Tingkatkan Keuntungan Saham Melalui Strategi FUNPIT

Bila melibatkan diri dalam saham, semua orang pasti ingin dapatkan keuntungan. Tapi kita perlu sedar pelaburan pasti untung tanpa rugi itu hanya janji manis di mulut para scammers yang nak membaham duit anda. Untuk membuat untung dalam saham tak susah sebab cabaran yang lebih besar ialah bagaimana untuk kekal konsisten dalam membuat keuntungan.

Anda beruntung kerana admin Empayar Saham sudi berkongsi ilmu melalui video berdurasi selama 1 jam lebih. Kami kupaskan kandungan video ini kepada beberapa poin penting. Mengikut beliau, para traders sukar untuk kekalkan keuntungan secara konsisten kerana terlalu bergantung kepada teknik.

Melalui pengalaman dan bacaan, beliau telah memformulasikan proses atau strategi yang boleh digunakan untuk anda tingkatkan winning rate (kebarangkalian anda untuk membuat keuntungan) dalam trading. Stategi yang dinamakan sebagai Funnel Of Profitable Trade (FUNPIT) adalah merupakan susun atur aktiviti yang anda kena lalui untuk anda dapatkan profit.

Market

Sebelum anda decide untuk masuk dalam market pada hari tersebut, pastikan market tak ‘demam’. Sebagai pelabur runcit modal kita tak banyak, tetapi  nilai pasaran harian berbillion ringgit. Kalau market jatuh pada hari tersebut, sebagus mana pun trading set up anda kebarangkalian harga saham untuk jatuh sangat tinggi kerana sentiment buruk akan menarik harga kebawah.

Sektor / Tema

Pastikan kaunter yang anda pilih dalam kategori sektor/ tema yang tengah bullish.  Ketika video ini dirakamkan (Ogos 2017)  sektor teknologi dan industry masih lagi menjadi pilihan. Jadi pelabur runcit akan kejar dimana kebanyakan lubuk  duit berada.

Elakkan masuk dalam sektor yang tak popular sebab kalau anda masuk dalam sektor yang lembap, modal anda untuk berkembang juga akan lembap nak naik. Sebagai contoh sektor property sedang mengalami kelembapan disebabkan oleh lambakan rumah ‘mampu tengok’ dan bukannya rumah mampu milik.

Bagi yang malas membaca, cara paling mudah untuk anda tahu sektor yang hot adalah melalui trading platform.  Pilih untuk ‘filter by sector’, mana sektor yang paling banyak hijau, itulah sektor yang bullish.

Uptrend

Sebaik-baiknya pilih kaunter yang uptrend sebab keberangkalain untuk membuat keuntungan  jauh lebih tinggi berbanding  trade dalam kaunter downtrend dan sideways.  Penta, sentiasa mecipta new high.

Tak dinafikan memang ada orang yang boleh membuat keuntungan walaupun kaunter sedang downtrend. Tapi jika anda masih setahun jagung dan belum betul-betul faham turun naik market, ada banyak lagi kaunter uptrend yang anda boleh pilih. Kenapa nak perjudikan nasib trade dalam kaunter yang sedang downtrend atau sideway?.

Syarikat

Bagi traders, tidak perlu tekankan sangat dari sudut fundamental seperti gearing ratio, price to earning, dan sebagainya. Cukup sekadar mengetahui kaunter yang anda pilih itu sedang mencatatkan keuntungan. Cara paling mudah anda boleh semak di laman web malaysiastockbiz. Performance company dinilai melalui keuntungan yang terhasil. Bila profit meningkat, harga saham akan turut menaik.

Contoh kaunter mengalami kerugian :  HB Global Limited (HBGLOB) sebaliknya sedang mengalami kerugian akibat penyakit SARS. Akibatnya, ternakan terpaksa dihapuskan dan syarikat sedang mengalami kerugian.

