Ikat Kasih Sayang Dengan Hibah

Kekayaan boleh dilihat dalam beberapa bentuk. Salah satu daripadanya adalah dengan berasa bersyukur di atas nikmat harta dan kesenangan yang telah Allah berikan. Apabila kita bersyukur, maka semakin banyak nikmat yang akan dikurniakan.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

– (Surah Ibrahim Ayat 7)

Tetapi kekayaan juga boleh menjadi ujian bagi sesetengah orang. Adakah kita akan membelanjakannya ke jalan Allah, atau menggunakannya untuk berseronok saja? Beli rumah besar, kereta mewah – tetapi bila ada orang datang minta bantuan, kita buat tak tahu saja.

Lihat sahaja bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat yang membelanjakan harta yang melimpah ruah ke jalan Allah untuk membantu orang-orang miskin yang tidak berkemampuan. Harta yang dimiliki bukanlah milik mutlak kita tetapi ada sebahagian daripadanya untuk diberi kepada golongan yang memerlukan.

Pasti kita pernah dengar istilah hibah, di kalangan ejen-ejen Takaful. Apabila kita meninggal dunia nanti, kita tinggalkan sedikit harta kepada waris untuk meneruskan kehidupan.

Apa Itu Hibah Daripada Sudut Bahasa?

Ianya merupakan pemberian yang berbentuk hadiah atau sedekah.

Apa Itu Hibah Daripada Sudut Syarak?

Ianya merupakan suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada yang lain pada masa hidupnya tanpa mengharapkan sebarang balasan daripda penerima.

Pemberian yang diberikan bukan disebabkan oleh tanggungjawab tetapi ianya lebih kepada hadiah yang dapat dimanfaatkan kepada penerima.

Jenis Harta Yang Boleh Dihibahkan

1. Barang yang hendak dihibahkan tersebut mestilah wujud dan ada ketika ingin dihibahkan

2. Barang yang hendak dihibahkan tersebut mestilah mempunyai nilai dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Tidak sah sekiranya barang yang diberikan adalah arak, darah mahupun bangkai.

3. Barangan yang hendak dihibahkan tersebut mestilah hak milik sah si pemberi hibah dan bukannya milik orang lain

Rukun Hibah

Dua pihak iaitu pemberi dan penerima hibah perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

1. Pemberi mestilah pemilik kepada barangan yang hendak diberikan kepada penerima.

2. Pemberi mestilh layak untuk memberi sumbangan, iaitu pemberi bukanlah dalam golongan kanak-kanak ataupun orang gila.

3. Mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menggunakan hartanya

Sighah hibah adalah lafaz dan perbuatan yang yang membawa kepada pemberian dan penerimaan hibah.

Lafaz Secara Terang

‘’aku berikan barang ini kepadamu’’

Lafaz Secara Jinayah

‘’aku telah memberikan hak milik kepdamu’’

Lafaz Hijab Secara qabul

‘’aku redha’’ / ‘’aku terima’’

Kesimpulannya, hibah bertujuan untuk menzahirkan kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Rukun hibah pula ada 4 iaitu:

  • Pemberi hibah;
  • Penerima hibah;
  • Barang yang dihibah; dan
  • Sighah (lafaz akad hibah)
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Generali Malaysia Lancar Pelan Perlindungan Baharu untuk Keluarga Kurang Berkemampuan

Kuala Lumpur – Generali Malaysia, dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (“AmanahRaya”), Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, hari ini melancarkan Gen Sinar, pelan insurans kemalangan diri mampu milik yang direka untuk memperkasa keluarga kurang berkemampuan dengan perlindungan kewangan. Pelan ini bertujuan memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Generali Malaysia ini diadakan di Kompleks Komuniti Muhibbah dan dihadiri oleh AmanahRaya, wakil Kedutaan Itali di Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia(PIAM), rakan UNDP, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin komuniti, ahli media dan masyarakat  tempatan

Gen Sinar dibangunkan berasaskan pemahaman terhadap cabaran dan aspirasi komuniti kurang berkemampuan yang sentiasa berusaha memastikan anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan yang lebih baik. Walaupun keperluan asas harian terus menjadi keutamaan bagi kebanyakan keluarga, terutamanya keluarga dengan penyara tunggal, mereka juga memikirkan kestabilan kewangan jangka panjang dan situasi tidak dijangka yang boleh menjejaskan sumber pendapatan dan kesejahteraan keluarga

