di dalam akaun simpanan.

Contohnya, jika anda mempunyai RM5,000 dan menggunakan untuk membayar balik hutang pinjaman, anda dapat jimat RM600. Ini kerana jika anda simpan wang tersebut dengan kadar faedah 6%, anda hanya akan mendapat RM300.

Jadi ia lebih baik anda gunakan wang untuk langsaikan hutang berbanding memperdayai diri sendiri bahawa anda mempunyai simpanan RM5,000, walaupun anda mempunyai hutang yang perlu diselesaikan.

2. Bayar Lebih Dari Minimum

Untuk pengetahuan anda, kad kredit juga merupakan sejenis pinjaman. Untuk menggunakannya dengan betul, pastikan anda mampu untuk membuat bayaran lebih daripada bayaran minimum.

Adalah lebih baik jika kad kredit digunakan apabila diperlukan saja. Selain daripada itu, pastikan anda mampu untuk membayar sepenuhnya sebaik saja anda terima penyata kad kredit bulanan.

3. Hentikan Penggunaan Kad Kredit Buat Sementara Waktu

Ada ramai yang muflis di kalangan anak muda di bawah umur 30 tahun yang mempunyai hutang kad kredit yang menimbun. Oleh itu, beringatlah sebelum terkena.

Semasa sedang giat melangsaikan hutang anda, kurangkan atau hentikan penggunaan kad kredit buat sementara waktu. Kad kredit juga merupakan sejenis pinjaman, jadi mengapa tambah lagi komitmen sedangkan komitmen kewangan sedia ada pun masih banyak?

Jika tak mampu untuk hadkan pengunaan kad kredit, lebih baik berhenti daripada menggunakan kad kredit sehingga anda selesai melangsaikan hutang-hutang lain. Ini kerana kadar faedah kad kredit adalah antara yang tertinggi berbanding hutang pinjaman peribadi, hutang kereta atau hutang rumah.

4. Tambah Pendapatan

Salah satu cara untuk melangsaikan hutang dengan lebih cepat adalah dengan menambah pendapatan. Biasanya, apa yang terlintas di fikiran adalah untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi.

Namun, ia tidak mudah untuk dilakukan. Jika anda tidak mampu untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi, anda boleh mula membuat pekerjaan sambilan.

Dengan bekerja sambilan, ianya lebih fleksibel. Pilihan boleh dibuat untuk menentukan jenis kerja serta waktu untuk bekerja. Ada juga pekerjaan yang boleh dibuat di rumah saja tanpa perlu kita keluar ke mana-mana.

Dengan cara ini, hutang akan lebih cepat dan mudah untuk dilangsaikan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) — Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang meningkat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan perintah eksekutif untuk menaikkan tarif import, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit merosot kepada 4.4785/4970 berbanding dolar AS daripada 4.4550/4600 pada Jumaat lepas.  

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY mendapat momentum kepada 109.258 mata selepas Trump mengeluarkan perintah eksekutif untuk menaikkan tarif import kepada 25 peratus untuk import dari Kanada dan Mexico serta 10 peratus untuk import dari China.

“Langkah ini akan berkuat kuasa pada Selasa. Ini menandakan bermulanya perang perdagangan apabila negara-negara yang terjejas mula melaksanakan tindakan balas mereka,” katanya kepada Bernama hari ini. 

Mohd Afzanizam berkata ini akan membawa kepada langkah menghindari risiko berikutan ia mewujudkan ketidakpastian yang lebih besar mengenai impaknya terhadap inflasi AS dan tindak balas Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Katanya Fed berkemungkinan akan lebih berhati-hati kerana trajektori inflasi yang dijangka kekal tinggi.

Oleh itu, katanya ringgit mungkin stabil pada paras semasa tetapi risiko penurunan kekal ketara berikutan perang perdagangan.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama dan mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.5878/6067 daripada 4.6247/6299 pada Jumaat lepas dan naik berbanding pound kepada 5.5041/5268 daripada 5.5336/5398. Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.8819/8942 daripada 2.8798/8832.

Mata wang tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2726/2868 daripada 3.2854/2896 pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1535/2187 daripada 13.2274/2498 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 274.6/275.9 daripada 273.2/273.6 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.71 daripada 7.63/7.64.

— BERNAMA