Catalyst / Pemangkin

Catalyst adalah merupakan penggerak. Untuk sesuatu harga saham bergerak keatas ia mesti bersebab.  Some body must have pushing the price. Persoalannya, siapa yang menggerakkan harga dan bagaimana mereka membuat demikian? Dalam pasaran saham terdapat market mover yang terdiri daripada para pelabur institusi, sindiket, atau jerung. Mereka adalah yang pertama akan masuk dalam pasaran dan mula membeli ketika harga saham masih rendah.

Contoh catalyst yang akan menggerakkan harga pasaran ialah aktiviti corporate exercise seperti share buyback, right issue, stock split, bonus issue. Sesuatu syarikat menjalankan corporate exercise untuk menjana wang dari pasaran dan aktiviti sebegini selalunya akan menggerakkan harga saham terbabit.

Selain itu, news juga merupakan salah satu catalyst yang akan meggerakkan harga saham.

Price

  • Price Range: Sebaik-baiknya, pedagang dinasihatkan untuk membeli kaunter yang berharga 20 sen dan keatas. Ini kerana bagi syarikat yang harganya dibawah 20 sen, rata-rata kaunter berikut bermasalah dari sudut fundamental.
  • Price Movement: Seeloknya juga pilih kaunter yang pergerakannya senang diramal. Contoh seperti IQ Group

Price movement yang sekata dan senang diramal pergerakannya

Pergerakan naik turun yang todak sekata dan sukar diramal

  • Candle shape: Pilik bentuk candle yang dinamik, dimana ia berubah-ubah. Ini kerana kebarangkalian untuk teknikal analisis menjadi jika candle tersebut bersifat dinamik. Candle yang berubah-ubah ini menunjukkan wujudnya buy sell ataupun minat pembelian dan penjualan.

Contoh kaunter yang mempunyai candle yang perlu dielakkan: Kamdar, Bornoil

Volume

Sebelum anda mula trade, jika lihat kenaikan harga saham pastikan juga volume turut aktif. Selalunya volume bergerak mengikut trend, jika trend menaik volume juga akan turut meningkat. ini menunjukkan semakin tinggi harga semakin menarik minat orang ingin membeli. Terdapat juga kes dimana harga saham menaik tapi tak disertai dengan volume. Jika ini berlaku, elakkan daripada membeli kaunter tersebut.

Support

Support menunjukkan harga sokongan sesuatu saham apabila ia tidak akan jatuh ke bawah lagi. Digalakkan untuk membeli saham ketika signal buy at support kerana harga pada ketika itu lebih murah berbanding jika anda beli ketika breakout.

Confirmation

Menggunakan indicator yang bersesuaian untuk pengesahan sama ada harga saham akan menaik atau menurun.

Contoh penggunaan indicator RSI yang akan menunjukkan buy signal ketika menceceah 30 atau 50 dan sell signal ketika mencecah 70.

Money Management

Merujuk kepada berapa banyak wang yang anda perlu allocate untuk pelaburan atau perdagangan dalam saham. Jangan masukkan semua wang yang anda ada dalam satu kaunter. Amalkan diversification untuk mengawal risiko.

Money management juga menitik beratkan risk reward ratio atau nisbah risiko yang menunjukkan nisbah kerugian yang ditetapkan kepada nisbah keuntungan yang diharapkan. Kebanyakan trader menggunapakai nisbah 1:2 atau 1:3

Kesimpulannya disini, teknik semata-mata tidak akan menjamin konsistensi dalam menjana keuntungan saham. Jadi anda  perlu menguasai psychology, mempunyai trading plan dan money management untuk berjaya.

Kredit Video: Empayar Saham

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

22 Firma AS Sertai Misi Pelaburan Ke Malaysia, Tinjau Peluang Pelbagai Sektor

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) — Kira-kira 22 firma Amerika Syarikat (AS) menyertai misi pelaburan di Malaysia, meninjau peluang pelaburan merentasi pelbagai sektor dan menjadi usaha memperkukuh perniagaan dengan ASEAN yang berpotensi muncul ekonomi keempat terbesar dunia menjelang akhir dekad ini.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan AS-ASEAN (US-ABC), Brian McFeeters berkata sektor itu merangkumi kecerdasan buatan (AI), tenaga, perkhidmatan kewangan dan insurans.

