Saham MYEG Dan DSONIC Jatuh Teruk Susulan Pendakwaan Terhadap Zahid Hamidi

MY E.G. Services Berhad (MYEG) merupakan salah satu kaunter yang dilihat berkait rapat dengan kerajaan terdahulu. Saham MYEG didagang stabil pada awal pagi sehinggalah tular berita pendakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  terhadap pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, melibatkan dana sebuah Yayasan di Mahkamah Sesyen jam 10 pagi tadi.

Sebanyak 45 pertuduhan keseluruhan terhadap beliau dan dua daripadanya melibatkan syarikat MYEG dan Datasonic Group Berhad (DSONIC) ini. Melalui laporan portal Malaysiakini, Datuk Seri Zahid didakwa menerima cek keseluruhan bernlai RM6 juta daripada Pengarah Datasonic dipercayai untuk mendapatkan projek berkaitan cip passport Malaysia.

Dalam satu pertuduhan yang lain, Datuk Seri Zahid turut didakwa menerima sebanyak 13 cek  dengan nilai keseluruhan sebanyak RM8 juta bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan projek daripada MYEG.

Sebahagian pertuduhan melibatkan MYEG dan Datasonic

MYEG merupakan sebuah syarikat yang terlibat didalam perniagaan pembangunan dan pelaksanaan perkhidmatan E-Kerajaan disamping perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berkaitan bagi inisiatif kerajaan. Setelah kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang lepas, saham syarikat jatuh lebih 300% keparas terendah 70 sen seunit.

Jam 11 pagi tadi setelah pertuduhan dibacakan terhadap Zahid dan berita mengenainya tersebar, saham MYEG mula menghadapi tekanan jualan dan penurunan harga dari RM 1.52 ke paras terendah RM 1.05 seunit sebelum digantung urusniaga.

Harga Saham MYEG

Susulan kejatuhan ini, pihak MYEG membuat permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk menghentikan urusniaga saham syarikat bermula jam 2.30 petang pada 19 Oktober sehingga diberitahu kelak.

Notis penggantungan urusniaga saham MYEG

Pada masa yang sama, saham Dsonic turut mengalami kejatuhan sebanyak 30% akibat daripada berita ini. Walaubagaimanapun aktiviti perdagangan saham mereka masih diteruskan.

Harga Saham Dsonic

Jika ada yang terperangkap dalam kedua-dua saham ini, bersabarlah. Adat pelaburan, pasti ada untung dan rugi. Setelah mengalami kerugian, ambil masa untuk tenangkan diri sebelum kembali semula berdagang.

Tiada siapa yang dapat menduga akan berita ini jadi jangan berasa kecewa dan berputus asa.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.