Bagaimana Caranya Pelabur Beli Saham Untuk Meraih Keuntungan?

Pastinya ramai di kalangan pelabur saham di Bursa Malaysia yang masih tercari-cari cara yang sesuai untuk mereka membeli saham dan menjana pendapatan yang konsisten.

Sebagai seorang pelabur saham, keuntungan adalah penting bagi memastikan modal kita berkembang. Ada yang beranggapan bahawa untuk meraih keuntungan adalah dengan membeli kemudian menyimpan saham tersebut untuk satu tempoh jangka masa panjang.

Terdapat banyak cara untuk kita beli saham untuk menjana pendapatan. Apa yang penting, anda perlu peka dan sentiasa mendapatkan maklumat semasa berkaitan pasaran saham terutama mengenai syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

1. Membeli Saham Ketika Dalam Trend Menaik

Dalam pasaran saham, kita hanya boleh meraih keuntungan dalam pasaran menaik. Sama ada kita ‘buy low sell high’ atau ‘buy high sell higher’.

Oleh itu, peluang untuk kita menjana keuntungan adalah lebih besar apabila harga saham sedang uptrend. Tetapi perlu berhati-hati juga.

Bagi mereka yang kurang ilmu dan pengalaman, ianya boleh jadi satu perangkap yang juga dikenali sebagai ‘bull trap’. Harga saham dah naik banyak, kita pula tersilap beli di puncak.

Kesudahannya harga saham jatuh semula dan kita menanggung kerugian.

Tetapi sekiranya saham yang dibeli itu mempunyai Fundamental yang cantik, tunggu masa saja untuk ianya naik semula.

2. Membeli Saham Ketika Pasaran Jatuh

Ada juga golongan pelabur dan pedagang saham yang menunggu harga saham jatuh. Mereka ini akan membeli saham-saham yang berada di dalam fasa kejatuhan di mana berlakunya terlebih jualan.

Seperti yang kita tahu, saham ada naik dan turunnya. Setiap yang naik pasti akan jatuh dan setiap yang jatuh pasti akan naik semula.

Jemput baca kisah Humphrey Bancroft Neill: Asal-Usul Pelaburan Contrarian, untuk mengenali jenis pelabur yang suka melawan arus. Orang sedang panik menjual, ada yang panik membeli pada harga rendah.

3. Jual Beli Saham Setiap Hari

Kebiasaannya, aktiviti jual beli saham secara harian (intraday) ini sangat digemari oleh pelabur runcit. Biasanya sasaran mereka adalah saham-saham murah di bawah harga RM1.

Nak naik cepat, nak jatuh pun cepat. Dalam erti kata lain, saham kena goreng. Syarikat yang tak mempunyai fundamental yang bagus, tiba-tiba naik banyak dengan volume yang tinggi.

Nak beli saham sebegini boleh, tapi memang kena berhati-hati dan tak boleh pegang lama. Ilmu dan pengalaman pun kena padu.

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Ramai kata mudah faham. Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

https://www.facebook.com/watch/?v=1322166808601507

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PATAMI Bursa Malaysia Bagi 1Q2026 Meningkat 6.4% Tahun Ke Tahun Kepada RM72.8 Juta

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia memulakan 2026 dengan prestasi suku pertama yang kukuh, disokong oleh aktiviti pasaran teras yang teguh serta momentum berterusan dalam inisiatif untuk memperkukuh penyertaan dan kemeriahan pasaran.

Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (“1Q2026”), Bursa Malaysia mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai, Zakat dan Kepentingan Minoriti (“PATAMI”) sebanyak RM72.8 juta, mewakili peningkatan 6.4% tahun ke tahun (“YoY”) berbanding suku yang sama tahun lalu. Hasil operasi meningkat 16.4% YoY kepada RM206.9 juta, terutamanya disokong oleh aktiviti dagangan sekuriti yang lebih tinggi serta peningkatan yuran penyenaraian dan penerbit. Sebaliknya, perbelanjaan operasi meningkat 24.2% kepada RM115.3 juta, sebahagian besarnya disebabkan oleh yuran berkaitan kawal selia yang lebih tinggi serta perbelanjaan berterusan dalam bakat dan teknologi.

