Peluang Pelaburan Persaraan Melalui PRS (Private Retirement Scheme)

Private Retirement Scheme (PRS) atau Skim Persaraan Swasta merupakan sebuah skim simpanan dan pelaburan jangka masa panjang secara sukarela yang ditubuhkan bagi menambah simpanan dana persaraan. Ia merupakan pilihan tambahan bagi rakyat Malaysia sama ada yang bekerja di sektor awam atau swasta juga bagi mereka yang bekerja sendiri.

Di Malaysia, badan yang melindungi kepentingan PRS dan mendidik orang ramai mengenainya  ialah Private Pension Administrator (PPA). PPA telah dilancarkan serentak dengan penubuhan PRS pada 18 Julai 2012.

PRS diwujudkan untuk memastikan setiap orang dewasa produktif yang masih muda dan generasi Malaysia akan datang mempunyai tabungan dan simpanan aset kewangan mencukupi menjelang persaraan mereka.

Ia mengikut model seperti KWSP yang mempunyai 2 akaun iaitu Sub Account A (70% caruman) dan Sub Account B (30% caruman). Caruman dalam PRS bersifat sukarela berbanding KWSP yang merupakan caruman wajib setiap bulan.

Setiap dana yang ditawarkan melalui PRS juga memberi pilihan kepada pelabur untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat kewangan dan toleransi risiko mereka sendiri. Berbanding KWSP, pencarum tidak mempunyai kebebasan untuk memilih jenis-jenis dana.

3 tetapan dana teras dalam PRS menawarkan campuran pakej yang menyediakan pertumbuhan, sederhana dan konservatif serta pulangan berdasarkan tahap kehidupan yang berkembang ke arah persaraan. Contoh pembahagian seperti berikut:

Kategori DanaPeruntukan Aset
PertumbuhanMaksimum 70 peratus dalam ekuiti; 30 peratus dalam debentur / pendapatan tetap dan kaedah pasaran wang
SederhanaMaksimum 60 peratus dalam ekuiti; 40 peratus dalam debentur / pendapatan tetap dan kaedah pasaran wang
Konservatif80 peratus dalam kaedah pendapatan debentur / pendapatan tetap yang minimum iaitu 20 peratus mestilah dalam kaedah pasaran wang dan maksimum 20 peratus dalam ekuiti

Setakat ini terdapat 9 penyedia PRS yang telah diluluskan oleh Sekurtiti Malaysia iaitu:

Di antara kelebihan lain dana PRS adalah anda boleh memilih untuk menyumbang kepada satu (1) atau lebih Penyedia PRS. Di bawah setiap Penyedia PRS, anda boleh memilih untuk melabur dalam satu (1) dana atau lebih dengan menyumbang berdasarkan tetapan pilihan (pemilihan berdasarkan umur) atau memilih dana berdasarkan pilihan anda.

Ingatlah bahawa membuat permulaan simpanan seawal yang akan memberikan kesan yang besar kepada jumlah simpanan untuk persaraan anda.

Sumber rujukan dan kredit gambar:  Private Pension Administrator Malaysia (PPA)

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Trend Menurun Semakin Menguat Semasa Fasa Mendatar

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan yang mendadak pada hari Jumaat lalu apabila jatuh MYR26 untuk
ditutup pada harga MYR4,480. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras harga MYR4,516. Ia kemudiannya mencatat paras tertinggi intrahari pada MYR4,520 sebelum kegiatan penjualan tinggi berlaku dan mengheretnya ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,460. Ia kemudian menutup dagangan pada paras MYR4,480 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan bahawa tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan harga ini menunjukkan komoditi sekarang bergerak ke paras sokongan MYR4,390 dan terus-menerus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga masih berada jauh dalam zon menurun yang menandakan rentak menurun adalah kuat dan mungkin akan berlarutan. FCPO sekarang dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana mereka yang menantikan penurunan harga jelas mempunyai kawalan.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh berada pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,390 dan diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang berada pada MYR4,600 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,700.