Cara Nak Daftar Haji Tanpa Mengeluarkan Duit

Siapa yang tidak mahu menjejakkan kaki ke kota suci Mekah kan? Jika ada rezeki untuk ke sana menunaikan umrah ataupun haji, pastinya ramai akan berebut-rebut untuk ke sana.

Namun, untuk ke sana bukanlah semudah yang dikata. Ianya memerlukan kos perbelanjaan ribuan ringgit. Ada di antara kita yang telah sedar akan pentingnya simpanan di Tabung Haji, namun yang menjadi permasalahannya adalah jumlah simpanan masih belum mencukupi untuk melayakkan diri untuk mendaftar haji.

Perlu RM1,300 Dalam Akaun Tabung Haji

Berpakah jumlah yang diperlukan untuk mendaftarkan haji? Kita perlu mendepositkan sekurang-kurangnya RM1,300 ke dalam akaun Tabung Haji. Tetapi ternyata, jumlah tersebut bukanlah satu jumlah yang sedikit. Ianya mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun-tahun untuk mencapai jumlah tersebut.

Adakah anda berminat sekiranya anda berepeluang untuk mendaftar haji tanpa mengeluarkan sesen pun duit anda itu.

Bagaimanakah Caranya?

Ini adalah daripada pengalaman saya sendiri yang telah berjaya mendaftar haji tanpa mengeluarkan duit simpanan.

Dan tahukah anda, pendaftaran haji boleh dilakukan melalui akaun KWSP. Bagi anda yang mempunyai akaun KWSP dan masih belum mendaftar haji, anda sebenarnya boleh menggunakan akaun KWSP.

Langkah yang anda perlu lakukan adalah mudah. Hanya perlu bawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP*, dan serahkannya kepada pegawai yang bertugas di Tabung Haji. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa Lembaga Tabung Haji.

Kemudian pegawai bertugas akan key in maklumat nombor akaun KWSP kita tadi dan selesai. Pada masa itu juga kita dapat tarikh peruntukan haji kita.

Untuk pengetahuan semua juga, duit daripada akun KWSP kita tidak akan ditolak masuk ke dalam akaun Tabung Haji. Ianya hanyalah satu syarat dan bukti yang menyatakan kita mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membuat pendaftaran haji.

Pada awalnya, saya menjangka duit dari akaun KWSP akan ditolak masuk ke dalam akaun Tabung Haji. Rupanya, bila saya buat pemeriksaan akaun Tabung Haji semula, ianya tiada pun dalam akaun Tabung Haji.

Pada pandangan saya, dengan cara kerjasama antara KWSP dengan Tabung Haji dalam memudahkan pendaftaran haji ini adalah sangat bagus. Ia dapat membantu mereka yang ingin mendaftra haji meskipun simpanan mereka masih belum cukup ataupun pada ketika itu mereka masih baru membuka akaun Tabung Haji.

Boleh baca lebih lanjut berkenaan Pendaftaran Haji Ahli KWSP di laman web KWSP.

Nota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel.
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Umum Pengarah Baharu Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz (“Azizan”) sebagai Pengarah Pasaran Modal Islam (ICM), berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Azizan akan memegang peranan baharu ini selain jawatan semasanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia. Pelantikan ini mencerminkan fokus berterusan Bursa Malaysia dalam memperkukuh penawaran pasaran modal Islamnya seiring dengan keutamaan strategik yang lebih luas.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, berkata, “Pelantikan Azizan memperkukuh fokus kepimpinan Bursa Malaysia terhadap Pasaran Modal Islam pada waktu pertumbuhan pasaran yang berterusan dan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang. Pengalaman, kepakaran kewangan dan pemahaman institusi beliau meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan hala tuju strategik bagi keutamaan pasaran Islam kami, di samping terus memastikan pengurusan kewangan yang kukuh sebagai CFO.”

Pasaran modal Islam Malaysia kekal sebagai tonggak utama pasaran modal domestik, berkembang daripada RM2.2 trilion pada 2020 kepada RM2.7 trilion menjelang akhir 2025, dengan ekuiti patuh Syariah dan sukuk masing-masing menyumbang RM1.3 trilion dan RM1.4 trilion. Mencerminkan kedalaman pelaburan Syariah di peringkat tempatan, syarikat patuh Syariah merangkumi lebih daripada 80% syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah ICM, Azizan akan menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik bagi keutamaan berkaitan pasaran modal Islam Bursa Malaysia, dengan bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan dalaman dan peserta pasaran untuk menyokong pembangunan berterusan ekosistem ICM. Sebagai CFO, beliau akan terus menyelia fungsi kewangan keseluruhan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat serta penganggaran bajet.

Azizan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan, kewangan korporat dan nasihat. Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Penggabungan dan Pengambilalihan di Deloitte Southeast Asia Ltd., serta pernah memegang jawatan kanan di KPMG Financial Services Advisory di United Kingdom dan Malaysia, antara lain. Beliau memiliki ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari University of Plymouth, UK, dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).