Wah, Universiti Malaya Juga Melabur Di Bursa Malaysia!

Macam tak percaya pula sebuah universiti awam merupakan di antara pelabur terbesar dalam syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia? Dah kenapa pula sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terkenal seperti Universiti Malaya (UM) nak menjadi pelabur saham?

Sebelum kita mula, apa kata kita tengok dulu siapakah Ewein yang dimaksudkan?

Ewein Mempunyai Pejabat Di Pulau Pinang

Sumber: Bursa Marketplace

Jika baca di forum-forum, syarikat Ewein Berhad ini dikatakan berkait rapat dengan Bekas Menteri Besar Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng yang kini memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa Perniagaan Yang Dijalankan Ewein?

Sumber: Laman Web Ewein

Ewein ditubuhkan oleh Dato’ Ewe Swee Kheng pada tahun 1990 dan pada asalnya terlibat dalam industri pembuatan komponen elektronik. Seterusnya syarikat menceburkan diri dalam industri hartanah pada tahun 2009. Adakah secara kebetulan setelah YB Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2008?

Dan pada tahun 2017 pula, mula menceburkan diri dalam industri e-commerce, yang akan mengambil bahagian dalam Digital Free Trade Zone (DFTZ) apabila siap kelak.

Siapa Pengarah Ewein?

Sumber: Laman Web Ewein

Siapa Pemegang Saham Top 10 Ewein?

Sumber: Bursa Marketplace

Perasan tak nombor 10 adalah Universiti Malaya? Dengan memegang saham Ewein sebanyak 1.61 juta unit pada 6 Jun 2018, iainya bernilai:

1.61 juta unit * RM0.795 harga seunit = RM1.28 juta

Di tempat pertama iaitu Hijauwasa Sdn. Bhd. adalah syarikat milik Dato’ Ewe Swee Kheng.

Manakala di tempat kedua iaitu Med-Bumikar Mara Sdn. Bhd adalah milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan 6 keluarga lain. Mereka ini jugalah yang memiliki sebahagian besar MBM Resources Berhad yang turut tersenarai di Bursa Malaysia – yang memiliki syarikat kereta nasional Perodua.

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: The Star

Universiti Malaya Untung Besar Selepas PRU-14

Kalau tujuan Universiti Malaya untuk melabur ke dalam Ewein adalah untuk menjana pendapatan tambahan, maka memang untung besarlah UM. Ini kerana sehari selepas pasaran saham dibuka semula selepas PRU-14, harga saham Ewein telah naik sebanyak RM.0265 atau 67.9%.

Sumber: Bursa Marketplace

Boleh baca selanjutnya di Saham-saham Yang Naik Ke Bulan Sehari Selepas PRU-14.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.