Senarai Saham Yang Perlu Dilihat Selepas Kemenangan Pakatan Harapan

Tahniah kepada Pakatan Harapan kerana telah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14. Tapi apakah kesannya kepada pasaran saham? Secara khususnya kepada saham-saham yang dipegang oleh anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad, kawan-kawan baiknya dan mereka yang mempunyai kepentingan dalam Pakatan Harapan secara tidak langsung.

Yang bakal terkena pukulan teruk pula, adalah saham-saham yang berkaitan dengan Barisan Nasional, ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak dan yang berkepentingan dalam projek-projek terdahulu yang telah pun diluluskan.

Saham-Saham Dalam Watchlist

OPCOM Holdings – Dimiliki oleh Mokhzani Mahathir, anak Tun Dr Mahathir

Sumber: Bursa Marketplace

Thriven Global – Dimiliki oleh Fakhri Yassin, anak Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sumber: Bursa Marketplace

Eden (Tak Syariah) – Dimiliki oleh Fakhri Yassin, anak Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sumber: Bursa Marketplace

Sapura Energy – Menjadi pilihan saham Public Bank dan Alliance DBS. Memang daripada dulu lagi merupakan saham yang sangat aktif

Sumber: Bursa Marketplace

Hibiscus Petroleum – Menjadi pilihan saham Alliance DBS. Memang daripada dulu lagi merupakan saham yang sangat aktif

Sumber: Bursa Marketplace

CIMB Group (Tak Syariah) – Dimiliki oleh Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Datuk Seri Najib

Sumber: Bursa Marketplace

My E.G. Services – Pembekal perkhidmatan kerajaan

Sumber: Bursa Marketplace

Datasonic Group – Pembekal perkhidmatan kerajaan

Sumber: Bursa Marketplace

Utusan Melayu – Media milik UMNO

Sumber: Bursa Marketplace

Media Prima (Tak Syariah) – Dilihat pro-Barisan Nasional dan Datuk Kamal Khalid merupakan bekas pegawai kanan Datuk Seri Najib di bahagian komunikasi

Sumber: Bursa Marketplace

Star Media Group – Media milik MCA

Sumber: Bursa Marketplace

Destini – Dimiliki oleh Dato’ Rozabil Abdul Rahman, Bendahari UMNO

Sumber: Bursa Marketplace

George Kent – Syarikat pembinaan yang ada kaitan dengan projek ECRL dengan kerajaan China yang bakal disemak semula

Sumber: Bursa Marketplace

Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) – Syarikat pembinaan yang ada kaitan dengan projek ECRL dengan kerajaan China yang bakal disemak semula

Sumber: Bursa Marketplace

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kajian Segmen Pasaran SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Awam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons, memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses kepada penyenaraian awam bagi penerbit, di samping memperjelas peranan serta memperkukuh pembezaan antara setiap segmen pasaran seperti berikut:

  • Pasaran Utama  – Pasaran utama bagi syarikat lebih besar dan dikenali
  • Pasaran ACE        – Pasaran bagi syarikat kecil dan sederhana yang berfungsi sebagai laluan peralihan ke Pasaran Utama

Penambahbaikan ini adalah susulan proses rundingan awam yang telah selesai  pada Disember 2025 di bawah kajian segmentasi pasaran, dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Cadangan yang diterima pakai bagi Pasaran Utama akan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 melalui Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan SC terhadap pengawalseliaan yang bersesuaian dengan tujuan (fit-for-purpose) — seimbang, memudah cara serta responsif terhadap  evolusi model perniagaan.

“Usaha ini menyokong inisiatif lebih luas SC dalam meningkatkan kecekapan kawal selia dan kecemerlangan tadbir urus seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030,” katanya.

Penambahbaikan utama termasuk:

  • Pasaran Utama: Keperluan keuntungan yang lebih tinggi, kualiti pelaporan kewangan yang diperkukuh, penambahan fleksibiliti dalam penilaian aliran tunai operasi serta peluasan kelayakan bagi penyenaraian berasaskan infrastruktur.
  • Pasaran ACE: Diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja (sponsor-driven), dengan keperluan rekod prestasi minimum dua tahun selepas penyenaraian sebelum boleh dipindahkan ke Pasaran Utama, pemansuhan pengecualian terhadap penajaan dan moratorium, serta pengenalan keperluan peruntukan pegangan saham awam minimum.

Dato’ Faiz menambah, “Secara keseluruhannya, segmentasi yang lebih jelas ini memperkukuh pembezaan antara lapisan pasaran, meningkatkan kualiti penyenaraian serta menyediakan laluan peralihan yang lebih tersusun bagi syarikat untuk berkembang daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut: