Langkah Simpanan Online Di Tabung Haji

Ada antara kita yang gagal untuk membuat simpanan di tabung haji disebabkan oleh masa bekerja. Namun kini anda tidak perlu khuatir lagi jika anda berhadapan dengan masalah masa untuk membuat simpanan di Tabung Haji. Ini kerana simpanan Tabung Haji telah menyediakan pkatform simpanan secara online.

Jom ikuti langkah mudah untuk menyimpan secara online di Tabung Haji hasil perkongsian daripada Syafieqah A’lya:

Kebanyakan orang kita suka simpan dalam akaun bank saja. Bagi mereka mudah tak perlu fikir nak simpan kat mana tapi bila tahu kadar dividen di situ rendah, maka jom lah kita masuk akaun Tabung Haji pula. Terbaru dividen diumumkan adalah 4.5% + 1.75% hibah haji.

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah:

1. Buat korang yang belum bukak akaun tabung haji, boleh lah bukak di branch tabung haji sendiri terlebih dahulu dengan deposit yang rendah saja.

2. Bila dah dapat no akaun tabung haji tu, mula lah mendaftar di atm machine maybank.

Masuk kad atm seperti biasa di machine atm maybank -> tekan kat tabung haji -> daftar akaun tabung haji secara online -> masuk akaun no tabung haji dan ic no -> settle

3. Baru lah korang boleh view by online. Log in ke website maybank seperti biasa, masuk di ‘account and banking’. Korang akan nampak bahagian ‘tabung gaji’

4. Bila dah tekan tabung haji tu akan keluar page macam ni pula. Jadi korang boleh buat transfer semudah abc. Nak transfer dari maybank ke th pun boleh, nak transfer masuk balik dalam akaun bank pun boleh. Pastinya ada charge RM1.06 untuk setiap transaksi ini.

5. Sebagai orang islam moh le kita register haji serendah RM1,300. Tapi duit ni kena lock tak boleh bawa keluar semula.

6. Jadi korang mula lah disiplin kan diri menyimpan tiap-tiap bulan. Tidak beerti duit ni ‘mudah’ di transfer keluar dan masuk korang tak boleh menyimpan. Tukar mindset, duit yang di simpan dilupakan seketika. Tiba masa baru lah kita gunakan untuk urusan yang lebih penting.

7. Bagi mereka yang bekerja sendiri pula takda epf macam saya. Maka tiap-tiap bulan ringankan jari jemari transfer duit dalam akaun epf.

8. Setakat ni Alhamdulillah saya belum pernah lagi skip simpan bulan-bulan dalam epf. Mungkin sekarang kita kuat bekerja dan rasa tak penting menyimpan untuk hari tua. Sebenarnya terbalik, waktu ni lah paling terbaik untuk kita simpan. Simpan sikit-sikit lama-lama berbukit simpanan hari tua kita.

9. Okay, korang mula log in website maybank2u seperti biasa. Masuk dalam column ‘Investment’. Tekan kat ‘EPF’

10. Orait korang perasan tak kat atas tu ada tulis summary, epf open payment, dan epf regitered payment?

11. Korang kena register dulu dalam website ni agar mudah untuk korang buat transfer selepas ni. Jadi lepas register akan keluar page macam ni.

12. Korang tekan kat epf registered payment terlebih dahulu, tekan kat ‘self contribution’ iaitu maksudnya bayaran caruman diri sendiri.

13. Tekan continue

14. Lepas tu korang terus masuk kan amount berapa banyak korang nak masuk. Kalau tak silap serendah RM50, (maaf tegur saya kalau silap part ni)

15. Style saya, saya masukkan ikut total income saya darab kan dengan 11%. Jadi mudah untuk saya tahu berapa income pada bulan tersebut memandang kan saya bekerja sendiri kan.

16. Untuk pengetahuan korang, lepas dah transfer ni epf akan ambil masa 1 hari untuk mereka update dalam website epf mereka. Jadi korang chill dulu lepas transfer tu, yang penting simpan rekod bayaran ok.

17. Okay yang ni pula melalui cimb clicks, mudah juga. Tekan kat column investment. Tekan kat epf bawak sekali tu k.

18. Korang save as favourite untuk no ahli kwsp, nama dan ic korang juga. Mudah lepas ni terus tekan favourite dan transfer. Masukkan amount dan terus submit.

19. Okay yang ni pula website epf. Ramai lagi tak tahu rupanya cara nak register website ni. Tak perlu susah-susah pergi cari machine epf, korang print sendiri je di rumah atau di office ok.

20. Tekan je kat mr google cari ‘kwsp i’

21. Tekan kat log in ahli bagi korang yang memang pernah ada kwsp sebelum ni okay

22. Untuk korang yang first time, tekan kat first time dan call kwsp. Beritahu yang korang first time dan nak register untuk kwsp i online. Diorang akan hantar msg kat telefon no korang.

23. Terus register tekan kat first time log in, masukkan details korang. Lepas tu tekan request tac no. Settle. Korang boleh view statement epf korang melalui website ni saja.

Sumber: FB Syafieqah A’lya

Tak Cukup RM1,300 Nak Daftar Haji?

Umum tahu bahawa kalau nak daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji, kita perlu mendepositkan RM1,300 ke dalam akaun Tabung Haji kita. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang belum cukup wang sebanyak itu?

Apa susah, follow je tips Cara Nak Daftar Haji Tanpa Mengeluarkan Duit. Dah, pergi daftar haji cepat-cepat. Semoga dapat pergi sewaktu muda, ketika badan masih kuat.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.