Wah, Universiti Malaya Juga Melabur Di Bursa Malaysia!

Macam tak percaya pula sebuah universiti awam merupakan di antara pelabur terbesar dalam syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia? Dah kenapa pula sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terkenal seperti Universiti Malaya (UM) nak menjadi pelabur saham?

Sebelum kita mula, apa kata kita tengok dulu siapakah Ewein yang dimaksudkan?

Ewein Mempunyai Pejabat Di Pulau Pinang

Sumber: Bursa Marketplace

Jika baca di forum-forum, syarikat Ewein Berhad ini dikatakan berkait rapat dengan Bekas Menteri Besar Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng yang kini memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa Perniagaan Yang Dijalankan Ewein?

Sumber: Laman Web Ewein

Ewein ditubuhkan oleh Dato’ Ewe Swee Kheng pada tahun 1990 dan pada asalnya terlibat dalam industri pembuatan komponen elektronik. Seterusnya syarikat menceburkan diri dalam industri hartanah pada tahun 2009. Adakah secara kebetulan setelah YB Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2008?

Dan pada tahun 2017 pula, mula menceburkan diri dalam industri e-commerce, yang akan mengambil bahagian dalam Digital Free Trade Zone (DFTZ) apabila siap kelak.

Siapa Pengarah Ewein?

Sumber: Laman Web Ewein

Siapa Pemegang Saham Top 10 Ewein?

Sumber: Bursa Marketplace

Perasan tak nombor 10 adalah Universiti Malaya? Dengan memegang saham Ewein sebanyak 1.61 juta unit pada 6 Jun 2018, iainya bernilai:

1.61 juta unit * RM0.795 harga seunit = RM1.28 juta

Di tempat pertama iaitu Hijauwasa Sdn. Bhd. adalah syarikat milik Dato’ Ewe Swee Kheng.

Manakala di tempat kedua iaitu Med-Bumikar Mara Sdn. Bhd adalah milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan 6 keluarga lain. Mereka ini jugalah yang memiliki sebahagian besar MBM Resources Berhad yang turut tersenarai di Bursa Malaysia – yang memiliki syarikat kereta nasional Perodua.

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: The Star

Universiti Malaya Untung Besar Selepas PRU-14

Kalau tujuan Universiti Malaya untuk melabur ke dalam Ewein adalah untuk menjana pendapatan tambahan, maka memang untung besarlah UM. Ini kerana sehari selepas pasaran saham dibuka semula selepas PRU-14, harga saham Ewein telah naik sebanyak RM.0265 atau 67.9%.

Sumber: Bursa Marketplace

Boleh baca selanjutnya di Saham-saham Yang Naik Ke Bulan Sehari Selepas PRU-14.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengangkutan: Keputusan Menepati Jangkaan, Tekanan Kos Bahan Api Mereda

Saranan WAJARAN TINGGI dikekalkan; Saham Pilihan Utama: Westports

Daripada tiga saham pengangkutan dan logistik yang kami kaji, Westports dan FM Global Logistics (FM) melaporkan keputusan kewangan yang menepati jangkaan, sedangkan perolehan teras FY26 (Mac) oleh TASCO gagal mencapai jangkaan kami. Melihat ke masa hadapan, kami meramalkan Westports untuk muncul sebagai penerima manfaat utama sekiranya genjatan senjatan di Asia Barat masih berlangsung, memandangkan harga-harga bunker dan diesel yang lebih rendah akan merendahkan kos-kos operasi. Dalam keadaan sebaliknya, kesan terhadap pengendali pengangkutan barangan secara amnya neutral kerana surcaj bahan api selalunya dialihkan kepada pengguna

Keputusan 1Q26 oleh Westports menepati jangkaan

Pertumbuhan YoY berpunca daripada kenaikan tarif secara berturutan. Walaupun impak penuh daripada peningkatan kos bahan api diramalkan dirasai pada 2Q26, kami percaya kesannya akan dapat dikawal kerana kenaikan tarif lebih daripada cukup untuk menampung kos-kos bahan api yang lebih tinggi.

FM menepati jangkaan namun TASCO tersasar

Untung teras sepanjang 9MFY26 (Jun) yang dicatatkan oleh FM mencapai jangkaan kami tetapi sedikit melepasi ramalan konsensus akibat GPM lebih kukuh dan kadar cukai berkesan (ETR) lebih rendah. Perolehan teras FY26 oleh TASCO sebaliknya gagal mencapai ramalan kami ekoran sumbangan perniagaan rantaian bekalan sejuk (CSC) yang lebih rendah daripada yang dijangkakan, selepas penarikan diri pelanggan-pelanggan F&B

Prospek

Keadaan konflik Asia Barat yang semakin mereda sepatutnya dapat menstabilkan harga minyak dan bahan api bunker, sekali gus mengurangkan kos operasi Westports yang mendapatkan diesel pada harga bukan bersubsidi untuk kegunaan kapal tunda, lori, dan kren kontenanya. Tambahan itu, tahap penggunaan bahan apinya dijangka akan menurun sekitar 10% pada 4Q25 susulan pengerahan 60 buah lori elektrik menjelang 3Q26. Sementara itu, syarikat ini dikecualikan daripada mekanisme Pelarasan Bahan Api Secara Automatik (AFA), lantas menghalangnya daripada terkena sebarang tempias kenaikan kos elektrik susulan konflik Asia Barat.

Kesesakan pelabuhan yang berlaku pada Jan 2026 sudahpun selesai sepenuhnya, dengan daya pemprosesan bagi Apr 2026 meningkat 3% YoY dan kadar penggunaan kawasan simpanan kontena baik pada kira-kira 70-80%. Sehubungan dengan itu, kami mengekalkan ramalan pertumbuhan daya pemprosesan pada 4.5% YoY yang menepati unjuran pihak pengurusan yang sama pada angka berdigit tunggal rendah.

Saham Pilihan Utama sektor

Kami bertindak mengekalkan saranan WAJARAN TINGGI terhadap sektor ini, selaras dengan saranan BELI yang diberikan kepada saham terbesar sektor. Westports masih menjadi Saham Pilihan Utama sektor kami. Kami terus menyukai saham ini disebabkan oleh

i) kenaikan berturutan dalam kadar tarif yang mengatasi kenaikan kos bahan api

ii) kadar kepadatan kawasan simpanan kontena yang baik yang berlegar kira-kira 70-80

iii) pertumbuhan jumlah pengangkutan yang bertahan, disokong oleh aliran perdagangan intra-Asia.

Oleh itu, kami menyarankan para pelabur untuk mengumpul saham ini semasa harga rendah kerana kami percaya risiko-risiko konflik sudah dimasukkan dalam penilaian. Westports diniagakan pada P/E kira-kira 16x untuk FY27F, dan kami masih menjangkakan adanya potensi untuk kenaikan sekiranya Kerajaan melaksanakan mekanisme pengalihan kos bahan api walaupun garis masa untuk pelaksanaan ini masih tidak jelas buat masa sekarang

Risiko-risiko utama

Jumlah TEU lebih rendah daripada jangkaan dan kos-kos operasi lebih tinggi daripada yang diramalkan.

Penganalisis
John Liew +603 2302 8105 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.