Dalam Pasaran Sekuriti, Purata Nilai Dagangan Harian bagi Dagangan Pasaran meningkat 27.0% YoY kepada RM3.3 bilion, disokong oleh penyertaan meluas merentas segmen pelabur. Aktiviti pengumpulan dana adalah memberangsangkan pada 1Q2026, dengan 16 IPO merentasi Pasaran MAIN, ACE dan LEAP. Jumlah permodalan pasaran meningkat 11.4% YoY, mencecah RM2.1 trilion pada 1Q2026.

Pasaran Derivatif turut menyumbang secara stabil kepada prestasi pada 1Q2026, dengan Purata Kontrak Harian yang didagangkan meningkat 5.2% YoY kepada 107,487 kontrak, sebahagian besarnya didorong oleh jumlah kontrak FCPO yang lebih tinggi serta aktiviti lindung nilai oleh peserta. Bursa Malaysia melancarkan Mini FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures pada 26 Januari sebagai sebahagian daripada strategi inovasi produknya, di samping meneruskan penglibatan industri melalui Persidangan & Pameran Tinjauan Harga Minyak Sawit dan Laurik ke-37.

Dalam Pasaran Islam, Bursa Suq Al-Sila’ (“BSAS”) merekodkan Purata Nilai Harian sebanyak RM50.7 bilion, disokong oleh penyertaan dan kecairan yang meluas. Pada 2 Januari 2026, jumlah nilai dagangan di BSAS mencapai rekod RM172.7 bilion. Selain itu, pengembangan BSAS ke Sri Lanka meningkatkan kehadiran antarabangsanya kepada 29 negara. Permintaan pelabur terhadap produk patuh Syariah diperkukuh apabila dana dagangan bursa patuh Syariah mencapai rekod aset di bawah pengurusan sebanyak RM1.05 bilion pada Februari 2026.

Hasil bukan dagangan, yang menyumbang 38.0% daripada jumlah hasil operasi, meningkat 19.3% YoY kepada RM79.3 juta, disokong oleh yuran penyenaraian tahunan yang lebih tinggi serta aliran hasil berulang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Dato’ Fad’l Mohamed berkata, “Bursa Malaysia mencatat permulaan tahun yang positif, dengan aktiviti dagangan lebih tinggi dan saluran penyenaraian yang kukuh, mencerminkan keyakinan terhadap pasaran modal Malaysia.

“Berdasarkan prestasi ini, keutamaan pembangunan pasaran terus dipacu untuk memperkukuh kualiti, kebolehcapaian dan keluasan ekosistem pasaran modal. Ini termasuk langkah untuk meningkatkan keterlihatan pasaran ekuiti melalui indeks Bursa Malaysia Quality 50 dan Quality 50 Shariah, meluaskan akses kepada derivatif melalui Mini FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures, serta memperkukuh hubungan rentas sempadan melalui kerjasama dengan Hong Kong Exchanges and Clearing Limited.”

Mengulas mengenai prospek, Dato’ Fad’l berkata, “Seiring 2026 berkembang, pasaran modal Malaysia terus beroperasi dalam persekitaran domestik yang berdaya tahan, disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang stabil dan kepastian dasar. Dengan unjuran pertumbuhan KDNK antara 4.0% hingga 5.0%, latar belakang ini menyediakan asas yang konstruktif untuk pelaburan dan aktiviti pasaran modal. Dalam landskap ini, Bursa Malaysia kekal fokus melaksanakan peranannya sebagai pengendali pasaran yang dipercayai, memperkukuh kemeriahan pasaran dan menyokong pembentukan modal mampan bagi memenuhi keperluan pelabur, penerbit dan ekonomi secara keseluruhan yang sentiasa berkembang.”

Keputusan kewangan bagi 1Q2026 boleh didapati di laman web Bursa Malaysia di
https://bursa.listedcompany.com/home.html

1Q2026 (RM juta)1Q2025 (RM juta)Perubahan peratus (%)
Hasil operasi206.9177.716.4
Pendapatan lain7.26.77.4
Jumlah hasil214.1184.416.1
Jumlah perbelanjaan operasi(115.3)(92.9)24.2
Keuntungan daripada operasi98.891.57.9
Kos kewangan(0.1)(0.1)
Keuntungan sebelum cukai dan zakat98.791.47.9
Perbelanjaan cukai pendapatan dan zakat(26.4)(23.4)12.6
Keuntungan bagi tempoh tersebut72.368.06.3
Kepentingan minoriti0.50.425.3
PATAMI72.868.46.4