Beliau berkata syarikat AS pada masa ini sudah beroperasi di Pulau Pinang dan Johor serta meninjau peluang untuk mengembangkan lagi operasi masing-masing.

Antara objektif misi itu adalah mendapatkan bantuan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam aspek seperti permit, kemudahan pengawalseliaan dan menarik bakat atau tenaga kerja untuk mengembangkan operasi.

“Menerusi bantuan yang tepat, kami dapat mempercepatkan lagi pengembangan kami selain meningkatkan pelaburan di Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program The Nation terbitan Bernama TV bertajuk “ASEAN Trade Strategy” yang dikendalikan oleh hos Gerard Ratnam.

Menurut laman sesawang AS-ABC, misi tiga hari itu bermula pada 12-14 Mei, 2026.

Menjelaskan selanjutnya, McFeeters berkata misi pelaburan yang telah mengunjungi Vietnam, Filipina dan Singapura selain negara-negara ASEAN di masa akan datang, melibatkan penyertaan syarikat baharu dan sedia ada yang berminat mengembangkan operasi mereka.

“Menerusi sokongan yang tepat, kami dapat mempercepatkan pengembangan operasi dan memperdalam pelaburan kami di Malaysia,” katanya.

McFeeters berkata AS-ABC turut mengatur mesyuarat dengan beberapa kementerian, termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA); Kementerian Pendidikan Tinggi: Kementerian Digital selain Khazanah Nasional Bhd.

Beliau berkata misi itu juga berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesi mesyuarat itu, katanya, dapat memberi peluang kepada firma terbabit meningkatkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia selain mengukuhkan hubungan dalam sektor berkaitan.

Pada masa sama, misi itu juga berharap dapat membantu dari segi memudah cara perniagaan AS beroperasi di Malaysia. “Misi ini juga menunjukkan perniagaan AS kekal komited terhadap pasaran ASEAN walaupun dalam ketidaktentuan semasa, termasuk membabitkan tenaga dan persoalan melibatkan tarif,” katanya.

Data laman sesawang Pejabat Perwakilan Perdagangan AS menunjukkan perdagangan Malaysia dan AS dianggarkan bernilai US$88.5 bilion (US$1 = RM4.92) pada 2025.

Eksport AS ke Malaysia pada tahun lepas berjumlah US$28.9 bilion atau meningkat 4.5 peratus daripada US$1.2 bilion pada 2024 manakala import AS ke Malaysia pula berjumlah US$59.7 bilion pada 2025 iaitu peningkatan 13.7 peratus daripada US$7.2 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, AS-ABC turut memperkenalkan satu pelan strategik “Advancing ASEAN: A Strategic Action Plan Supporting The Philippines 2026 Chairship” sebagai cadangan dasar yang boleh memberi manfaat kepada ASEAN serta perniagaan AS.

Pelan itu antara lainnya menggariskan cadangan sektor swasta AS-ABC yang dirangka dengan kerjasama ASEAN-BAC Filipina dan terhasil daripada pertukaran pandangan dengan kerajaan Filipina yang melibatkan lima tonggak strategik.

“Asas pelan itu adalah daripada lima kertas perbincangan dengan setiap satunya dibincangkan dalam sesi meja bulat khusus dari Mac hingga April 2026 bersama agensi kerajaan, rakan sekutu pembangunan dan masyarakat awam.

“Ini bukan bertujuan menyelesaikan keseluruhan agenda dengan satu tahun kepengerusian, sebaliknya mewujudkan asas-asas institusi dan menghasilkan kerja-kerja teknikal yang boleh diteruskan oleh kepengerusian Singapura pada 2027 dan seterusnya Thailand pada 2028,” menurut AS-ABC.

— BERNAMA