Di Malaysia, akses terhadap perlindungan kewangan yang mencukupi dan mampu milik bagi keluarga kurang berkemampuan masih terhad, sekali gus mewujudkan jurang perlindungan yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko kewangan yang tidak dijangka. Menyedari cabaran ini, Gen Sinar diperkenalkan bagi membantu merapatkan jurang tersebut dengan menyokong kesinambungan pendidikan anak-anak dan memperkukuh daya tahan kewangan keluarga untuk masa hadapan.

“Gen Sinar bukan sekadar pelan insurans, malah satu inisiatif perlindungan sosial berteraskan matlamat yang dibangunkan berasaskan model bukan untung. Kami berkongsi aspirasi komuniti dan percaya bahawa pendidikan ialah kunci dalam memutuskan kitaran kemiskinan. Dengan menjadikan perlindungan lebih mudah diakses oleh keluarga yang kurang berkemampuan, kami berhasrat untuk memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan pendidikan walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar,” ujar Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad.

Gen Sinar diwujudkan dengan matlamat untuk membantu melindungi masa hadapan kanak-kanak melalui sokongan pendidikan yang berterusan. Matlamat ini selaras dengan The Human Safety Net (THSN), sebuah gerakan global Generali yang komited untuk memperkasa komuniti rentan. Dengan bayaran serendah RM91.28 bagi tahun pertama dan RM59.40 bagi tahun-tahun berikutnya termasuk duti setem, kos penyerahan mutlak dan surat ikatan amanah serta cukai perkhidmatan 8%, Gen Sinar menyediakan sokongan kewangan yang praktikal bagi membantu keluarga yang berdepan situasi tidak dijangka. Sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan, pelan ini menyediakan manfaat bayaran sekali gus sebanyak RM20,000 bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga. Selain itu, setiap anak turut layak menerima elaun pendidikan bulanan sebanyak RM250 sehingga berumur 18 tahun, dengan jumlah manfaat keseluruhan sehingga RM100,000.       

Selain itu, Gen Sinar turut menawarkan manfaat rundingan teleperubatan percuma bagi isu kesihatan fizikal dan mental yang bertujuan membantu komuniti kurang berkemampuan mendapatkan akses awal kepada nasihat perubatan. Melalui kemudahan ini, peserta dan ahli keluarga mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pengamal perubatan yang berkelayakan menerusi panggilan telefon atau video. Kemudahan ini menyediakan sehingga dua sesi rundingan setahun dengan nilai manfaat sehingga RM60 bagi setiap sesi, sekali gus membantu memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih mudah dan mampu milik.

Semua manfaat pendidikan di bawah Gen Sinar diuruskan oleh AmanahRaya selaku Pemegang Amanah. Inisatif ini mencerminkan kerjasama erat antara Generali dan AmanahRaya yang dibina berlandaskan aspirasi bersama untuk memperkukuh kesejahteraan komuniti dan masa hadapan anak-anak. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak komited untuk memastikan dana yang diperuntukkan dilindungi, diurus secara telus dan dipegang secara amanah bagi tujuan pendidikan anak-anak.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama bagi memastikan keluarga kurang berkemampuan tidak ketinggalan dalam mendapatkanperlindungan kewangan dansokongan pendidikan untuk anak-anak mereka. Sebagai Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, AmanahRaya memikul tanggungjawab yang lebih luas, bukan sahaja dalam melindungi kepentingan benefisiari, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti secara lebih menyeluruh. Melalui Gen Sinar, kami berharap dapat memberikan ketenangan fikiran kepada keluarga yang memerlukan, di samping memastikan dana yang diperuntukkan bagi pendidikan anak-anak dilindungi dan diurus dengan telus untuk manfaat masa hadapan  mereka,” ujar Jack Yap Ngee Heong, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan Amanah Raya Berhad.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gen Sinar, sila layari https://www.generali.com.my/travel-personal-accident/gen-sinar-bm