Utusan Melayu Kini Bertaraf PN 17

Syarikat media berkaitan UMNO, Utusan Melayu (M) Berhad kini diklasifikasikan sebagai status Amalan Nota 17 (PN 17). Dalam pemfailan yang dibuat kepada Bursa Malaysia semalam, Utusan yang telah gagal membayar pinjaman daripada Bank Mualamat Malaysia Bhd dan Maybank Islamic Bhd dikehendaki mengemukakan pelan penyusunan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh yang diumumkan.

Kegagalan untuk memenuhi keperluan SC ini, akan menyebabkan syarikat berdepan dengan masalah penggantungan atau penyahsenaraian. Bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2018, Utusan mengalami kerugian berterusan, mencecah sebanyak RM5.8 juta. Dalam tempoh yang sama tahun lepas, ia kehilangan RM22.8 juta.

Jika dilihat kepada prestasi kewangan syarikat, Utusan telah mencatatkan kerugian sebelum cukai selama lima tahun berturut-turut. Di sebalik terus mengalami kerugian tersebut, Utusan terus beroperasi dengan menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo dan Kosmo Ahad selain pelbagai majalah antaranya Wanita, URTV, Harmoni, Al Islam, Mastika, Saji dan Infiniti.

Kredit Gambar: MalaysiaStockBiz

Jika sebelum ini syarikat bergantung kepada bantuan kerajaan untuk terus bertahan sejak dua tahun lalu, kini mereka semakin kekurangan dana setelah Barisan Nasional digulingkan dalam Pilihanraya Umum 9 Mei yang lepas.

Bagi mereka yang masih baru dan tidak biasa dengan istilah PN 17, ia merupakan singkatan kepada Practice Note 17/2005 yang merujuk kepada syarikat yang sedang mengalami masalah kewangan atau financial distress dan syarikat tersebut tidak memenuhi syarat minimum dari segi sudut modal atau equity yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Syarikat yang telah diumumkan berstatus PN17 ini perlu mengemukakan pelan perancangan penstrukturan semula syarikat kepada Bursa Malaysia.

Pelan ini bertujuan untuk membetulkan semula operasi syarikat dan mengembalikan syarikat pada kedudukan asal syarikat tersebut. Selepas pelan tersebut dilaksanakan, syarikat terbabit boleh mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia untuk menarik kembali status PN17 tersebut. Sekiranya syarikat berkenaan gagal berbuat demikian, Bursa Malaysia boleh menggantung urusniaga saham syarikat tersebut dan berkemungkinan akan de-listed dari Bursa Malaysia. Sekiranya anda masih memegang saham syarikat tersebut dan tidak sempat jual, maka duit anda juga akan hilang begitu sahaja.

Apa yang perlu dilakukan apabila anda mengetahui sesebuah syarikat itu dalam kategori PN 17? Elakkan dari membeli saham syarikat tersebut. Jika anda sudah ada pegangan, cuba menjualnya untuk mengurangkan kerugian dan berdoa agar syarikat tersebut dapat pulih semula.

Kredit:

Jauhi Syarikat Yang Bermasalah, Banyak Lagi Saham Lain

Kalau syarikat tak membuat untung, sedang mengalami kerugian, potensi bisnes yang semakin merosot dan sebagainya; eloklah kita menjauhkan diri daripada membeli saham syarikat tersebut. Nak tahu lebih lanjut berkenaan risiko yang terlibat, Kenali 21 Syarikat Bermasalah di Bursa Malaysia. Status Practice Note 17 (PN 17) diberi bagi syarikat (kaunter) yang tersenarai di papan utama, manakala Guidance Note 3 (GN3) bagi kaunter di dalam ACE Market.

Untuk mendapatkan senarai terkini, anda boleh rujuk laman web Bursa Malaysia di PN17 and GN3 Companies.

Banyak lagi saham yang buat keuntungan yang meningkat saban tahun, industri yang diceburi semakin mendapat permintaan orang ramai; saham-saham inilah yang sepatutnya dibeli. Cuba fahamkan Apa Itu Fundamental Analysis Yang Selalu Sifu Saham Sebut Tu? dan tengok-tengok senarai 40 Syarikat Paling Cepat Berkembang. Masa yang sesuai nak beli saham, kena buat Technical Analysis pula.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stratus Global: Memanfaatkan Fasa Kenaikan Capex Semikonduktor

Nilai saksama (FV) sebanyak MYR1.55 diberi berdasarkan P/E 24x FY27F (Mac)

Stratus Global merancang untuk mengumpul MYR285j daripada IPO, dengan tujuan utama untuk membiayai usaha pengembangan fasiliti, pejabat luar negara dan usaha R&D. Disokong oleh rekod prestasi selama 28 tahun dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih untuk industri semikonduktor dunia, margin yang kukuh dan kitaran menaik jangka panjang dalam capex semikonduktor, kami menjangkakan pertumbuhan perolehan yang teguh kelak. Pada P/E FY28F 12.4x, penilaiannya tampak menarik apabila dibandingkan dengan purata lima tahun Indeks Teknologi Bursa Malaysia (KLTEC) dan CAGR perolehan tiga tahunnya sebanyak 24%.

