Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Oktober 2018

Kita sering mengaitkan bulan Oktober dengan bulan kejatuhan pasaran saham dunia, dan sekali lagi ianya benar-benar berlaku di Malaysia dan luar negara.

Bagi yang mereka nak minat nak tahu lebih lanjut, boleh baca ‘Tragedi Oktober’ Dalam Saham Suatu Mitos Atau Ada Kebenarannya?

Indeks FBMKLCI 1 Oktober 2018: 1,796.00 Mata

Indeks FBMKLCI 2 Oktober 2018 Paras Tertinggi Bulan Oktober: 1,798.20 Mata

Indeks FBMKLCI 25 Oktober 2018 Paras Terendah Bulan Oktober: 1,670.30 Mata

Indeks FBMKLCI 31 Oktober 2018: 1,709.30 Mata

Penurunan Sebulan: 86.7 Mata atau -4.83%

Jika dilihat kepada carta di atas pun, bulan Oktober merupakan bulan di mana pasaran saham ‘demam panas’. Jatuh sampai 4.83 mata sepanjang bulan Oktober ni.

Mungkin peluang untuk membuat keuntungan sedikit sukar jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain, tetapi itu tidak bermakna kita tak boleh memperolehi keuntungan besar. Tengok saja senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Oktober 2018 seperti berikut:

Sumber: Screener iSaham

1. Merge Energy

Sumber: Bursa Marketplace

2. Sanbumi Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

3. Ark Resources

Sumber: Bursa Marketplace

4. Orion IXL

Sumber: Bursa Marketplace

5. K-One Technology

Sumber: Bursa Marketplace

6. Pineapple Resources

Sumber: Bursa Marketplace

7. Sanichi Technology

Sumber: Bursa Marketplace

8. Vortex Consolidated

Sumber: Bursa Marketplace

9. Woodlandor Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

10. Nextgreen Global

Sumber: Bursa Marketplace

Semua Yang Mengungguli Senarai Adalah Penny Stock

Di kala pasaran saham sedang bergelora, memang para pedagang beralih arah kepada penny stock, iaitu saham-saham berharga RM1 dan ke bawah. Sebab apa? Sebab ianya bersifat ringan, maka harga saham boleh naik dengan mudah. Tapi tak kisahlah anda jenis intraday atau swing stader, wajib ada Trading Plan dan Cut Loss.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.