Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Julai 2018

Indeks FMBKLCI sangat suram di mana kita menyaksikan penjualan tanpa henti pelabur-pelabur asing daripada pasaran Malaysia, sehingga kita menyaksikan bagaimana Bursa Malaysia telah jatuh ke paras 1-Year Low yang baru.

Namun, semuanya berakhir pada bulan Julai apabila kita dapat melihat Bursa Malaysia membuat reversal – dan terkini pada bulan Ogos, jerung-jerung asing mula memasuki semula ke pasaran. Walaupun begitu, tatkala pasaran saham tengah meriah sekalipun; ada yang mengalami kerugian besar.

Jom kita sama-sama tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Untuk Bulan Julai 2018 seperti di bawah:

Sumber: iSaham Screener

1. Vivocom International Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

2. TFP Solutions

Sumber: Bursa Marketplace

3. Knusford Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

4. JAKS Resources

Sumber: Bursa Marketplace

5. Lay Hong

Sumber: Bursa Marketplace

6. EA Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. Tafi Industries

Sumber: Bursa Marketplace

8. Chemical Company of Malaysia (CCM)

Sumber: Bursa Marketplace

9. Kanger International

Sumber: Bursa Marketplace

10. Nexgram Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Bursa Malaysia Kembali Pulih

Daripada senarai di atas, kita dapat lihat bagaimana kerugian yang dicatatkan tidak sebesar bulan-bulan sebelum ini. Namun begitu, apabila pasaran saham kelihatan hijau – masih ada yang akan alami kerugian. Diingatkan untuk terus berpegang kepada Trading Plan dan follow Cut Loss masing-masing.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Julai 2018 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti 52 Weeks High Screener, All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, Magic Formula Investing dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minyak & Gas Bersepadu: 1Q26: Saham Teras Perkukuh Musim Keputusan Menepati Jangkaan

Saranan WAJARAN TINGGI dikekalkan; Saham Pilihan Utama: MISC

Pemeteraian perjanjian damai antara AS-Iran baru-baru ini berjaya meredakan kebimbangan tentang gangguan bekalan yang berpanjangan di Asia Barat; kami tidak menjangkakan harga akan kembali surut kepada paras sebelum konflik. Usaha-usaha baik pulih yang sedang dijalankan pada prasarana rosak, pemulihan kapasiti secara berperingkat, dan penormalan rantai bekalan mungkin dapat menyokong harga dalam jangka dekat.

Walaupun minyak mentah Brent sudahpun turun daripada paras tertinggi baru-baru ini, kami meramalkan harga untuk terus terkawal pada paras kirakira USD80/tong sebelum ia beransur-ansur surut ke paras biasa. Kami mengekalkan saranan yang sama pada sektor ini dan andaian-andaian harga bagi 2026-2027 tetap tidak berubah pada USD82.50 dan USD72/tong.

Keputusan menepati ramalan

Sembilan syarikat bawah liputan kajian kami melaporkan keuntungan bersih untuk 1Q26: Empat memenuhi jangkaan, satu melangkaui ramalan, dan empat lagi tersasar. Walau bagaimanapun, dari segi modal pasaran berwajaran, musim perolehan kali ini amnya mencapai ramalan apabila saham-saham besar seperti MISC, Dialog, dan Petronas Dagangan mengumumkan keputusan yang menepati jangkaan. Petronas Chemicals (PCHEM) muncul dengan keputusan mengatasi jangkaan apabila didorong oleh perbezaan lebih besar antara harga jualan dan kos bahan mentah, dan kos operasi lebih rendah. Sementara itu, Malaysia Marine & Heavy Engineering (MMHE), Wasco, Bumi Armada, dan Sumisaujana gagal mencapai sasaran berikutan masalah masa projek dan sumbangan operasi lebih rendah.

Untung bersih 2Q26 mungkin mencapai paras puncak pada FY26 sebelum kembali normal pada 2H26

Kami menjangkakan 2Q26 akan menerima manfaat daripada harga minyak mentah dan petrokimia yang tinggi berikutan gangguan bekalan di Asia Barat akhir-akhir ini. Paras harga yang tinggi ini menyokong perbezaan harga produk dan kos bahan mentah dan perolehan yang lebih besar merentasi saham-saham terpilih bawah liputan kajian kami. Walau bagaimanapun, dengan ketegangan geopolitik semakin mereda dan harga urea sudah menyusut ke arah paras sebelum berlakunya perang, kami ramalkan kenaikan semasa akan menurun secara berperingkat apabila rantaian bekalan kembali normal, kapasiti memulih semula, dan premium risiko menghilang. Sehubungan dengan itu, kami melihat 2Q26 sebagai suku tahun yang menyaksikan perolehan mencapai paras kemuncak untuk FY26, dengan perolehan kembali menurun secara berperingkat menuju ke 2H26.

Kami terus menyukai MISC sebagai saham bertahan dalam sektor ini

Sebahagian besar armada kapal MISC beroperasi secara kontrak dan hal ini menawarkan keterlihatan perolehan yang kukuh. Pada masa yang sama, kira-kira 35% segmen perkapalan petroleumnya terdedah kepada kadar tambang semerta, sekali gus membolehkan ia mengaut hasil lebih tinggi apabila kadar tambang meningkat. Walaupun konflik Asia Barat semakin mereda baru-baru ini, kami menjangkakan kadar tambang kapal akan terus terkawal oleh permintaan pengangkutan berasaskan tan-jarak (tonne-mile) yang baik dan bekalan kapal yang terhad.

Risiko negatif terhadap perwajaran sektor kami

Harga dan permintaan minyak semakin lemah apabila perbelanjaan pengguna menurun.

Sorotan Penting Daripada Keputusan 1Q26