Dilindungi oleh pengetahuan kejuruteraan yang mendalam

Sejak 1998, kumpulan ini telah membina AMHS berasaskan penyampai proprietari, AMHS hibrid dan penyelesaian ASRS, yang dilengkapi dengan perisian sistem kawalan peralatan (TCS) dalaman miliknya, untuk industri semikonduktor dunia. Penyelesaiannya menerima pensijilan ISO 9001, ISO 14001 dan ISO 45001, dan diguna pakai oleh pelanggan multinasional bahagian depan (untuk mengendalikan pembikin wafer 200mm dan juga 300mm) dan pelanggan semikonduktor bahagian belakang merentasi benua Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Stratus menjalankan reka bentuk, pembikinan, pemasangan dan pengujian hampir kesemuanya secara dalaman, tidak seperti syarikat pesaing yang menggunakan sumber luar. Hal ini menawarkan perbezaan penting yang menyokong marginnya yang lebih tinggi, sementara syarat-syarat ketat untuk mengendalikan wafer menetapkan halangan tinggi untuk kemasukan pasaran.

Pengembangan fasiliti dan geografi bakal mendorong pertumbuhan

Usaha pengembangan fasiliti Bayan Lepas milik Stratus yang sedang berjalan, dengan sasaran siap pada 3QCY28, akan menambah ruang lantai sebanyak 150-200% dan meningkatkan kapasiti hasil kumpulan daripada USD50-100j sekarang (1 syif kepada 2 syif) kepada USD200-400j selepas pengembangan selesai.

Perkara ini menyokong pelaksanaan buku pesanan belum bayarnya bernilai MYR108.4j (setakat 3 Jun 2026; MYR75.4j akan diiktiraf pada FY27F dan MYR33.0j pada FY28F), di samping pertanyaan yang kukuh dan pengembangan kapasiti bagi pelanggan-pelanggan sedia ada. Pada masa yang sama, kumpulan ini merancang untuk menubuhkan pejabat sokongan jualan dan kejuruteraan di Jepun, Taiwan, Jerman dan AS, sekali gus meluaskan capaian semikonduktor bahagian depan dan belakangnya.

Fasa kenaikan berstruktur semikonduktor memperkukuh permintaan

SEMI menjangkakan capex akan terus diperuntukkan untuk menyokong kapasiti fabrikasi wafer 300mm sehingga tahun 2030, sekali gus menaikkan peratusan penguasaan keupayaan wafer terpasang dunia. WSTS meramalkan industri semikonduktor secara amnya akan berkembang 89.9% pada tahun 2026 berikutan permintaan E&E dan pusat data (DC) yang berpacukan kecerdasan buatan (AI), dengan QYResearch mengunjurkan industri AMHS semikonduktor dunia akan meningkat pada kadar CAGR 5.4% sehingga 2031 kepada paras USD4.5bn.

Dengan mengoperasikan fasilitifasiliti wafer 300mm lebih awal daripada beberapa pesaing AMHS lain, Stratus berkedudukan baik untuk memanfaatkan fasa peningkatan ini, dibantu oleh Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia dan Rancangan Malaysia yang Ke-13.

Ramalan dan penilaian

Kami memperoleh FV MYR1.55 dengan mengenakan P/E 24x pada EPS 6.45 sen untuk FY28F, selaras dengan P/E purata 5 tahun yang direkodkan oleh KLTEC dan CAGR perolehan tiga tahunnya 24% (PEG 1x). Risiko utama, penumpuan pada pelanggan tunggal, kitaran capex semikonduktor, hasil tidak menentu berasaskan projek, dan turun naik FX kerana hasilnya diniagakan dalam USD.

Perihal Syarikat

Stratus Global merupakan syarikat yang menyediakan penyelesaian automasi kilang yang bertapak di Pulau Pinang. Ia berkepakaran dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih bagi industri semikonduktor dunia.

Gambaran Am Kewangan Dan Penilaian

Gambaran Am Syarikat

Rancangan Dan Strategi Masa Depan

  • Pengembangan fasiliti.
  • Pengembangan perniagaan pasaran dari segi geografi
  • Pengembangan pasaran dalam rantaian nilai semikonduktor.

Butiran IPO

Risiko Utama

i. Ketiadaan perjanjian bekalan berjangka panjang;
ii. Kitaran capex semikonduktor;
iii. Penangguhan projek;
iv. Kebergantungan pada pasukan pengurusan utama dan jurutera berkepakaran;
v. Turun naik FX kerana hasil yang diniagakan dalam mata wang USD.