Syarikat Apple Kini Bernilai $1 Trilion US Dolar

Ada tak peminat jenama Apple di sini? Tahniah kerana terus menyokong industri teknologi dengan membeli gajet-gajet keluaran Apple seperti iPhone, iPad, MacBook, Apple Watch dan bermacam-macam lagi.

Tahniah Juga Kepada Pemegang Saham Apple

Lagi rare golongan pemegang saham Apple ni, kerana percaya dengan syarikat sekaligus merebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada ‘sejarah’ ini.

Sumber: Google Finance

Detik bersejarah ini tercatat pada tanggal 2 Ogos 2018, apabila harga saham Apple berada paras $207.05 US Dolar seunit. Ini berikutan daripada pendapatan Suku Ketiga yang melepasi sasaran, dan diikuti dengan jangkaan Suku Keempat yang tinggi.

Siapa Pemegang Saham Apple Ni?

Sumber: Nasdaq

Lebih daripada 62% saham Apple adalah dimiliki oleh jerung-jerung yang bermodalkan berbilion US Dolar.

Perbandingan Dengan Bursa Malaysia

Sumber: Trading Platform

Boleh dikatakan bahawa jika kita ambil 50 syarikat terbesar yang ada di Bursa Malaysia berdasarkan Market Cap pun, tidak dapat menandingi betapa besarnya Apple ni.

Kita ambil contoh Maybank yang bernilai RM100 bilion, kalau convert ke US Dolar, baru $25 bilion USD – sekadar 2.5% sahaja saiz jika dibandingkan dengan Apple. Jauh panggang daripada api.

2018 Tahun Teknologi, Semua Saham Naik

Tahun 2018 adalah merupakan tahun teknologi, di mana-mana kebanyakan saham-saham teknologi Amerika Syarikat mencatatkan prestasi yang sangat baik. Lihat saja Saham FAANG Di Amerika Syarikat Ditutup Pada Paras Tertinggi. Kalau nak tahu, Facebook, Apple, Amazon, Netflix dan Google (Alphabet) adalah singkatan bagi akronim FAANG tersebut.

Macam biasalah, apabila harga saham ‘Breakout’ dan mencatatkan paras All-Time High, potensi untuk naik lagi dan lagi adalah tinggi.

Boleh Beli Lagi Ke Tak?

Kami ada kupas serba sedikit dalam artikel Kaya, Kaya…Kalaulah Aku Beli 6 Tahun Lepas, dengan melabur $100 US Dolar dalam setiap syarikat FAANG ni pada tahun 2012, dan hasilnya pada 18 Mei 2018; portfolio anda kini bernilai $5,059.62 – peningkatan 911.12% dalam masa 6 tahun! Convert ke RM dah berapa tu?

Itu kisah dulu, sekarang boleh beli lagi ke?

Nak tahu saham yang kukuh, boleh buat Fundamental Analysis. Dan pastinya saham FAANG ni mempunyai angka-angka Fundamental yang sangat cantik.

Cuba tanya diri anda sendiri, adakah Facebook akan bungkus dalam masa 2-3 tahun atau menjadi semakin besar? Adakah tiada lagi iPhone, iPad atau MacBook dijual lagi 5 tahun? Orang dah takkan guna carian Google lagi ke untuk cari jawapan lepas ni?

Tapi kalau nak tahu bila masa terbaik nak beli saham ni pula, kena buat Technical Analysis.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Feytech Catat Keuntungan Sebelum Cukai RM6.07 Juta

Petaling Jaya: Feytech Holdings Berhad (5322) mencatatkan peningkatan 129% tahun ke tahun dalam keuntungan sebelum cukai (PBT) kepada RM6.07 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (“1Q FY2026”).

Hasil Kumpulan meningkat 32% kepada RM38.93 juta, hasil daripada fokus strategik Kumpulan terhadap campuran produk bernilai tinggi dan leverage operasi.

Segmen tempat duduk automotif menjadi pemacu utama pertumbuhan, berkembang 68.9% atau RM23.57 juta tahun ke tahun. Margin keuntungan kasar segmen itu meningkat kepada 27.2% berbanding 20.0% pada 1Q FY2025, mencerminkan penyerapan kos yang lebih baik, kecekapan operasi dan campuran produk yang lebih menguntungkan merentasi operasi pembuatan Kumpulan.

“Keputusan suku pertama menunjukkan kekuatan teras pembuatan Feytech dan keupayaan kami melaksanakan keputusan produk yang tepat.

“Kami telah meningkatkan profil margin dengan ketara sambil memperoleh projek baharu yang akan menyokong keterlihatan hasil untuk beberapa tahun akan datang. Asas yang sedang kami bina kini direka untuk memberikan nilai yang mampan, bukan sekadar nilai segera,” kata CEO Feytech, Connie Go.

Sepanjang suku tersebut, Feytech memperoleh kontrak baharu pembekalan sarung tempat duduk dengan Proton bagi model akan datang.

Kontrak selama 84 bulan itu dijangka menjana kira-kira RM96.83 juta jumlah hasil, dengan purata RM13.8 juta setahun dan sekali gus mengukuhkan lagi keterlihatan buku tempahan jangka panjang Kumpulan bersama pelanggan OEM utamanya.

Kumpulan turut memperoleh kontrak OEM dengan Chery dan Hyundai melalui saluran pemasangan Completely Knocked-Down (CKD), sekali gus memperluaskan rangkaian hubungannya dengan jenama automotif antarabangsa utama.

Feytech juga melanjutkan tempoh penggunaan RM51.5 juta hasil IPO yang diperuntukkan bagi pembinaan pejabat korporat baharu bersama kilang pembuatan dan gudang serta Kulim Plant 2.

Keputusan itu mencerminkan pendekatan berhati-hati Kumpulan terhadap perancangan projek, membolehkan tempoh pembangunan infrastruktur matang dan memberi keutamaan kepada pembangunan perniagaan berpulangan tinggi sebelum membuat komitmen modal. Kedudukan tunai Kumpulan yang kukuh, dengan deposit, tunai dan baki bank sebanyak RM39.28 juta serta pelaburan lain RM130.26 juta setakat 31 Mac 2026, membolehkannya memastikan setiap ringgit digunakan bagi memaksimumkan nilai pemegang saham.

“Kedudukan tunai kami yang kukuh memberi disiplin kepada kami untuk menggunakan modal di tempat dan masa yang mencipta nilai paling tinggi. Kami tidak tergesa-gesa untuk berbelanja semata-mata untuk berbelanja. Setiap komitmen yang kami buat dinilai berdasarkan kualiti pulangan yang diberikan kepada pemegang saham,” kata Go.

Menjangkakan perubahan struktur dalam industri automotif, Go menambah bahawa Kumpulan “kekal optimis secara berhati-hati tahun ini susulan pengumuman terbaru Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai syarat import EV yang lebih ketat dijangka mendorong pengeluar asing ke arah pemasangan CKD tempatan, yang secara langsung memberi manfaat kepada pembekal alat ganti tempatan seperti Feytech.”